Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Bercakap Tentang Bunian
CAKAP.Net > Cakap Khusus > Cakap Misteri & Mistik
Razif
Salam Sejahtera, unsure.gif

Agak menarik juga jika ada teman yang berkongsi pengalaman dan ilmu berkaitan bunian ini.
Ada berpendapat ianya wujud, malah pernah ke "kampungnya..."

Ada nukilan dari seorang rakan...
Orang bunian ni, serupa makhluk halus atau jin kot?
Jadi maknanya ada ikut agama Islam dan ada yang tidak.

Dan apa aku tahu, memang pada mata manusia, kita ingat makhluk2 ni duk kat dalam hutan, kat belukar, tapi kalau kita dibawa mereka ke alam mereka, mungkin sebenarnya mereka pun ada istana, ada kemewahan dan ada keindahan. Cuma, mata kita tak dapat lihat.

Banyak gak cerita2 orang bunian ni, satu aku pernah baca, ni tah betul tah tidak Tuhan je tahu.

Dulu, mungkin tahun 80an atau 70an, ada satu gadis Singapore duk tunggu bas kat Fort Canning atau Mount Faber aku dah lupa. Lepas tu, dia ditegur sapa oleh satu pompuan sangat cantik, sampai mereka jadi kawan pasal selalu jumpa kat bus stop tu. Terus satu hari si pompuan cantik bilang kat minah tu yang dia nak bawa si Minah tu pergi tempat dia tinggal. Jadi, Minah tu pun langkah ke alam Bunian, pergi kat satu istana. Rupanya, si pompuan cantik tu nak rekemen si Minah tu ngan brother dia. Tapi nasib baik si Minah tolak pasal mereka bukan manusia. Minah tu cakap yang brother tu sangat hensem dan dia tak pernah tengok ada lelaki sehensem brother bunian tu. Lepas tu si Minah tu balik ke alam nyata. Dan dia tak jumpa lagi si pompuan cantik cuma ada satu hari dia nampak pompuan cantik macam tengah nangis kat bus-stop, mungkin sebagai tanda selamat tinggal. Ni cerita, aku dah ingat2 lupa. Kalau cerita ni cerita bohong, aku mintak maaf, tapi memang banyak benda halus ni kita tak tahu.





Dan apa yang aku dengar jika hilang seminggu di dunia kita ini... tapi di alam bunian hanya sehari rupanya???
Ada pendapat?? Komen?? Share la sikit ya!!! tongue.gif


rajakamil
Erm, kata Nabi S.A.W dalam satu khutbah di Haji Wida', ".....kamu takkan pernah sesat jika berpegang teguh dengan 2 ini, Al-Quran dan Sunnah ..." (mafhum hadith)

Kemudian, mari kita selak surah Al-Baqarah ayat ke-3. "Iaitu mereka yang beriman dengan perkara2 ghaib......".

Jadi dalam konteks ini, kita wajib percaya akan perkara-perkara ghaib.
Islam tidak menolak akan kewujudan, hantu, bunian tapi MELARANG keras untuk mesyirikkan Allah.
Jadi pada pendapat aku, kita buat kerja kita, depa buat kerja depa.

Cukuplah sekadar kita meyakini adanya mereka,dan kita cuba sedaya upaya menghormati "adab dan resam" kehipuan mereka.
wink.gif
Razif
Itu la... tapi itu la...
pernah ke ada pengalaman tue???

PIC kat atas tue dari majalah mastika yer....

tentang bunian nie..
meh nak share skit dari forum tertutup.. laugh.gif

Pernah dengor orang kata, orang bunian, rupa lebih kurang macam manusia, tapi dia tak ada alur antara mulut dan hidung.... tongue.gif

... pernah berjumpa secara bersemuka dengan orang yang berkahwin dengan orang bunian. Mengikut ceritanya, dia bertemu dengan orang bunian kerana direkomen oleh seseorang. Dia ni kuat jugak agamanya, dia pergi berguru disebuah perkampungan. gurunya itu yang rekomenkannya dengan orang bunian. katanya lagi, dia perlu membaca sepotong ayat (tak tau ayat apa) untuk melihat perkampungan orang bunian. Ia seolah-olah membuka tirai dipentas, apabila tirai ditarik akan menampakkan segala yang ada di atas pentas.

Hasil perkahwinannya itu, mereka telah dikurniakan seorang anak.Sekali sekala isterinya(org bunian) datang membawa anak itu.Kadang-kadang merajuk juga macam manusia, bila merajuk , dia tak mau datang. Biasanya kehadiran mereka boleh dirasanya dengan kehadiran angin.

Pernah sekali itu suaminya sakit kayap yang agak serius, si isteri telah memanggil suku sakatnya untuk mengubati. dengan serta merta penyakitnya hilang. Mungkin teknologi dan pengetahuan mereka lebih tinggi kot sebab itu juga manusia selalu menggunakan jin untuk merawat penyakit.

Wallualam..
titaniumhijau
bab-bab bunian nih. Aku tak berani nak cakap banyak. Nenek aku kata memang benda tu wujud. Dan biasanya ia datang mesti ada sebab..

Kekadang aku fikir. Kalau kat malaysia. Orang kita panggil bunian. Tapi kalau kat negera luar. Diorang panggil bunian ni apa ek..
rajakamil
erm, aku tak ingat apa. Bukan dwarf, tapi apa ntah. kalau kau tgk cite or putih yg dia letak patung byk2 kat taman dia. Slump ke apa ke.huhuhu
Clement
QUOTE (titaniumhijau @ Sep 12 2008, 09:44 AM) *
bab-bab bunian nih. Aku tak berani nak cakap banyak. Nenek aku kata memang benda tu wujud. Dan biasanya ia datang mesti ada sebab..

Kekadang aku fikir. Kalau kat malaysia. Orang kita panggil bunian. Tapi kalau kat negera luar. Diorang panggil bunian ni apa ek..



Ada org kata invisible People...bacalah apa yg dikatakan oleh wikipedia

DAN yg sangat2 bermintat utk bunian ni boleh lihat forum ini. Saya tak minat..... wink.gif
bakteria
kita percaya dan kita beriman seterusnya tidak menafikan akan kewujudan perkara2 ghaib...bunian berasal dari golongan jin yang berasal dari keturunan azazil...

baru2 ni aku ada dengar ceramah us.ismail kamus mengenai jin ni...ni serba sikit isi kandungan ceramah tersebut:

jin berasal dari api..makan asap dan dia mintak kat nabi saw utk tmbah makanan dan nabi perkenankan dia untuk makan tulang...so makanan jin ni ada 2 iaitu asap dan tulang (kegemaran org melayu - rokok dan sup tulang...hehehe gurau)...

jin ni ada 2 iaitu islam dan kafir mcm manusia...

us.ismail kamus cuba tegaskan bahawa jin ni tidak mempunyai istana dan pembangunan seperti yg diwar2kan kepada kita ...jin tidak mempunyai bangunan seperti klcc dan sebgainya...jin cuma pernah buat satu bangunan sahaja iaitu haikal sulaiman yg dikatakan terletak di bwh tapak masjid al-aqsa (sbb tu yahudi nak gali dasar masjid tu utk mencari haikal sulaiman)...

so bunian ni terdiri dari golongan jin...ni pendapat aku la....
jebat84
ni cerita pengalaman dari kwn pakcik aku sendiri. sape2 org melaka mgkn tau tmpt ni iaitu hutan simpan masjid tanah. sepanjang jln ni hutan je dr sg udang smp masjid tanah. kira pada satu hari kwn pakcik aku ni kena keje shift mlm. jd dia blk dlm pkul 1 or 2 pg. ms nak lalu kat hutan simpan tu tiba2 kwsan tu jd terang.mcm siang. dia pun pelik. dia berhentikan motor dia. tanpa disangka2 ada sekumpulan makhluk (perwatakan mcm manusia) berarak menyeberangi jln dgn bwk keranda. lama gak kejadian tu. smp kumpulan tu abis seberang jln terus kwsn tu gelap blk. sebab dah x berani dia terus pth blk g kilang tido kat kilang. esokny riuh la cerita dia jmp kumpulan dlm hutan tu. tp org2 kat situ ckp mgkn bunian. jd sape2 yg suke lalu kat jln tu hati2 la ye rolleye0012.gif rolleye0012.gif rolleye0012.gif
missnariza
mmm...cerita pasal bunian nie teringat la,
masa belajar kat pahang dlu,
memang betul terjadi..diakui pengetua tmpt aku belajar,
apabila ibubapa student tersebut, meminta kebenaran pada pengetua
untuk mengosongkan satu bilik asrama setiap malam jumaat. untuk anaknya (A) berjumpa isterinya (bunian) pada ketika itu sedang mengandungkan anak pertama .
Kawan aku memang rapat dengan A, dia cerita berjumpa isterinya di kawasan air terjun berdekatan rumahnya.
Pada setiap malam jumaat bilik itu dikosongkan hanya A di dalamnya sahaja menyalakan sebatang lilin,
Kemudian Satu Wangian akan menusuk di sekitar asrama lelaki..
Pada mulanya bauan kemiyan, kemudian satu bau yang harum sangat.
Selepas Subuh barulah A akan keluar dari bilik tu, bau wangi pun beransur2 hilang.
bruce.gif ohmy.gif





syam87
org bunian memang wujud..
same je cam manusia..
aku rase dia ade berdekatan dgn kita,tetapi kite x pasan kehadirannya..
selalunya terjadi di masjid ketika semayang jumaat..
♦محمد أفيق♦
QUOTE (syam87 @ Dec 29 2008, 05:04 AM) *
org bunian memang wujud..
same je cam manusia..
aku rase dia ade berdekatan dgn kita,tetapi kite x pasan kehadirannya..
selalunya terjadi di masjid ketika semayang jumaat..


terjadi cam mane tu???syam cam ade pengalaman aje..kongsi la
syam87
QUOTE (Cisqo87 @ Dec 29 2008, 12:29 PM) *
terjadi cam mane tu???syam cam ade pengalaman aje..kongsi la


aku xde le pengalaman,
tapi ayah aku ada.
ayah aku cakap hanya orang2 terpilih je dpt jumpa..
biasenye orang bunian ni dia pakai wangian yg x penah dipakai oleh manusia..
lagi 1,kalo kat masjid,orang tersebut akan tegur kite,bukan kite tegur dia..
biasenye orng2 bunian ni dikaitkan dgn penunggu hutan..
kalo ade niat x baik,ade la perkara x diingini berlaku..
contohnye,dompet tercicir,sesat,xpun jumpa binatang buas...
♦محمد أفيق♦
QUOTE (syam87 @ Dec 29 2008, 04:58 PM) *
aku xde le pengalaman,
tapi ayah aku ada.
ayah aku cakap hanya orang2 terpilih je dpt jumpa..
biasenye orang bunian ni dia pakai wangian yg x penah dipakai oleh manusia..
lagi 1,kalo kat masjid,orang tersebut akan tegur kite,bukan kite tegur dia..
biasenye orng2 bunian ni dikaitkan dgn penunggu hutan..
kalo ade niat x baik,ade la perkara x diingini berlaku..
contohnye,dompet tercicir,sesat,xpun jumpa binatang buas...

kalau kat masjid tu...tak pasti la..sebab ade jugak sedara aku kena...
dia tepuk la mase nak sembhyg..kononnya nak jadi makmum la...cam2 lagi..
aku tanya ustaz..ustaz kata tu jin...
syam87
QUOTE (Cisqo87 @ Dec 29 2008, 09:58 PM) *
kalau kat masjid tu...tak pasti la..sebab ade jugak sedara aku kena...
dia tepuk la mase nak sembhyg..kononnya nak jadi makmum la...cam2 lagi..
aku tanya ustaz..ustaz kata tu jin...


tu jin gamaknya...
kalo orang bunian bukan cam tu la...
lepas abis semayang baru dia tegur..
♦محمد أفيق♦
QUOTE (syam87 @ Dec 30 2008, 04:51 PM) *
tu jin gamaknya...
kalo orang bunian bukan cam tu la...
lepas abis semayang baru dia tegur..

dia tegur cakap ape???
ooo..mesti dia tegur salah baca doa...pendek sgt...
tapi kan..org bunian ni hanya org tertentu aje yang boleh jumpe..tak kira yang alim dan juga yang tak baik(nakal)
untuk menginsafkan mereka.bagi org yang baik..semoga diaorg lebih memahami bahawa dunia ini bukan kita aje yang tinggal..malah ade makhluk ALLAH swt yang lain..bagi yang nakal plak..semoga diaorg ni berubah,,berhijrah sempena maal hijrah ni kan..berubah dari yang tak baik kepada yang baik..biar mereka sedar..akan kebesaran ALLAH swt..
padaiyappaİ
cerita pasal bunian nie,

Laksamana Hang tuah sekarang berada di alam bunian ....
♦محمد أفيق♦
QUOTE (Padaiyappa @ Dec 31 2008, 08:48 AM) *
cerita pasal bunian nie,

Laksamana Hang tuah sekarang berada di alam bunian ....

la iye ke..baru tahu..pendekar padaiyappa ade kat mane plak???
syam87
QUOTE (Cisqo87 @ Dec 30 2008, 06:54 PM) *
dia tegur cakap ape???
ooo..mesti dia tegur salah baca doa...pendek sgt...
tapi kan..org bunian ni hanya org tertentu aje yang boleh jumpe..tak kira yang alim dan juga yang tak baik(nakal)
untuk menginsafkan mereka.bagi org yang baik..semoga diaorg lebih memahami bahawa dunia ini bukan kita aje yang tinggal..malah ade makhluk ALLAH swt yang lain..bagi yang nakal plak..semoga diaorg ni berubah,,berhijrah sempena maal hijrah ni kan..berubah dari yang tak baik kepada yang baik..biar mereka sedar..akan kebesaran ALLAH swt..


bukan tegur camtu la,
maksud aku,dia akan cari sape yg dia suka pastu bagi salam...
biasenye x lama...
lebih kurang 5 minit..
pastu dia pun pergi..
pastu kalo nak cari balik,kompom xkan jumpenye...
♦محمد أفيق♦
QUOTE (syam87 @ Dec 31 2008, 08:44 PM) *
bukan tegur camtu la,
maksud aku,dia akan cari sape yg dia suka pastu bagi salam...
biasenye x lama...
lebih kurang 5 minit..
pastu dia pun pergi..
pastu kalo nak cari balik,kompom xkan jumpenye...

cam tu sekali ye...adoi...rupa paras cam mane plak???akan berubah2 jadi org?
padaiyappaİ
orang bunian kat atas gunung ledang lagi cantik-cantik ...
♦محمد أفيق♦
itu cam Tiara aje..
pernah mengorat ke???
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024