Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Syed Hamid: Wartawan mungkin bebas hari ini
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa > Cakap Politik
ijamidayu
Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng - salah seorang yang ditahan semalam mungkin dibebaskan hari ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau juga berkata, tidak ada lagi yang dijangka ditahan di bawah ISA selepas tiga orang ditahan semalam, tetapi menegaskan ia bergantung kepada keadaan ketenteraman awam.

Tan yang ditahan di rumahnya di Bukit Mertajam di bawah ISA malam tadi, telah dihantar ke Bukit Aman pada kira-kira jam 8.30 pagi ini.

tan hoon cheng 04 120908Tan ditahan kerana menulis laporan ucapan berbaur perkauman yang mengaitkan ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, yang didakwa berkata kaum Cina "menumpang" di negara ini.

Turut ditahan di bawah ISA semalam ialah blogger Raja Petra Kamaruddin yang juga editor Malaysia Today serta ahli Parlimen DAP, Teresa Kok.

Syed Hamid dijadual mengadakan sidang akhbar di Bukit Aman petang ini.

Sementara itu, Bernama memetik Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob bahawa Tan telah dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Jumpa keluarga

Katanya, Tan dibawa ke Bukit Aman selepas dibenarkan berjumpa ibu bapanya di Ibu pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang jam 8.30 pagi.

Tan, 33, dilihat dibawa menaiki sebuah kereta jenis Kia Sorento berwarnahitam dan diiringi sebuah kereta Proton Waja selepas berjumpa dengan ibu bapanya, Tan Booi Siam dan Khor Ah Heok di IPK, Jalan Penang.

Bapa wartawan berkenaan, yang berusia 70-an dan ibunya Khor, 60-an, memasuki pekarangan IPK sebelum jam 8 pagi dengan diiringi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Penasihat Perundangan Chia Loong Thye, dilihat membawa beg plastik berisi pakaian dan kuih.

Khor berkata, beliau dan suaminya berpeluang berjumpa dan meluangkan sama dengan anaknya selama 15 minit.

"Dia (Hoon Cheng) berada dalam keadaan tenang dan baik, pihak polis juga memberikan layanan yang baik kepadanya sepanjang bermalam di IPK.

"Dia juga cakap supaya kami jangan bimbang mengenai dirinya," katanyakepada pemberita di luar IPK selepas bertemu Hoon Cheng.

Khor berkata seluruh anggota keluarga mereka akan terus memberi sokongan kepada beliau.

Tiba di Bukit Aman

Di luar IPK Pulau Pinang, turut kelihatan abang wartawan itu, Tan Weng Khian, 35; Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Abul Kassim.

Yang turut menunggu ketibaan Tan di Bukit Aman pula adalah Pengarah Eksekutif Sin Chew Media Corporation, Rita Sim; Ketua Pegawai Eksekutif Sin Chew Daily, Koo Cheng; Ketua Pengarang Kumpulan Sin CHew, N C Siew dan Ketua Pengarang, Pook Ah Lek.

Rita berkata, kehadiran mereka di Bukit Aman hanyalah untuk menunggu ketibaan Tan dari Pulau Pinang dan bagi mempastikan wartawan itu berada dalam keadaan baik.

"Kami berharap akan dapat berjumpa dengan Tan untuk pastikan dia dalam keadaan baik. Kami juga ingin merayu kepada pihak berkuasa supaya Tan dibebaskan atau dikecualikan daripada tahanan ISA.

"Kami tak mahu buat sebarang spekulasi. Cuma kami harap wartawan kami diberi peluang membela diri," katanya kepada pemberita
ijamidayu
Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng - salah seorang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi - telah dibebaskan petang tadi dan kini berada di rumahnya di Bukit Mertajam.

Difahamkan, Tan dibebaskan di ibupejabat polis Pulau Pinang pada kira-kira jam 2.30 petang dan kemudiannya dihantar pulang oleh pihak polis ke rumahnya.

Sebelum ini, Tan dilaporkan telah dibawa ke Bukit Aman di Kuala Lumpur selepas ditahan malam tadi.

Tan, 33, ditahan pada jam 8.30 malam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
tan hoon cheng 04 120908Tan merupakan wartawan yang melaporkan ucapan yang didakwa berbaur perkauman yang mengaitkan ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, yang didakwa berkata kaum Cina "menumpang" di negara ini.

Turut ditahan di bawah ISA semalam ialah blogger Raja Petra Kamaruddin yang juga editor Malaysia Today serta ahli Parlimen DAP, Teresa Kok.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau telah dimaklumkan oleh pihak polis bahawa Tan telah dibebaskan pada jam 11.10 pagi dan telah dihantar pulang ke rumahnya di Bukit Mertajam pada jam 4 petang ini.

Dalam satu kenyataannya, Lim mengalu-alukan pembebasan Tan tanpa syarat itu dan berharap dua lagi tahanan - Teresa dan Raja Petra - juga akan dibebaskan.

Lim yang juga setiausaha agung DAP, menyifatkan pembebasan Tan tanpa syarat itu sebagai satu kemenangan rakyat dan hasil tekanan rakyat terhadap penggunaan undang-undang tersebut.

Katanya, rakyat Malaysia tidak boleh lagi menerima penggunaan ISA untuk mengekang kebebasan bersuara, kebebasan mendapatkan maklumat dan hak untuk membuat laporan yang tepat dan profesional seperti yang dilakukan oleh Tan.

Lim berkata, Tan menjadi kebanggaan kerana telah mempertahankan tugas profesionalnya sebagai seorang wartawan.

"Kita akan menumpukan tenaga kita untuk mendapatkan kebebasan Teresa dan Raja Petra serta tahanan-tahanan yang lain," katanya.

Ketua menteri Pulau Pinang itu juga menyatakan penghargaannya kepada Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob atas bantuan yang diberikannya.

Pembebasan Tan telah dijangkakan selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar membayangkan bahawa beliau mungkin dibebaskan hari ini.

Bercakap di Johor Bahru pagi tadi, Syed Hamid berkata, penahanan Tan di bawah ISA adalah sebahagian daripada langkah perlindungan kerajan bagi "memastikan keselamatannya".

Sementara itu, ketika bercakap dalam satu sidang akhbar di Bukit Aman petang tadi, Syed Hamid mengesahkan pembebasan wartawan Sin Chew Daily itu.

Syed Hamid berkata penahanan Tan adalah sebahagian daripada tindakan segera polis bagi menjamin keselamatannya selepas beliau menerima panggilan ugutan.

Beliau berkata risikan polis mendapati nyawa wartawan itu terancam selepas beliau membuat laporan berita yang memetik kenyataan kontroversi bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang berbau perkauman dalam satu kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh bulan lalu sehingga menimbulkan polemik politik di negara ini.

"Beliau adalah orang pertama yang menyiarkan laporan berhubung kenyataan (bekas) ketua Umno Bahagian Bukit Bendera (Datuk) Ahmad Ismail yang didakwa berbau perkauman, maka kami perlu menangani isu ini dengan sebaik-baiknya.

"Kami tidak mahu apa-apa berlaku terhadap wartawan ini apabila terdapat ancaman terhadap nyawanya," katanya dalam sidang akhbar tersebut.

Sementara itu, menurut Bernama, Syed Hamid berkata editor Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin ditahan mengikut ISA selepas polis mendapati artikel editor berusia 58 tahun itu menyentuh sensitiviti perkauman.

Beliau berkata Raja Petra telah dinasihati dan berulangkali diberi amaran supaya menghentikan penyiaran artikel-artikel seumpamanya, tetapi tidak diendahkan.

"Penahanan Teresa Kok pula adalah berhubung komennya yang tidak sensitif mengenai laungan azan. Kita tidak boleh campur tangan dalam mana-mana upacara atau amalan keagamaan," kata
beliau.

Sebelum itu, Bernama memetik Ayub sebagai berkata Tan dibawa ke Bukit Aman selepas dibenarkan berjumpa ibu bapanya - Tan Booi Siam dan Khor Ah Heok - di di Ibu pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang jam 8.30 pagi.

Bapa wartawan berkenaan, yang berusia 70-an dan ibunya Khor, 60-an, memasuki pekarangan IPK sebelum jam 8 pagi dengan diiringi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Penasihat Perundangan Chia Loong Thye, dilihat membawa beg plastik berisi pakaian dan kuih.

Khor berkata, beliau dan suaminya berpeluang berjumpa dan meluangkan sama dengan anaknya selama 15 minit.

"Dia (Hoon Cheng) berada dalam keadaan tenang dan baik, pihak polis juga memberikan layanan yang baik kepadanya sepanjang bermalam di IPK.

"Dia juga cakap supaya kami jangan bimbang mengenai dirinya," katanyakepada pemberita di luar IPK selepas bertemu Hoon Cheng.

Khor berkata seluruh anggota keluarga mereka akan terus memberi
Di luar IPK Pulau Pinang, turut kelihatan abang wartawan itu, Tan Weng Khian, 35; Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Abul Kassim.

Yang turut menunggu ketibaan Tan di Bukit Aman pula adalah Pengarah Eksekutif Sin Chew Media Corporation, Rita Sim; Ketua Pegawai Eksekutif Sin Chew Daily, Koo Cheng; Ketua Pengarang Kumpulan Sin CHew, N C Siew dan Ketua Pengarang, Pook Ah Lek.

Rita berkata, kehadiran mereka di Bukit Aman hanyalah untuk menunggu ketibaan Tan dari Pulau Pinang dan bagi mempastikan wartawan itu berada dalam keadaan baik.

"Kami berharap akan dapat berjumpa dengan Tan untuk pastikan dia dalam keadaan baik. Kami juga ingin merayu kepada pihak berkuasa supaya Tan dibebaskan atau dikecualikan daripada tahanan ISA.

"Kami tak mahu buat sebarang spekulasi. Cuma kami harap wartawan kami diberi peluang membela diri," katanya kepada pemberita.



Laporan dilakukan secara profesional - wartawan Sin Chew

BUKIT MERTAJAM 13 Sept. – Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam, tetap mempertahankan laporannya mengenai kenyataan kontroversi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.

Hoon Cheng, 33, berkata, laporan berita berhubung kenyataan Ahmad yang mendakwa orang Cina di Malaysia adalah pendatang di negara ini dilakukannya secara profesional.

``Saya hanya tulis apa yang saya dengar,'' katanya yang ditemui di rumahnya sejurus dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, dekat sini kira-kira pukul 2.40 petang ini.

Wartawan wanita itu bagaimanapun memberitahu, sepanjang kira-kira 17 jam di bawah tahanan, beliau dilayan dengan sangat baik oleh para pegawai dan anggota yang bertugas.

``Saya ucapkan terima kasih kepada semua orang termasuk polis kerana mereka layan saya dengan sangat baik,'' katanya yang kelihatan ceria sepanjang ditemubual.

- Utusan
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024