blankcanvas
Feb 26 2009, 12:33 AM
Ada sesiapa di sini yg berminat utk membeli senarai nama & tel no?
Sesuai utk mereka yg buat bulk sms or sms blast
Sila PM segera
B@zSh™
Feb 26 2009, 08:56 AM
Legal ke benda ni?
Aku betul2 tension tiba2 ada iklan2 yang x diundang masuk ke dalam HP aku
Satu lg...selalu ada jer pihak2 daripada hotel yang akan call tanya sama ada nak join jadi ahli diaorang
Siap ganggu x kira masa
Geram aku
♦محمد أفيق♦
Feb 26 2009, 12:12 PM
QUOTE (B@zSh @ Feb 26 2009, 08:56 AM)

Legal ke benda ni?
Aku betul2 tension tiba2 ada iklan2 yang x diundang masuk ke dalam HP aku
Satu lg...selalu ada jer pihak2 daripada hotel yang akan call tanya sama ada nak join jadi ahli diaorang
Siap ganggu x kira masa
Geram aku
kalau cam jgn di layan..
hari tu ade msj sampai kat hp aku..kata no aku bertuah..dpt hadiah 17k..dari power root sdn bhd..
dia suruh call dia plak...ape kelass..kita yang menang duit..patut dia call kita...
mat.g™
Feb 26 2009, 12:19 PM
QUOTE (blankcanvas @ Feb 26 2009, 12:33 AM)

Ada sesiapa di sini yg berminat utk membeli senarai nama & tel no?
Sesuai utk mereka yg buat bulk sms or sms blast
Sila PM segera
blankcanvas ni pon kenal2 kan diri dulu dekat cakap perkenalan... ni tup tup terus offer jual tel no... adab masuk tmpt org baru lah org nak berurusan dgn kita.. tak gitu
B@zSh™
Feb 26 2009, 12:19 PM
Diaorang ni kadang2 x paham bahasa
Kita cakap bz...dia siap nak buat appointment lain
Kadang2 sanggup call berkali2 pujuk/paksa kita join keahlian diaorang
♦محمد أفيق♦
Feb 26 2009, 01:16 PM
QUOTE (B@zSh @ Feb 26 2009, 12:19 PM)

Diaorang ni kadang2 x paham bahasa
Kita cakap bz...dia siap nak buat appointment lain
Kadang2 sanggup call berkali2 pujuk/paksa kita join keahlian diaorang
gaji diaorg mungkin mengikut berapa ramai yang boleh dia yakinkan tok sertai program diaorg..
sebab tu la bersungguh2 sgt
B@zSh™
Feb 26 2009, 04:03 PM
Memang la cari rezeki
Tp kadang2 dah banyak kali cakap x berminat tp still paksa jugak suruh masuk
Isk3
eskep
Feb 26 2009, 05:24 PM
QUOTE (blankcanvas @ Feb 26 2009, 12:33 AM)

Ada sesiapa di sini yg berminat utk membeli senarai nama & tel no?
Sesuai utk mereka yg buat bulk sms or sms blast
Sila PM segera
Dari mana dapat sumber nama & tel no tu Blankcanvas?
aina_sara
Feb 27 2009, 10:34 AM
agaknya dia pun beli dr pihak lain.. pastu dia up kan harga jual kat org lain plak.. bijak! bijak!...
blankcanvas
Feb 27 2009, 11:35 PM
Faham2... mmg benda ni ada org tak suka... tapi bila ada demand, mesti ada supply... org minta , sya supply. Dr mana saya dpat tu tak penting, tapi sy a tak beli dr mana2 pihak pun. Sya ada cara utk dpt. Sya hya bagi nama singkat & tel no je. Lain2 info tak de. Rasanya tak salah kut, cam directory je.
Utk pengetahuan am je...
Mmg ada pihak yg jual senarai nama yg lengkap.. maksudnya ada nama penuh, tel no, kadang2 siap ngan alamat .. paling best, boleh dpt yg ada no kad kredit sekali. Yg ni biasanya yg demand mmg dr hotel membership, coz diorg perlu buat online transaction. Klu baru dapat kad kredit, biasanya mahal, 1 nama rm1. Agak2 jenis senarai cam ni dr mana dapat? Betul.... org dalam la. Susah nak cari org yg buat ni, mmg undercover betul. diorg deal ngan co yg buat membership tu je. Coz if kena tangkap, sure kena buang keja nyer or masuk dlm... Dah tu diorg jual bukan pakai ratus2... ribu2 or puluh2 ribu sekali jual. Imagine...
Utk membership tu lak... mmg diorg dilatih utk paksa org beli. Guna all means asal dpt jual membership. Coz if not, mmg tak leh survive. Diorg takde basic gaji, pakai commisen je. Tapi kenapa diorg sanggup keja cam ni? betul... comision dia mmg masyuk nye... Gaji lak dapat setiap minggu, CASH. Percaya atau tak, ada org yg boleh earn rm2-3 ribu seminggu buat benda ni. Kira sendiri.. then, if dorg dpt 'pujuk' org beli, esp if org tu jenis yg tak nak... dianggap satu kemenangan. Diorg bila call, mmg tak de salam nye, dapat ckp terus terjah. Tak de nak tanya ok ke tak, then cara yg digunakan pun mmg jenis yg `perintah' org utk dgr. U takkan ada ruang utk menyelit cakap. Biasanya org yg boleh jadi top sale dlm bidang ni ialah org yg suaranya jenis tegas & memerintah. Betul tak? Tu yg kadang, org bagi je no kad kredit bila diorg minta. Coz mmg ada cara utk manipulate org over d phone. Hanya org yg dah masuk bidang ni boleh tau...
Ada sejenis lagi, dr call center bank/ insuran- ni biasanya sopan sikit. Mmg ada law yg diorg kena ikut. Diorg ni tak boleh paksa customer, tak leh kasar ngan customer. kadang ada gak yg agak kasar, tapi still ada limit. Diorg ni ada cara sendiri nak `bahasa' kan customer. Dalam gelak tu dia mengenakan org. Tapi still, bila berckp, ada limit coz ada QA dept yg akan monitor call yg dibuat. Tat's y tak leh sembarang cakap. Coz nnt customer complen, boleh kena buang kerja. Diorg ni biasanya ada basic, allowance & komisen. Tu yg tak heran sgt coz tak bergantung penuh pd komisen jer...
Pasal bab kena tipu dr sms lak.... bagi sya yg ni kena salahkan org yg kena tipu.... kenapa?
Yg org tu senang2 bagi duit pd org naper???
Terima sms cam tu... delete je la.... habis cerita. Bukannnya hphone tu boleh meletup pun if delete msg cam ni. Dah sah2 no yg guna tu oversea no.. nak gak call ambik tau... kat mana logik nya... org menang peraduan yg dia sendiri tak de masuk.... then nak dapat hadiah, kena bayar la pula... logik ke?? Nasib baik sya bukan polis yg terima report kena tipu cam ni... if not, sya mesti dah guling2 kat lantai, gelakkan org yg kena tipu.
Kerana tamak, jadi bodoh... then salahkan org lain coz kena tipu. Yg heran tu, yg kena tipu lak, tak semestinya org kampung tapi org bandar yg ada pendidikan tinggi.... byk kes cam ni, gores & menang la, black money la etc.... Patut ke kesian ngan org yg ditipu? Terusterang la, pd saya, if org yg ditipu tu org tua ke, org kampung ke, saya mmg kesian coz diorg tak tau.... tapi yg selalu baca kat paper, yg kena adalah golongan berpelajaran... saya gelak jer... (sorry la, dah mmg betul wat...)
panjang lak membebel. Maaf la if ada yg terasa....
♦محمد أفيق♦
Feb 28 2009, 12:16 AM
panjang nye ulasan..terima kasih..
kenapa diaorg buat cam gitu..
pasal peraduan tu...ape tujuan sebenarnya?nak kenakan org??
B@zSh™
Feb 28 2009, 12:30 AM
My mum ada cerita yang husband member dia dapat call dr company yang jual package pelancongan
Masa tu husband dia tgh tido..then operator tu call
Berbuih bercerita pasal kelebihan jadi member utk package ni
Untung besar la macam2 lagi
Si husband ni dah la baru bangun tdo & penat...suruh la mamat ni call len kali
Pastu siap pujuk cakap sekejap jer & paksa2 suruh join
Si husband ni pulak jenis panas baran x dapat nak tahan sabar terus maki hamun budak tu
Dan ajak budak tu utk jumpa depan2 nak bergaduh
Yang aku kelakarnya...si operator ni terkedu & senyap
Lepas tu letak tepon....
Aku rasa len kali aku pun kena wat mcm tu kepada orang yang x paham bahasa
P/S : Xder ke akta yang boleh digunakan untuk company2 mcmni? kadang2 diaorang manis masa bercakap jer...bila dah dapat authorization dr mangsa terus tinggalkan mangsa terkapai...boleh masuk akta penipuan x?
sHäm
Feb 28 2009, 12:44 AM
1 soalan ... bagaimana no. telefon dan data peribadi kita boleh bocor? Yang ni rasanya ada akta ...
B@zSh™
Feb 28 2009, 01:44 PM
Tu la...nak dakwa...x tahu sape dalangnya
Tp memang benda ni kerja orang dalam
Cuba tanya sape2 yang baru wat kad kredit...mesti dalam masa 2-4 bulan ada company yang akan call & paksa join jd member diaorang
Skang ni...boleh x kita ambil tindakan ke atas company yang memaksa kita tu
Aku ada satu company ni, walaupun aku dah kata x berminat...selepas 6-8 bulan diaorang akan call balik
Geram gak rasanya
blankcanvas
Feb 28 2009, 06:42 PM
Rasanya, tak de kut.. coz apa bukti?
If complen kat bank pun, bukannya boleh buat apa...
Yg paling mudah, letak je telefon if org yg cakap tu jenis tak faham bahasa...
Dan... jgn sekali2 bagi 3 digit terakhir dibelakang kad kredit tu... coz even org bank pun tak tau kod tu... if dah bagi 3 num tu, maknanya tuan punya kad dah bagi kebenarang buat transaction. Since num tu, biasanya tuan punya kad je yg tau, so if nak komplen kat bank pun, bank tak leh buat apa2. without 3 num tu, takkan boleh buat online transaction.
BasicCX
Mar 3 2009, 02:14 AM
Penyebaran maklumat peribadi boleh didakwa di bawah Seksyen 73 Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta lain seperti di bawah Seksyen 4 dan 12, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Seksyen 4, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Undang-undang Perlindungan Maklumat Peribadi yang sedang digubal.
ganazz
Mar 3 2009, 09:44 AM
QUOTE (BasicCX @ Mar 3 2009, 02:14 AM)

Penyebaran maklumat peribadi boleh didakwa di bawah Seksyen 73 Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta lain seperti di bawah Seksyen 4 dan 12, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Seksyen 4, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Undang-undang Perlindungan Maklumat Peribadi yang sedang digubal.
yg berniaga maklumat peribadi cam web cari jodoh, boleh didakwa ke juga?
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila
klik disini.