Proton MPV satu lagi model proton yang boleh kita banggakan..walaupun banyak diadaptasi dari model2 MPV yang telah sedia ada, namun ia merupakan langkah pertama Proton mencipta nama bagi pengeluar MPV pula di rantau Asia ni. Selepas kegagalan model MPV pertamanya iaitu Proton Juara atau lebih dikenali 'Kereta Kotak' atau 'Peti Ais', Proton lebih bijak mengambil langkah selamat dengan mengambil idea dari model2 MPV terkemuka untuk dijadikan rujukan..Selepas siap, namanya pula menjadi masalah..Apakah nama Proton MPV baru ini??? itulah inisiatif Proton memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia mencadangkan nama untuk MPV ini..letaklah nama anda ke, manelah tahu kot2 dipilih..glamorlah nama anda nanti..hehhe..semuanya hanya PERCUMA (kecuali guna SMS). tiada had untuk setiap orang.

Untuk menyertai, anda boleh layari di http://www.namakanprotonmpv.com/bm/default.aspx

QUOTE
Hadiah:

Hadiah Utama:
1 x Proton MPV

Hadiah Sagu Hati:
2 x Percutian ke luar negara untuk dua orang bernilai RM15,000*

* Hadiah boleh berubah tertakluk pada budi bicara mutlak Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. ("PROTON").




QUOTE
Syarat:

Penaja & Kelayakan Bertanding

1. Penaja Pertandingan Menamakan Proton MPV ("Pertandingan") ini ialah Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. ("PROTON").
2. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada 08/09/2008.
3. Setiap peserta membenarkan dan memberi jaminan kepada PROTON bahawa beliau berhak, berkuasa dan berupaya untuk menyertai Pertandingan seperti mana yang tertakluk dalam Syarat-syarat Pertandingan dan akan mengemukakan bukti tersebut kepada PROTON sekiranya perlu.

Tempoh

1. Pertandingan ini akan bermula dari jam 3:00 petang 8hb. September 2008 hingga 11:59 malam 30hb. September 2008 ["Tempoh Pertandingan"].
2. PROTON berhak untuk meminda Tempoh Pertandingan pada bila-bila masa sahaja.
3. Penyertaan yang diterima sebelum atau selepas Tempoh Pertandingan tidak akan diterima.

Cara Menyertai Pertandingan

1. Pertandingan ini boleh disertai melalui dua (2) cara :-
(a) dengan melayari laman web http://www.proton.com dan mengikut seperti yang disenaraikan di laman web promosi; dan/ atau
(cool.gif melalui SMS dengan menaip P <RUANG> Nombor KP <KOMA> Nama Kereta <KOMA> Rasional <KOMA> Slogan dan hantarkan ke 36677. Penyertaan menerusi SMS akan dicaj RM0.80 bagi setiap SMS yang dihantar. Caj biasa oleh pembekal perkhidmatan sebanyak RM0.15 bagi setiap SMS juga akan dikenakan.
2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penyertaan melalui SMS, sila hubungi talian bantuan kami di nombor 03-20803366 (9 pg. - 5 ptg., Isnin - Jumaat, kecuali pada hari cuti umum). Semua ruang dalam borang penyertaan mesti dilengkapkan dengan maklumat peserta seperti Nombor KP, nama MPV yang dicadangkan, rasional serta slogan. Penyertaan melalui SMS tidak boleh melebihi 160 huruf termasuk ruang, manakala penyertaan melalui laman web tidak boleh melebihi 145 huruf termasuk ruang. Jika tidak, penyertaan akan ditolak secara automatik.
3. Penyertaan hendaklah sama ada dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris dan mestilah:-
- Tidak diambil daripada mana-mana nama binatang atau tumbuh-tumbuhan;
- Tidak mengandungi bahasa kasar atau kesat atau membawa konotasi tidak baik, seperti "Bodoh";
- Boleh diterima secara komersial, contohnya "Proton Waja";
- Mudah disebut, contohnya, "Proton Waja";
- Mudah difahami dan dikenali oleh rakyat Malaysia;
- Tidak digunakan oleh mana-mana Pembuat Peralatan Tulen dalam bidang Pengangkutan (OEM), sama ada tempatan atau luar negara, pada tarikh 08/09/2008;
- Mempunyai maksimum tiga [3] suku kata sahaja. Contohnya, "Proton Persona". Nama-nama yang dihantar yang melebihi tiga [3] suku kata akan ditolak secara automatik. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu [1] penyertaan melalui laman web atau SMS, TETAPI setiap pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja.

Pemilihan Pemenang

1. Sebuah panel hakim yang terdiri daripada beberapa wakil PROTON yang terpilih akan memilih penyertaan yang terbaik berdasarkan kesesuaian, keaslian dan kreativiti untuk memenangi hadiah utama, iaitu sebuah [1] Proton MPV. Pemenang-pemenang hadiah akan dimaklumkan melalui telefon dan akan diumumkan sebelum pelancaran sebenar Proton MPV.
2. Pemenang hadiah utama akan diundang ke acara pelancaran Proton MPV sebagai 'tetamu khas'.
3. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

Hadiah

1. Hanya satu [1] hadiah utama dan dua [2] hadiah sagu hati akan dimenangi pada hujung Tempoh Pertandingan:
• Hadiah Utama: 1 x Proton MPV.
• Hadiah Sagu hati: 2 x Kunjungan ke luar negara untuk dua orang bernilai RM15,000.
2. Hadiah tertakluk kepada perubahan mengikut budi bicara PROTON.
3. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau ditukar dengan hadiah lain.
4. Semua perbelanjaan yang tidak termasuk dalam hadiah akan ditanggung oleh pemenang sendiri.
5. Penerimaan hadiah oleh pemenang membolehkan PROTON dan agensi-agensinya untuk menggunakan nama-nama pemenang dan/atau gambar foto mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perniagaan pada masa, tarikh dan tempat yang akan dimaklumkan oleh PROTON tanpa membayar apa-apa pampasan atau notis.

Syarat-syarat Umum

1. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta bersetuju untuk terikat dengan Syarat-syarat serta keputusan rasmi PROTON.
2. PROTON berhak untuk mengubah, meminda atau menambah Syarat-syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
3. PROTON tidak akan bertanggungjawab terhadap:-
(a) Apa-apa kemalangan, kecederaan, kehilangan atau kerosakan pada peserta akibat penyertaan dalam pertandingan ini. Semua kos yang dibelanjakan oleh peserta akan ditanggung olehnya sendiri;
(cool.gif Mana-mana penyertaan yang lambat tiba, tertangguh, tersalah hantar atau tidak lengkap;
© Apa-apa kesilapan atau kesukaran pada telefon, alat elektronik, perkakasan atau program perisian, jaringan, internet, atau komputer;
(d) Apa-apa keadaan yang disebabkan oleh keadaan di luar kawalan PROTON yang boleh menyebabkan Pertandingan tertangguh atau terganggu.
4. Mengikut budi bicaranya sendiri, PROTON berhak untuk menggantung atau membatalkan Pertandingan pada bila-bila masa jika virus komputer, pepijat, atau masalah teknikal menjejaskan pentadbiran, keselamatan atau menjadikan keadaan pertandingan tidak adil.
5. 5. Semua nama MPV, keterangan dan slogan adalah hak milik PROTON atau syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya. PROTON atau syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya berhak untuk menggunakan nama Proton MPV dan mana-mana variasi produk PROTON dan akan didaftarkan sebagai tanda niaga PROTON. Peserta yang menghantar nama MPV tidak berhak mempersoalkan PROTON atau syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya atau hak keempunyaan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya dan/atau menuntut apa-apa bentuk pampasan, royalti, pengiktirafan dan sebagainya untuk penggunaan tersebut.