Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Harimau yang beriman
CAKAP.Net > Cakap Santai > Cakap Lawak & Jenaka
aina_sara
Alkisah...Seorang lelaki Islam telah ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia telah masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar akan dia dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok.

Ada lagi...Berita yang buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah patah kaki dan tak boleh bergerak lagi (mesti sang rimau tuh marah pasal ganggu dia tidur waktu lunch).

"Ya Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang Jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini...Ampunilah aku ya Allah...makbulkan hajat ku ini...jadikanlah HARIMAU yang memburuku kepada HARIMAU yang beriman...tolong ya Allah! Aminnnnnnnnnnnnnnnn n.."

Tetiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 dihadapan lelaki tadi. Harimau itu terus bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.

Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit...HARIMAU tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin!"

p/s : Jangan ponteng sembahyang.
B@zSh™
Haha...
Memang betul2 beriman la rimau ni
Nak makan baca doa biggrin.gif
semak
peh lawak dalam dakwah..... huh.gif
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2019