Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Yamaha FZ150i mendahului teknologi
CAKAP.Net > Cakap Santai > Cakap Dunia Automotif
kakaroct


SELEPAS kehadiran model kapcai Yamaha LC135 yang mendapat sambutan hebat peminat, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYMSB) terus menghangatkan industri motosikal tempatan dengan memperkenalkan jentera ter barunya menerusi Yamaha FZ150i pada pertengahan Januari lalu.

Jentera FZ150i ini dihasilkan dengan teknologi kuasa dan inovasi cemerlang kerana dipadankan dengan enjin 150 cc empat injap sejukan cecair dan sistem suntikan bahan api elektronik yang pertama di negara ini.

Kombinasi teknologi berkenaan menghasilkan penghan taran kuasa yang lancar daripada campuran bahan api dan udara ketika ia beroperasi.

Sistem berkenaan memberikan prestasi tinggi dan stabil ketika melakukan perjalanan jauh pada kelajuan tinggi selain reka bentuknya yang memberikan keselesaan ketika me nunggang.

Menerusi sistem suntikan elektronik, ia meningkatkan kelajuan maksimum serta maklum balas yang lebih baik dengan mengumpulkan maklumat operasi enjin selain meng hitung bekalan bahan api yang optimum.

Motosikal terbaru itu turut dipadankan dengan kebuk silinder DiASil yang memastikan pengeluaran haba sesuai bagi mengurangkan ketegangan piston.

Silinder rekaan terbaru ini mampu menghalang enjin daripada pengurangan kuasa selain membantu memperbaiki kecekapan penggunaan bahan api.

FZ150i turut dilengkapi omboh tempaan ringan yang dapat mengekalkan tenaga hebat, mengurangkan gegaran dan se suai untuk perjalanan jauh dengan kelajuan maksimum.

Penggunaan kerangka Delta Box seperti yang terdapat pada motosikal kategori Super Sport juga menghasilkan tung gangan yang selesa dan stabil ketika memecut mahupun di selekoh.

Dari segi keselamatan, FZ150i dilengkapi dengan brek cakera hadapan cengkaman kaliper dua pot untuk pe ningkatan daya membrek yang lebih mantap.

Model terbaru ini menghasilkan kuasa maksimum 11.1 kW pada 8,500 rpm dan tork maksimum 13.1 Nm pada 7,500 rpm.

Yamaha FZ150i ditawarkan dengan tiga warna pilihan iaitu merah, hitam dan hijau. Ia dijual pada harga RM7,798 tidak termasuk cukai jalan dan insurans.
bakteria
bro..aku tk paham la...ada org kata moto ni jimat minyak sbb guna injection...btl ke? apa beza (yg menyebabkan jimat minyak) antara karburetor ngan injection ni?
kakaroct
hahha....mana yg best..?

"CARB VS EFI"

bakteria
kalau aku mmg aku pilih electronic fuel injection...tapi dari segi kos servis mana lg mahal?
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024