Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Siapa yang Paling Malas di kampung ini????
CAKAP.Net > Cakap Santai > Cakap Lawak & Jenaka
aina_sara
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya,

"Patik adalah yang paling malas."

Raja pun bertanya, "Apa tahap malas tuan hamba?"

Lalu jawab lelaki tersebut, "Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik."

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, "Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku."

Tuanku pun bertanya kepadanya, "Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?" Maka jawabnya, "Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan."

Maka raja pun terdiam seketika...

Tanpa disangka˛ datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, "Patik adalah yang paling malas tuanku."

Raja pun bertanya, "Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?"

Budak itu pun menjawab, "Nak cite pun malas."...
eskep
war har har har... mmg lawak la budak tu.
best2... smile.gif
B@zSh™
Haha...
Tp kan....yang makan pun tolong kunyahkan tu aku rasa paling kelakar biggrin.gif
aina_sara
QUOTE (B@zSh @ Mar 2 2009, 06:59 PM) *
Haha...
Tp kan....yang makan pun tolong kunyahkan tu aku rasa paling kelakar biggrin.gif


itu namanya tahap malas yang dah nak mampus.. 24.gif
B@zSh™
Hehe...mampus pun x malas mcm tu tongue.gif
B@zSh™
Hehe...mampus pun x malas mcm tu tongue.gif
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2019