Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: ANU..... LAM BToL
CAKAP.Net > Cakap Santai > Cakap Dunia Hiburan
ganazz
Filem melayu terbaru



KUALA LUMPUR, 5 FEB 2008: Selepas Haru Biru yang berkisar mengenai gejala segelintir anak-anak muda yang rosak akhlak, Raja Azmi Raja Sulaiman berhasrat untuk menerbitkan pula filem yang mengangkat kisah mengenai seorang transeksual yang akhirnya jatuh cinta dengan seorang wanita yang dikenalinya secara tiba-tiba.


Filem penuh daring yang menggunakan judul Botol Dalam Almari itu dijadualkan akan memulakan penggambarannya pada sekitar April ini dan difahamkan Shahdan Hashim (pengarah Haru Biru) sekali lagi akan bertindak sebagai sutradara.


Malah, apa yang menarik, produser filem tempatan yang tidak serik-serik dihambat kontroversi ini sama sekali tidak berhasrat untuk menayangkan filem berkenaan di Malaysia kerana sedar ia akan menimbulkan kontroversi.

Bagi mendapatkan pengesahan lebih lanjut, murai.com.my berusaha mendapatkan komen daripada Raja Azmi sendiri mengenai projek pembikinan filem itu.


"Benar. Memang saya tidak berhasrat untuk tayangkan filem ini di Malaysia nanti. Sebab, ia mungkin akan mencetuskan kontrovesi apabila adanya satu babak yang menonjolkan keadaan fizikal lelaki itu tanpa seurat benang pun selepas dia menukar jantina asalnya kepada seorang 'wanita'.


"Tidak mungkin pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) akan memberikan pelepasan untuk filem terbabit ditayangkan negara ini. Seandainya mereka berikan pelepasan pun, saya pasti babak itu nanti akan menjadi mangsa potongan LPF.


"Mungkin saya boleh terima keadaan itu. Tapi tanpa babak tersebut, filem itu nanti akan nampak macam tidak cukup jiwa," katanya secara eksklusif kepada murai.com.my.


Isteri kepada bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek ini turut berkongsi cerita bagaimana dia memperolehi idea untuk menulis serta mencetuskan filem tersebut.


"Sebenarnya ia adalah sebuah kisah benar yang terjadi di kalangan orang yang saya kenali. Seorang sahabat baik kepada kalangan ahli keluarga saya sendiri. Disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup beberapa rakan lelaki yang cenderung sangat untuk menjadi 'wanita', akhirnya dia mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan untuk menukar sifat fizikalnya itu.


"Sebaik saja menjadi 'wanita', dia tiba-tiba mengenali seorang lelaki dan akhirnya menjalinkan hubungan. Namun, akhirnya dia dikecewakan lelaki itu. Sehinggalah dia bertemu dengan seorang wanita, tiba-tiba jatuh hati dengan wanita itu.


"Disebabkan terlalu mencintai wanita itu, dia cuba meluahkan isi hatinya dan berterus-terang mengenai siapa dirinya yang sebenar. Tapi wanita manakah yang mampu menerima hakikat itu? Akhirnya dia menyesali perbuatannya itu. Tapi hendak buat macam kerana sudah terlambat untuk dia berpatah semula ke pangkal jalan.


"Moral daripada apa yang hendak saya ceritakan di dalam filem ini ialah fikir dahulu sebelum membuat sesuatu. Lebih-lebih lagi isu yang berkaitan dengan pertukaran jantina ini kerana kita tidak akan tahu bila masanya hormon dan naluri lelaki akan kembali semula hingga membuatkan kita benar-benar jatuh cinta dengan seorang wanita," katanya.


Menurut Raja Azmi lagi, dia bersyukur kerana mendapat izin dan kebenaran daripada empunya diri untuk mengadaptasikan kisah benarnya itu ke layar perak.


"Apa yang membuat dia ingin memfilemkan kisah benarnya itu ialah kerana tidak mahu orang lain menerima kesan dan padah yang sama seperti apa yang dilaluinya. Malah, dia juga tidak mahu gejala menukar jantina yang dilakukan secara ikut-ikutan ini menjadi semakin berleluasa kerana suka tidak suka kita harus terima hakikat bahawa kita tidak boleh mengubah ciptaan Allah," katanya.


Skrip Botol Dalam Almari yang ditulis sendiri Raja Azmi ini turut dipersembahkan di dalam Bengkel Master Class yang dihadirinya sepanjang akhir tahun lalu di Lembaga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), di Hulu Klang.


Apabila ia mendapat maklum balas yang cukup positif daripada tenaga pengajar yang menyifatkan ia sebagai sebuah skrip yang boleh dianggap sebagai award winning di festival luar, negara Raja Azmi terus bercadang untuk memindahkan ia ke layar perak.


Raja Azmi kini dalam usaha untuk mencari barisan pelakon yang sesuai untuk membintangi filem terbaru terbitannya itu. Namun, antara nama yang menjadi sebutan ialah aktor Rusdi Ramli.


Ditanya mengapa dia memilih Botol Dalam Almari (judul asal dalam bahasa Inggeris iaitu Bottle In A Closet) sebagai judul filem ini, Raja Azmi berkata, ia adalah simbolik kepada penceritaan filem itu.


"Apa yang ada di dalam botol itu ialah alat kelamin yang menjadi milik lelaki yang sudah menukar jantinanya itu," kata Raja Azmi.

***murai.com.my***
eskep
Pada aku, aku ak berapa suka cite2 camni. Kadang2, nampak menonjol sangat apa yg tak patut untuk tontonan umum.
B@zSh™
Tajuk cite ni Anu Dalam Botol ke Botol Dalam Almari?

P/S : Walaupun filem ni x ditayangkan di Malaysia, orang Malaysia still bole tengok...& kontroversi tetap kontroversi rolleyes.gif
♦محمد أفيق♦
QUOTE (B@zSh @ Mar 5 2009, 10:26 AM) *
Tajuk cite ni Anu Dalam Botol ke Botol Dalam Almari?

P/S : Walaupun filem ni x ditayangkan di Malaysia, orang Malaysia still bole tengok...& kontroversi tetap kontroversi rolleyes.gif

tak kesah la B@zSh..janji botol...nak tayang kat mane??
tak ditayangkan di malaysia...mungkin beliau nak cuba market luar..
kenapa la cite cam gitu..pelik nau bunyi nya...
tapi..download ttp download..
ganazz
filem ni kalo tayang kat LoNdon gerenti meletup!!!
♦محمد أفيق♦
QUOTE (ganazz @ Mar 5 2009, 11:36 AM) *
filem ni kalo tayang kat LoNdon gerenti meletup!!!

Siapa plak barisan pelakon..ha..itu pon kena tahu gak...
sebab dikatakan ade babak yang menonjolkan keadaan fizikal lelaki itu tanpa seurat benang pun selepas dia menukar jantina asalnya kepada seorang 'wanita'
aina_sara
betul jugak ek..? sapekah pelakon lelaki yg sanggup tayang satu body tu..? shocking.gif

pada pendapat aku... anuar zain sesuwaiiiiiiiiiiiiiii sgt nak bwk watak ni.. sbb dia pun cam ala-ala 2 alam je.
♦محمد أفيق♦
QUOTE (aina_sara @ Mar 5 2009, 12:59 PM) *
betul jugak ek..? sapekah pelakon lelaki yg sanggup tayang satu body tu..? shocking.gif

pada pendapat aku... anuar zain sesuwaiiiiiiiiiiiiiii sgt nak bwk watak ni.. sbb dia pun cam ala-ala 2 alam je.

dont say like that...nak ala-ala 2 alam ni ramai..ha...
agak2 sape la terima tawaran berlakon tu..mesti demand tinggi
mat.g™
adakah anda boleh nampak jelas objek didlm botol yg diblurr kan itu? cuba teka....
♦محمد أفيق♦
QUOTE (mat.g @ Mar 5 2009, 01:48 PM) *
adakah anda boleh nampak jelas objek didlm botol yg diblurr kan itu? cuba teka....

kita tgk blk pada tajuknya....sudah tentu la si 'anu'
ganazz
agaknya antara jantan dikatakan utk filem ni, Jehan Miskin, Ashraf Muslim, Awal Ashari , Remy Ishak and Iqram Dinzly, anu saper yang sanggup utk dikena? mesti demand nih!


Awal Ashari
padaiyappa©
cerita yang bertentang dengan akidah .....
ganazz
ini dia.... anu... tu.....



aper da tokey ileng nie.... kasut pun tak leh yg power sket ker?
aina_sara
ehh..? sape tu aa? adiputra ke tu? mak aiii jelita siot..

kalau adiputera lah si anu itu.. mmm... 105.gif
aina_sara
tp slalu dlm filem, pempuan je yg slalu dieksploitasikan.. filem kali ini cam terbalik plak ye.. hehehe...
B@zSh™
Haha....nampak lawa lak si Adiputra ni
Mmg akan kontroversi habis ni
Walaupun x ditayangkan di Malaysia...Melodi akan tetap cari Raja Azmi nnt rolleyes.gif
B@zSh™
QUOTE
KUALA LUMPUR – Walaupun dikritik kerana memaparkan jalan cerita hubungan songsang, penerbit filem Anu dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman (gambar) tetap mempertahankan filem itu.

Menurutnya, filem itu mampu membawa ke arah kebaikan bagi golongan lelaki yang sedang dalam dilema untuk mengubah diri menjadi seorang wanita.

Menurutnya, perkara itu serius memandangkan kadar statistik mengenai lelaki menukar jantina kini mencecah ke angka 50,000 di Malaysia.

“Saya rasa tidak salah untuk kita menyampaikan dakwah dengan medium filem sebegini dan kita tidak patut malu kerana inilah yang berlaku dalam negara kita.

“Ia juga sebuah isu penyesalan sepanjang hayat. Jadi saya mahu memberi kesedaran kepada masyarakat yang ada niat untuk memotong ‘anu’nya supaya tidak jadi potong selepas menonton filem ini. Saya yakin dakwah saya akan sampai,” katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, Raja Azmi memberitahu, isu kematangan masyarakat bukan persoalan sama ada mereka bersedia menerima filem-filem berunsur sedemikian.

“Kalau nak tunggu semua orang matang, sampai bila kita mahu menyorok isu sosial sebegini yang semakin berleluasa? Benar, ada masyarakat yang matang dan ada yang tidak dan saya rasa pada zaman ini masyarakat sudah mampu berfikir mana yang baik atau buruk.


SOURCE

aina_sara
“Saya rasa tidak salah untuk kita menyampaikan dakwah sarcastic_hand.gif dengan medium filem sebegini dan kita tidak patut malu kerana inilah yang berlaku dalam negara kita.

“Ia juga sebuah isu penyesalan sepanjang hayat. Jadi saya mahu memberi kesedaran kepada masyarakat yang ada niat untuk memotong ‘anu’nya supaya tidak jadi potong selepas menonton filem ini. Saya yakin dakwah saya akan sampai,sarcastic_hand.gif katanya di sini semalam.
mat.g™
tp cerita ni mmg menyampaikan mesej kpd masyarakat.. mmg ada manusia yg suka potong anu sendiri ni.. zaman belajar dulu ada budak sekolej tup tup dgr cerita kena buang UiTM sbb dia sudah potong anu dekat siam... emm tak sangka begitu sekali dia mau jadi bapok yang asli.

dah elok2 Tuhan beri anu nak dipotong... tak takut sakit ker... aku ingat zaman bersunat dulu yg sikit tu pon dan cuak tahap mahu lari drp rumah.... ni potong terus gila ke aper.. huhuhu doh.gif
B@zSh™
Aku ada gambar procedure pertukaran jantina
Step by step mcmn surgeon buat pertukaran jantina
Nak share kat sini takut nnt ramai lak cakap terlalu 18sx..haha tongue.gif
♦محمد أفيق♦
QUOTE (B@zSh @ Mar 17 2009, 10:37 AM) *
Aku ada gambar procedure pertukaran jantina
Step by step mcmn surgeon buat pertukaran jantina
Nak share kat sini takut nnt ramai lak cakap terlalu 18sx..haha tongue.gif

hahaha..jgn share..bahaya..
aku pernah tgk yang pompuan buat 'anu' palsu tok jadi lelaki..haha..kelakau..
cam mane tu eyh...urat2 semua cam mane..
ade ke nafsu tegang tu.. rolleye0012.gif
ganazz
QUOTE (cisqo87 @ Mar 17 2009, 10:06 PM) *
hahaha..jgn share..bahaya..
aku pernah tgk yang pompuan buat 'anu' palsu tok jadi lelaki..haha..kelakau..
cam mane tu eyh...urat2 semua cam mane..
ade ke nafsu tegang tu.. rolleye0012.gif

anu palsu untuk pompuan nak jadi jantan, itu tak susah..... dorang bleh beli batang plastik full time mengeras, kasik gam kat spenda!!!! 24.gif kalo asyik bergolek kiri kanan, itu citer lain.... jgn last2 pakai sendiri, haru biru ler.... botol KOSONG!!! 24.gif
B@zSh™
Okes...xper
Kalo mcm tu aku x share biggrin.gif
aina_sara
aaa ni nak citer skit, pernah berlaku satu kes di mahkamah syariah, sorang 'perempuan' ni nak mintak cerai fasakh kat laki dia.. mmg cantik sgt pempuan tu, body mmg mantopp! 100% nmpk asli. rupa2nya dia tu x asli/pondan...yg lebih mengejutkan, sang suami tu plak x tahu pun yg bini dia tu sebenonya x asli... masa kat mahkamah tu baru terbongkar segalanya.. terus mahkamah buang kes. pelikkan?? camana la diorang kawin kan? agaknya pak imam pun dah tertipu..bukan pak imam saja, seluruh keluarga laki tu kena tipu..
♦محمد أفيق♦
QUOTE (aina_sara @ Mar 18 2009, 10:44 AM) *
aaa ni nak citer skit, pernah berlaku satu kes di mahkamah syariah, sorang 'perempuan' ni nak mintak cerai fasakh kat laki dia.. mmg cantik sgt pempuan tu, body mmg mantopp! 100% nmpk asli. rupa2nya dia tu x asli/pondan...yg lebih mengejutkan, sang suami tu plak x tahu pun yg bini dia tu sebenonya x asli... masa kat mahkamah tu baru terbongkar segalanya.. terus mahkamah buang kes. pelikkan?? camana la diorang kawin kan? agaknya pak imam pun dah tertipu..bukan pak imam saja, seluruh keluarga laki tu kena tipu..

pak imam tertipu tu tak pe...ni pasal somi dia...
mcm mane mlm pertama..adoi..tak leh nak bayang....
mesti si somi tu rase tertipu seumur hidup...tdo sebantal dgn....alahai.....
B@zSh™
Pak imam x perasan coz muka dah macam pompuan
Laki lak tak perasan coz anu dah memang mcm pompuan
Cuma suara maybe susah sket nak ubah...tp kalo dah wat operation kat vocal cord..x mustahil tongue.gif
aina_sara
itu la psal... tp mmg somi dia kata mati2 dia ingat yg 'isteri' dia tu selama ni pempuan tulen.
nak tanya lebih2 kang, x pasal ada yg kena penampor.. 114.gif
aina_sara
QUOTE (B@zSh @ Mar 18 2009, 11:09 AM) *
Pak imam x perasan coz muka dah macam pompuan
Laki lak tak perasan coz anu dah memang mcm pompuan
Cuma suara maybe susah sket nak ubah...tp kalo dah wat operation kat vocal cord..x mustahil tongue.gif


suara? tp kan setengah pempuan suara cam jantan gak.. cuma 'isteri'nya ni halkumnya kecil, x perasan sgt.
B@zSh™
QUOTE
suara? tp kan setengah pempuan suara cam jantan gak.. cuma 'isteri'nya ni halkumnya kecil, x perasan sgt.

Yups...memang ada pompuan yang ada husky voice
Suara aina cam jantan gak ke? laugh.gif
aina_sara
QUOTE (B@zSh @ Mar 18 2009, 11:33 AM) *
Yups...memang ada pompuan yang ada husky voice
Suara aina cam jantan gak ke? laugh.gif


sore i ala2 siti nurhaliza u..
B@zSh™
QUOTE
sore i ala2 siti nurhaliza u..

24.gif
♦محمد أفيق♦
QUOTE (aina_sara @ Mar 18 2009, 11:59 AM) *
sore i ala2 siti nurhaliza u..

amboi..mengaku suara cam ct nurhaliza..kelasss tau..
ade sesiapa sini suara cam jamal ke...salim ke..ade???
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2019