Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Penipuan kad kredit
CAKAP.Net > Cakap Komuniti > Cakap Kedai Kopi
eskep
Aku nak kongsi kisah ttg penipuan kad kredit nih, yang baru jer aku sendiri alami, kisah yg sama seperti seorang member dari Putera.com ceritakan. Kebetulan aku baca kisah ni kat forum putera smalam, jadi bila aku dapat panggilan ni, aku tak terasa heran sangat.

Camni, lebih kurang pukul 4.00 ptg tadi, telepon aku berbunyi, satu nombor yang tidak dinali +601300808888 muncul kat screen HP aku. Aku jawab, kedengaran suara amoi (dirakam) menerangkan yang aku ada hutang kad kredit berjumlah RM4982 dengan AMBank... bla bla bla... 03/12/2008... aku sempat catat angka2 ni pasal masa tu aku tengah pegang pen. Tak lama kemudian, ada arahan untuk tekan satu untuk bla bla bla.. tekan 2 untuk bla bla bla.. dan seterusnya. Aku malas nak layan, sebab aku dah tau pasal ni, dan yang pastinya, aku takde buat apa2 akaun dengan AMBank, apatah lagi kad kredit.

Pada korang di luar sana, berhati-hatilah dengan muslihat camni. Aku rasa, ada jugak yang terpedaya, mungkin dapat ditipu, keterangan diri dan akaun bank didapatkan dengan cara ni. Bila si penipu ni dah dapat, mungkin juga sesuatu akan berlaku pada akaun korang --> duit lesap, butir2 diri disalahguna dan sebagainya.... Jadi, hati-hati...

Klik SINI untuk lihat thread yg lebih kurang sama di Putera.com.
padaiyappa©
jangan cakapkan kau, aku pun pernah terkena ... dia cakap daripada pusat kawalan credit, tapi minta pengesahan ...minta nama , ic, nama ibu, alamat rumah ... hampeh tul ... suara macam orang sabah je
♦محمد أفيق♦
macam2 cara sekrang hendak menipu..kena pandai tgk..
kalau tak.habis la kita..
eskep
Dunia dah moden, manusia pun bertambah moden dengan ilmu yang disalahgunakan untuk kepentingan diri.

Tapi pelik, walaupun kedengaran macam tak betul, rasa diri tak pernah spend kredit kad lebih dari amaun yg sepatutnya, masih ada lg yang percaya dengan penipuan camni... huh.gif
aina_sara
kejadian ni berlaku pd kawanku,
satu hari p isi minyak, dia guna kad kredit utk isi minyak, ntah macamana ada mamat bangla ni (pekerja stesen minyak tu) nak tolong masukkan kad kredit tu, dia bagi je la...

2 hari kemudian dia cek kad kredit dia ada buat tempahan tiket ke bangladesh. terkejut beruk kawan aku. pastu baru dia teringat masa mamat bangla tu nak swipe kad dia, mamat tu ada ambil pensel dan tulis sth kat satu kertas.. rupa2nya mamat tu tulis no. kad kredit dan no. 3 digit rahsia kat belakang kad kredit dia... dan wat tempahan tiket ke bangladesh. tp sib baik tarikh bertolak lum smpi lagi.. so dia terus call MAS cancel kan tiket tu.. huhuhuuuu...
jasmanjunid
Salam hormat,

Bahya ni. Kenalah lebih berhati-hati selepas ni. Tapi dalam berhati-hati pun bleh terkena gak. Habis tu nak buat camner yerk?

Me kaceh
eskep
QUOTE (aina_sara @ Apr 10 2009, 05:56 PM) *
2 hari kemudian dia cek kad kredit dia ada buat tempahan tiket ke bangladesh. terkejut beruk kawan aku. pastu baru dia teringat masa mamat bangla tu nak swipe kad dia, mamat tu ada ambil pensel dan tulis sth kat satu kertas.. rupa2nya mamat tu tulis no. kad kredit dan no. 3 digit rahsia kat belakang kad kredit dia... dan wat tempahan tiket ke bangladesh. tp sib baik tarikh bertolak lum smpi lagi.. so dia terus call MAS cancel kan tiket tu.. huhuhuuuu...

Apa yg terjadi pada mamt bangla tu aina sara?
kena buat sesuatu tu, takleh dibiarkan je camtu.
Nanti2 dia buat lagi kat orang lain lak.
B@zSh™
Aku pernah terkena gak
Aku jarang guna AMEX kalo nak buat apa2 transaksi
Nak dijadikan cerita...dekat2 ngan expiry date kad aku...ada lak online transaction yang dibuat kat Singapore
Jumlah lebih kurang MYR6000...
Tp seb baik orang bank terus call aku untuk verify transaction tersebut
Dan aku terus la cancel kad tu terus tp lepas tu kena isi Dispute Form
Jadi...berhati2lah...aku pun x tau mcmn diaorang bole dapat details aku tu
Nak kata guna CC Generator...online transaction skang ni sume nak CVV2
Just untuk pesanan...bg pengguna CC ni...pastikan add 1 lagi protection layer dengan menambah pengesahan before sesuatu transaction diluluskan smile.gif
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024