Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: AFF Suzuki Cup 2008
CAKAP.Net > Cakap Santai > Cakap Sukan & Rekreasi > Cakap Bola Sepak
♦محمد أفيق♦
pasukan malaysia gagal melayakkan diri ke pusingan separuh akhir..setelah gagal mengalahkan pasukan thailand..malaysia tewas 3-0 dengan pasukan thailand...

sebelum itu jugak..malaysia telah pon dimalukan dengan kekalahan di tangan pasukan vietnam..3-2..penjaga gol malaysia di persalahankan dalam perlawanan itu..setelah membenarkan vietnam menjaringkan gol paling mudah(mudah dlm golongan pemain profesional)..geram pon ade tgk gol tu...

safee sali pemain yang menarik minat aku tok tgk..dia main ok....suke dia main... tahniah buat beliau..rclxm9.gif

ape dah jadi ni...baru ade harapan nak tgk malaysia menang piala ni..adoi...cam mane ni..singapura yg xbesar mane negaranya boleh menang lawan indonesia yang dulu dianggap kuat di asean..

ape sudah jadi dgn pasukan bola sepak malaysia???dalam kejohanan ini..siapa patut disalahkan??pemain?jurulatih?
pengadil?atau pihak lawan yang asyik nak boloskan pintu gol pasukan negara??? mad.gif
ahli forum yang lain..bagi pendapat anda..di mana prestasi pasukan bola sepak malaysia...support sikit..
terima kasih...
mat.g
10 Disember 2008, 5:00PM
Surakul Stadium, Phuket
Thailand 3 - 0 Malaysia

Sutee Suksomkit 23′
Teerasil Dangda 46′, 76′

Pasukan Malaysia menamatkan kempen Piala AFF Suzuki 2008 apabila tewas kepada pasukan tuan rumah Thailand dengan keputusan 3 - 0 pada perlawanan terakhir kumpulan B yang berlangsung di Stadium Surakul, Phuket.

Dengan kemenangan ini pasukan Thailand telah mengesahkan tempat mereka pada perlawanan suku akhir menentang Indonesia manakala Vietnam pula hampir pasti melayakkan diri apabila menentang lawan paling lemah dalam kumpulan B iaitu Laos.

Peluang Malaysia untuk layak amatlah tipis setelah tewas kepada pasukan Vietnam dalam perlawanan terdahulu dengan keputusan 3 - 2.

Barisan Malaysia:
Syed Adney
Zamani Misbah
Aidil Zafuan
Juzaili Samion
Asraruddin Putra
Amirul Hadi
Hairuddin Omar - 46′
Shukor Adan
Indra Putra - 67′
Zaquan Adha
Safee Sali

Pertukaran:
Khyril Muhymeen - 46′
Hardi Jaafar - 67′

Bagi pendapat akulah yang bersalah adalah faktor permain2 Malaysia itu sendiri yang mempunyai mentaliti yang lemah, mudah menyerah kalah.. sbb sokongan segi latihan intensif, jurulatih berpengalaman, kewangan, dan pelbagai fasiliti dah lebih drp cukup... apa lagi yg mereka nak semua disediakan secukupnya.. dah jadi terlebih manja dan kurang berdisiplin la pulak jadinya.

apa2 pon pasukan Malaysia pulang sebagai bala tentera yg kalah perang sbb depa pergi naik pesawat tentera untuk menyuntik semangat juang, namun semangat tinggal semangat, pergi phuket depa yg kena sengat, nanti keluarlah alasan2 macam tak ingat, penyokong juga kecewa yang amat sangat... vmad.gif

♦محمد أفيق♦
betul tu..nanti timbul cam2 masalah dan isu..
isu pecat jurulatih sudah tentu...jurulatih ni xbagus la...nak amik yg luar negara punya la..
macam2 hal nanti...
semua ni dari pemain itu sendiri..bukan semua tak bagus main..ade yang bagus..segelintir yang permainannya kemas..larian yang menarik..kawalan bola baik...tapi rakan pemain yang lain macam xboleh baca pergerakan yang dibuat..ternyata kawalan bola dan hantaran pemain masih lemah..sampai bile nak ok ni..
peminat nak tgk malaysia mengalahkan thailand(sekurang-kurangnya)...

fikir-fikirkan...
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2019