Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Kes Suami Bunuh Isteri...Nk Tuntut Harta Plak
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Keluarga & Rumahtangga
ijamidayu
Suhaimi tuntut harta isteri
SHAH ALAM 23 Julai - Bekas ahli geologi Petronas Carigali, Muhamad Suhaimi Abdul Aziz yang membunuh isterinya, seorang eksekutif kanan di Petronas atas alasan kurang siuman, telah mengemukakan bantahan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini bagi mengetepikan permohonan bekas ibu dan bapa mertua yang memohon hak mentadbir harta peninggalan isteri ke atas ketiga-tiga anaknya.

Hakim Syarie Saarani Ismail menetapkan 10 September depan untuk mengetahui siapakah individu yang layak dan berhak mentadbir harta anak-anak Suhaimi sebelum pembahagian harta Faizah Arshad dibuat oleh Amanah Raya Berhad.

Selaku plaintif, Amanah Raya Berhad yang diwakili peguam syarie Zainul Rijal Abu Bakar mengemukakan permohonan untuk menggugurkan nama Suhaimi yang tertera dalam sijil pembahagian harta yang berhak ke atas tiga bahagian daripada jumlah keseluruhan wang tunai RM319,445 peninggalan Faizah.

Selain Suhaimi, dua anak lelaki Faizah berhak menerima dua bahagian masing-masing sementara anak perempuannya hanya satu bahagian, manakala ibu bapa Faizah setiap seorang berhak dua bahagian harta tersebut.

Amanah Raya juga memohon membatalkan Sijil Pembahagian Harta (faraid) bertarikh 13 Oktober 2000 dengan mengeluarkan nama defendan sebagai penerima pusaka. Plaintif juga memohon supaya sijil baru dikeluarkan.

Suhaimi, kini 48 tahun, sebelum ini diletakkan di bawah jagaan Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta Perak atas perkenan Yang di-Pertuan Agong sehingga 4 Oktober 2007 dan kini menjalani hidup seperti biasa di bawah jagaan bapanya di Terengganu. Keputusan tersebut dibuat Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan pada 19 Januari 2005.

Dia yang diwakili peguam syarie, Musa Awang dalam pernyataan pembelaannya tidak bersetuju sama sekali dengan perkara yang dinyatakan dalam perenggan 15 permohonan ibu bapa mertuanya. Iaitu dia tidak berkelayakan dan tiada hak untuk mewarisi harta peninggalan arwah isterinya.

Suhaimi juga memohon keseluruhan perenggan 16 iaitu permohonan untuk membatalkan sijil pembahagian harta (faraid) bertarikh 13 Oktober dibatalkan.

Suhaimi didakwa membunuh Faizah, 37, dengan cara menikamnya menggunakan sebilah pisau pada pukul 3 petang, 25 September 1999 di bilik air tingkat bawah rumah mereka di No. 40, Lorong Setiapuspa 1, Bukit Damansara di sini.

Pakar Perunding Psikiatri Forensik, Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta Perak, Dr. Rabaiah Mohd. Salleh yang merawat Suhaimi mengesahkan dia menghidap penyakit psikotik dikenali sebagai 'gangguan dilusi' (delusional disorder) yang termasuk dalam jenis 'cemburu'.

Penyakit itu, menurut pakar, menyebabkan Suhaimi mendengar suara ghaib atau halusinasi sehingga mempercayai bahawa isterinya telah berlaku curang.
ijamidayu
Mahkamah benar datuk tadbir harta tiga cucu



SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam membenarkan permohonan dikemukakan bapa mentua Bekas Eksekutif Carigali Petronas, Muhamad Suhaimi Abdul Aziz untuk mendapatkan hak mentadbir harta atau ‘ad-litem’ terhadap tiga cucunya.

Sebaliknya Hakim Syarie Saarani Ismail dalam penghakimannya menolak bantahan dikemukakan Muhamad Suhaimi, 48, sebelum ini untuk mengenepikan permohonan hak mentadbir harta yang dikemukakan kedua ibu bapa mentuanya itu.

Keputusan Saarani sekali gus menjawab persoalan berhubung siapakah individu yang berhak dan layak dalam mentadbir harta tiga anak Muhamad Suhaimi sebelum pembahagian harta arwah isterinya diselesaikan mengikut faraid.

Ini kerana Amanah Raya Berhad selaku plaintif pada Februari lalu mengemukakan permohonan untuk membatalkan sijil pembahagian harta (faraid) bertarikh 13 Oktober 2000 berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.






Sebaliknya pihak plaintif memohon mahkamah mengeluarkan sijil perakuan harta (faraid) yang baru dengan mengeluarkan Muhamad Suhaimi selaku defendan pertama sebagai penerima pusaka harta arwah isterinya Faizah Arshad bernilai RM319,445.




Dalam pernyataan tuntutan, terdapat enam defendan terbabit termasuk Muhamad Suhaimi, 48; Arshad Shafiee, 80, (defendan kedua); Mariam Abdul Latif, 73, (defendan ketiga); Muhamad Fariz Muhamad Suhaimi (defendan keempat), Muhamad Syafiq Muhamad Suhaimi (defendan kelima) dan Sarah Muhamad Suhaimi (defendan keenam).

Plaintif mendakwa si mati iaitu Faizah meninggal dunia pada 25 September 1995 dan sah di sisi hukum syarak dia sebagai isteri Muhamad Suhaimi, tetapi kematiannya itu disebabkan tindakan Muhamad Suhaimi membunuhnya.

“Mahkamah meneliti notis permohonan plaintif dan membenarkan defendan kedua untuk menjaga tiga defendan lain (cucu-cucunya) serta berpuas hati untuk mendengar permohonan yang dikemukakannya.

“Dalam afidavit defendan kedua, ada dinyatakan dia (Arshad) paling layak sebagai penjaga ‘ad-litem’ kerana datuk kepada defendan keempat, kelima dan keenam. Defendan kedua menjaga cucunya sejak kejadian meragut nyawa anaknya itu,” katanya.

Saarani berkata, defendan ketiga yang juga nenek kepada ketiga-tiga defendan memperoleh hak penjagaan sementara terhadap cucunya itu seperti diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah, Johor pada 27 Disember 1999.

“Fakta yang tidak dipertikaikan adalah defendan ketiga mendapat hak penjagaan sementara dan dijaga sejak ibu cucunya dibunuh. Sehingga ini tidak ada perintah lain dikeluarkan yang membatalkan perintah berkenaan.

“Mahkamah berpendapat perintah yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Johor wajar dan perlu dihormati, apatah lagi defendan keempat, lima dan enam tinggal bersama defendan kedua dan ketiga,” katanya.

Sehubungan itu Saarani berkata, dia meluluskan permohonan dikemukakan Amanah Raya Berhad untuk membatalkan sijil pembahagian harta (faraid) bertarikh 13 Oktober 2000 dan memerintahkan defendan kedua mentadbir harta tiga cucunya sehingga berumur 18 tahun.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes berkaitan pembahagian harta peninggalan arwah Faizah bernilai RM319,445 oleh Amanah Raya Berhad pada 21 Oktober ini.
wanmus
Nauzubillah..tengoklah dunia sekarang ni..kalau nak kata harta, dua2 kaya dan mungkin mewah hidupnya..yerlah,kalau x, xkanlah peninggalan 300K lebih..sedih2..yang hidup miskin ni xder pulak membunuh cmtuh, padahal mereka lagi terseksa hidup..nIlah yang pentingnya keberkatan dalam mencari rezeki dan berumahtangga..kalau harta kita berkat dan niat kita pun diberkati Allah, Insyallah rumah tangga kita pun berkat dan aman damai. Aku rasa laki dia mesti dengki sebab isteri dia keje kat pejabat dan eksekutif pulak tu, mesti banyak jumpa orang..huhu..takut jugak kalau isteri keje jumpe ramai orang nih..nauzubillah..moga2 kita dijauhkan..
rajakamil
dunia, oh dunia
abdfatah
dunia sekarang macam2 citer boleh kita dapat dengan pelbagai ragam manusia masa kini. Cemburu punya pasal... hasutan halusinasi punya penangan.... yang menjadi mangsanya adalah orang lain..bahaya tu hasutan halusinasi nih. mungkin jugak atas sebb tekanan kerja banyak sangat agaknya sehingga terbwak2 halusinasi bayangan cemburu buta...
budakbaik
mungkin sebab dia terlalu sayangkan isteri dia?
wanmus
Sekarang ni kan, kaya susah, tak kaya pun sangat susah..jadi patutlah kita amalkan kesederhanaan yang dianjurkan dalam islam..cuba tengok kalau orang kaya yang tak berlagak kaya, pencuri pun konfius nak merompak diorang nih sebab tak nampak kekayaannya..lagi satu kalau kita tengok cina, terutamanya yang meniaga tak kiralah apek jual sayur ke, tengok je diorang pakai singlet pagodan dan seluar pendek, cuba tengok dompet dia..fuuhhh..tebal macam buku log sejarah aku dulu dah...geramm je aku tengok nak ada macam tu jugak..hehhe..tapi kene ingat, islam ajar bersederhana dalam semua hal.. kalau kaya pun makin banyak cukai wat ape..huhu..tu lah bila kita utamakan agama, insyallah semua selamat termasuk family kita
taukey
terlalu sayang kan isteri. yup. Dia membunuh dengan niat tapi disebabkan dia kurang siuman jadi dia tak dipenjarakan ke? betul la kata orang yang orang gila ni ada lesen membunuh. bahaya betul ni. cemaner yer dengan anak-anak dia.

kalau dia sanggup bunuh isteri dia, begaimana pula anak dia. kalau dia dengar bisikan "syaitan" kat telinga dia ttg anak dia buat itu dan ini , silap haribulan pun dibunuh.

orang gini mana boleh lepas dari hospital bahagia. ni tahap kronik dah ni. dalam hospital bahagia pun ada terbahagi kepada dua pesakit. yang tak berbahaya dan yang berbahaya.
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024