Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Mati tersepit
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa
♦محمد أفيق♦




DUNGUN - Seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah menerusi lantai menemui ajal apabila kepalanya tersepit di celah lantai kayu tersebut.

Kejadian berlaku antara pukul 7 pagi hingga 3..30 petang semalam di Kampung Sura Hujung ketika penghuni rumah berkenaan, Wan Azhan Wan Abdullah, 43, keluar mengajar di sekolah berhampiran.

Menurut Wan Azhan, dia terkejut apabila melihat satu objek di lantai bahagian dapur rumahnya ketika pulang dari mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7, dekat sini.

"Ketika sampai di rumah, saya terus ke ruang dapur untuk ke tandas tetapi tiba-tiba saya terlihat kepala orang dalam keadaan mengerikan," ceritanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini, semalam.

Dia kemudiannya terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia.

Katanya, dia turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu meter itu.

Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya.
mat.g™
aku rasa mat gian ni, sbb bila tgh lalok nak masuk pecah rumah org.. tu yg main sumbat kepala tang mana2 lubang.. last2 tersepit leher.
B@zSh™
Hmm...nauzubillah la mati dalam keadaan nak mencuri mcm ni
Mesti sedih mak bapak tahu anak meninggal dalam keadaan mcm ni
♦محمد أفيق♦
QUOTE (B@zSh @ Feb 15 2009, 12:35 PM) *
Hmm...nauzubillah la mati dalam keadaan nak mencuri mcm ni
Mesti sedih mak bapak tahu anak meninggal dalam keadaan mcm ni

tu la dia..mencuri lagi. jiran sendiri plak tu..
nasib badan
aina_sara
siapa yang malu???? mereka dan keluarga mereka....!
aEiN
da nasib bdn,,
sndr wat sendiri tanggung la,,,
bizonedrop
ayoyo...
mesti rohnya melilau..
moga Allah ampunkan dosa2nya...
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2026