Mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul. Supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, satu pintu lain akan terbuka. Tapi, lazimnya kita memandang pintu yang tertutup terlalu lama sehingga tidak menyedari pintu yang lain dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian bersama tanpa berkata apa-apa dan berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan paling hebat yang pernah anda alami. Memang benar kita tidak akan tahu apa yang kita telah punyai sehinggalah kita kehilangannya. Dan juga benar kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehingga ia datang dan pergi. Memberi seseorang seluruh cinta bukanlah satu kepastian yang dia akan menyintai anda kembali. Jangan harapkan cinta sebagai alasan. Nantikan sahaja ia akan mekar dihati anda. Cuma ia akan mengambil masa untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai sesorang. Jangan pandang pada kecantikan kerana ia mungkin palsu, jangan pandang pada kemewahan kerana ia akan susut. Carilah seseorang yang boleh membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang boleh membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba dalam satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang… sehinggakan anda ingin menggapainya di dalam mimpi dan ingin memeluknya dalam nyata. Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan. Cinta bermula dengan senyuman dan akan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah ialah meneruskan hidup dengan melupakan kegagalan pada masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang sekeliling anda tersenyum… teruskan hidup anda apabila anda mati nanti… anda pula yang akan tersenyum … dengan landasan kebenaran, dan cinta yang diredhai….