Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Waheeda & Akhil Hayy ... Ada Apa ?
CAKAP.Net > Cakap Santai > Cakap Dunia Hiburan
ijamidayu
Tolak cerita cinta dan perkahwinan, sibuk siapkan album baru

HATI Waheeda mungkin jauh berkelana dek kisah kontroversi yang terpalit membabitkan dirinya dengan Akhil Hayy sehingga dia bagaikan kecewa dengan industri seni lalu pernah melontarkan hasratnya untuk mengundurkan diri daripada bidang seni.

Bagaimanapun, Waheeda yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30 pada 23 September ini menafikan hasratnya itu ada kaitan dengan gosip cinta dan perkahwinannya dengan penyanyi dan pendakwah yang lebih senang bergelar ustaz itu.

Buat masa ini dia tidak memikirkan soal kahwin atau cinta tetapi bagaimana untuk terus tegar menghadapi kehidupan di dunia yang fana ini.

Malah ketika bertemunya pada 6 September lalu, sewaktu menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Muzik FM dan Hotel Grand Continental, Waheeda membuat pengakuan yang dia dan Akhil Hayy masih berkawan baik apatah lagi mereka kini menyedari hubungan mereka bukan saja sekadar kawan tetapi juga mempunyai ikatan kekeluargaan.

“Kami sebenarnya ada bau-bau bacang ikatan sesama sepupu. Semuanya didedah semasa berlakunya pertemuan sesama ahli keluarga dan sanak saudara sebelum ini. Kami masih berkawan rapat, lagipun kami mempunyai ikatan kekeluargaan.

“Banyak perkara yang perlu saya selesaikan terlebih dulu sebelum memikirkan rencana perkahwinan ataupun kembali bercinta,” katanya yang mengaku cintanya dalam dunia seni tidak pernah berkubur.

Malah album terbarunya selepas album Melodi Ahlan yang kini dalam proses pembikinan, mungkin menjadi ‘artifak’ peninggalan seni buat dirinya sebelum menoktahkan perjuangan seni.

“Kehidupan saya masih berjalan seperti biasa. Saya baru saja berpindah rumah di kawasan yang sama di Damansara. Saya juga baru baik sakit berdepan dengan tekanan darah rendah yang agak teruk hingga badan acap kali menggigil. Saya tidak boleh terlalu terkejut dan keadaan badan juga tidak selesa. Saat ini, saya sedang kuat dan mencuba untuk mengawalnya. Bayangkan sakit yang saya depani ini mungkin boleh membawa maut.

“Aman sikit dapat pindah rumah baru kerana sebelum ini saya tidak begitu tenteram kerana rumah saya sering diperhatikan dan dihendap. Pembikinan album masih dalam proses dan dihentikan buat sementara waktu gara-gara sakit, nak menyiapkan mini studio di rumah baru dan beberapa masalah lagi.

“Tetapi album Zikrullah itu pasti siap. Ia mempunyai 12 buah lagu termasuk dua buah lagi edisi terhad yang dirangkumkan sekali,” ungkapnya memulakan bicara.

Pada masa yang sama, Waheeda juga terbabit menghasilkan album nasyid di dalam versi bahasa Tamil dengan beberapa lagi artis nasyid tempatan. Ia adalah kerjasama nasyid.com dan Manee Mohan, seorang ahli perniagaan dan pemuzik.

“Lebih kurang seminggu saya mempelajari bahasa itu. Saya menyanyikan dua buah lagu dan salah satu daripadanya berjudul Elaam Unale yang memberi erti kerana kau Allah Taala,” katanya ringkas.

Ditanya kembali mengenai hasratnya untuk mengundurkan diri dalam bidang seni, Waheeda berkata semuanya bergantung kepada keadaan kerana setelah tujuh tahun membabitkan diri sebagai anak seni, dia ingin berjuang habis-habisan.

Mengenai kerjaya seni pula, mungkin tahun depan baru saya akan memikirkan semula hasrat untuk pengunduran itu.

“Lagipun kontrak saya dengan Digi dan Safi bakal tamat pada tahun depan. Siapa tahu, saya mungkin akan mempertimbangkan soal pengunduran itu dan terus kekal lama di dalam industri. Semuanya belum pasti tapi pasti ada noktahnya.

“Sebelum saya mengundur diri, saya mahu berjuang sehabis baik di dalam arena seni sehingga ‘orang’ yang selalu mengganggu hidup saya berhenti mengacau saya. Tidak semestinya apabila saya berhasrat mengundur diri, mereka boleh memijak saya,” kata Waheeda yang bakal menyambut Aidilfitri di Johor Bahru.

p/s: So, Akhil ngan waheeda tu bau2 bacang jer la... takder hubungan lain ? blink.gif
WebZone-_-Attack
Dengar kabar,diorang pun dah kahwin,harap tak betul…TAPI KALAU BETUL, KITA DOAKAN yg terbaik untuk ah utk mereka .

kalu citer yang x betul wat pa nak ngaku…….kalu itu cite betul xnak ngaku
berdosalah kerna akhil nie org kuat agama.

P:S : Aku rasa ini gosip je,nak habiskan stok surat khabar laugh.gif
wanmus
alaa...mungkin ada betul atau tidak..artis..manelah kita tahu..macam mawi ngan ikin gak..mula2 masa riuh awl2 dulu mane diorang nak ngaku kan..pastu bila dah reda baru nak ngaku..yerlah tapi betul jugak..benda baru nak jadi dan x konfirm lagi xkn nak diriuhkan dh kan? media tu sepatutnya tanyelh dulu betul atau x..ni kekadang ada yang main tulis jer
Geekspro
Planet artis memang selalu kena gosip
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024