Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Bebola Sardin
CAKAP.Net > Cakap Khusus > Cakap Resepi & Masakan
wanmus
Ok.kali ni kita akan berkongsi tentang masakan bebola sardin..oleh kerana namanya sardin, konfirm mudah skitlah berbanding masakan lain..hehhe

Bahan-bahan:
Roti (dicarikkan)
Biskut (dihancurkan)
Sardin (dihancurkan)
Tepung gandum
Susu F&N
Telur
Air
Garam
Ajinomoto
Minyak

Cara memasak:
Masukkan roti, biskut, ikan sardin ke dalam bekas.Kemudian masukkan tepung, air, telur, susu yang telah dicampurkan air, garam dan ajinomoto.Gaulkan sehingga sebati ( masukkan tepung sedikit demi sedikit kalau lembik sambil menggaul). Kemudian buatkannya seperti bebola (bulat-bulat) .Gorengkannya didalam kuali yang panas.

p/s: lagi best kalau makan ngan sos cili..best..
richzuan
pandai bro wanmus kongsi resipi dengan warga cakap.net tongue.gif
hehe..harap-harap dia dah pernah try la kan..ni dia ni mesti hidup bujang masak sendiri..
terima kasih bro wanmus..haha...dengan resipi ini boleh la kita buat sendiri,makan sendiri-sendiri juga..haha
bagi yang ade modal nak buat pernjualan menerusi bebola sardin ni..moga berjaya aku ucapkan..
tapi cuba mintak kebenaran dari bro wanmus..haha..manalah tau kalau dia tak bagi kan..
bahaya jugak tu nanti..kita yang susah.
wanmus
hahhaha..alaa ilmu ape nak dikedekutkan..boleh jer..sape2 nak copy tau nak try dipersilakan..tapi kalau x sedap tu maaflah sebab mulut n lidah manusia ni berbeza-beza..hehhehe..lagi2 lah bulan puasa ni, semua tgk sedap..semua tgk macam nak telan makanan tu ngan periuk2 skli..hehhe..mklumlah nafsu tetap ada..tu yg x sempat nak gi terawikh pas buka puasa..hehehe
taukey
sardin ikan erkkk? yang mana satu ni? yang tuna ke yang sardin ikan sardin yang tomato tu. takut nanti salah letak tak sedap pulak. rugi masak peluh. makan pun paksa sebab takut rugi. hahahaha
wanmus
QUOTE (taukey @ Sep 19 2008, 03:48 PM) *
sardin ikan erkkk? yang mana satu ni? yang tuna ke yang sardin ikan sardin yang tomato tu. takut nanti salah letak tak sedap pulak. rugi masak peluh. makan pun paksa sebab takut rugi. hahahaha


tuna ke sardin ye taukey, masukkan ikan dia jer..biasa guna ikan sardin tomato tu..sebab lebih kurang je ngan tuna..tuna tu mahal skit biasanya kn? so guna sardin dalam sos tomato tu..amik ikan jer n dihancurkan..kalau nak rasa sardin, amiklah skit sos tomato sardin tu..semuanya atas selera anda..takut x jadi, wat skit jer dulu.
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2025