Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Tips Untuk Menjimatkan petrol Anda
CAKAP.Net > Cakap Santai > Cakap Dunia Automotif
hexagold
Assalammualaikum,

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk menjimatkan petrol anda selain dari membeli device atau bahan adetif.

1) Yang paling penting sekali adalah servis kereta anda mengikut jadual. Saya pernah terlupa nak servis, kereta anda 'makan minyak' macam minum air, sekejap aje dah nak kena isi.

2) Pastikan tekanan tayar anda sesuai dengan bebanan, kalau lebih muatan, isi angin lebih sikit.

3) Keluarkan barang-barang yang tak perlu dari bonet kereta anda.

4)Memandu secara sistematik dan teratur. anda patut tahu bila untuk membrek, bila untuk membelok dan sebagainya.

5) Isi minyak di waktu malam atau awal pagi.

6) Beli minyak pada stesyen minyak yang ramai orang.

Itu sahaja tip untuk menjimatkan petrol buat kali ini. Jika ada yang nak tambah tu, dipersilakan.
exinco
hi,
aku baru je lihat produk edimyium, ada jual penjimat minyak, main lekat2 je.

tips ke 6 tu apa kaitan?
hexagold
QUOTE (exinco @ Sep 20 2008, 04:07 AM) *
hi,
aku baru je lihat produk edimyium, ada jual penjimat minyak, main lekat2 je.

tips ke 6 tu apa kaitan?

Ok, Kalau kita beli minyak yang kurang orang, minyak tu tersimpan lama di dalam tangki, semakin lama minyak tu tersimpan, semakin rendah kualitinya.Jika kita membeli petrol di tempat yang ramai orang, minyak tu sering berganti dan tidak tersimpan lama di dalam tangki. Dari segi teorinyanya , saya kurang arif la, tapi saya pernah baca artikel mengenainya. Tapi kat KL ni stesyen minyak sentiasa penuh ya tak? cuma di kampung-kampung aje la yang ada stesyen minyak yang tak ramai orang.

produk edimyium tu ok ke? member aku cakap Microcompressor lagi ok. Dia dah pakai, dari Kl ke kelantan pakai waja full tank pegi balik.
Geekspro
Aku ada terbaca yg salah satu cara nka jimatkan petrol ialah dengan memasukkan ubat gegat ke dalam tangki minyak selepas mengisi minyak full tank...aku tak berani lagi nak test...kena cari moto buruk dulu baru berani skit nak buat..
wanmus
QUOTE (Geekspro @ Sep 20 2008, 12:52 PM) *

aku pun pernah dengar..tapi x pernah tengok lagi n x pernah cuba lgi..heheh.subalah kot2 kita boleh kongsi kat sini..tapi member aku cakap pakai magnet MagSaver pun dia boleh jimat lebih kurang 30% minyak dari penggunaan biasa..tapi memang imatlah dia kata dari biasa..nak pasang pun mudah just letakkan magnet khas tu kat wayar minyak sebelum masuk ke enjin..
abdfatah
tips keenam tu nampak menarik jugak tu. kenapa nak pergi ke stesen minyak yang ramai orang berkunjung...? ada jualan murah minyak petrol ke? mesti ada jualan minyak petrol dengan harga diskaun yang menarik ataupun ada peraduan dari stesen minyak tersebut. kalo dah ramai orang pergi tentunya dapat petrol secara percuma jugak.... agaknya laaa kalo dapat petrol percuma best jugak....setahun sekali mungkin stesen minyak boleh buat cabutan bertuah minyak petrol percuma....
hexagold
QUOTE (abdfatah @ Sep 20 2008, 03:52 PM) *
tips keenam tu nampak menarik jugak tu. kenapa nak pergi ke stesen minyak yang ramai orang berkunjung...? ada jualan murah minyak petrol ke? mesti ada jualan minyak petrol dengan harga diskaun yang menarik ataupun ada peraduan dari stesen minyak tersebut. kalo dah ramai orang pergi tentunya dapat petrol secara percuma jugak.... agaknya laaa kalo dapat petrol percuma best jugak....setahun sekali mungkin stesen minyak boleh buat cabutan bertuah minyak petrol percuma....

Bukan sebab ada jualan murah, tetapi untuk mendapatkan minyak yang segar. Kalau ramai orang, mesti minyak pun sering berganti, tak ada lama sangat dalam tangki.So, minyak yang baru lebih berkualiti berbanding minyak yang lama tersimpan di dalam tangki simpanan. Dan lagi satu nak jimat minyak ialah, tak payah pakai kereta...kih..kih..kih, gurau aje:)
wanmus
QUOTE (hexagold @ Sep 20 2008, 04:58 PM) *
Bukan sebab ada jualan murah, tetapi untuk mendapatkan minyak yang segar. Kalau ramai orang, mesti minyak pun sering berganti, tak ada lama sangat dalam tangki.So, minyak yang baru lebih berkualiti berbanding minyak yang lama tersimpan di dalam tangki simpanan. Dan lagi satu nak jimat minyak ialah, tak payah pakai kereta...kih..kih..kih, gurau aje:)

betul..kalau cmtuh, kene cari stesen minyak yang topup minyak dia paling kurang dua hari sekali..tapi kat kampung aku pun masa keje part time arituh, diorang topup dalam 4-5 hari sekali..tu kira segar tak segar ek?hehehe..tapi aku rasa kalau minyak topup 4-5 hari sekali tu dah kira cepat lah tu ek? yerlah ramailah yang isi minyak situh..satu lagi tangki simpan minyak kat bawah tanah tu dua tiga blok je kot.
taukey
ubat gegat la pulak. hahaha. nanti tak pasal pasal kena repair kereta kan lebih parah. aku ada guna minyak green oil. aku nak berkesan sampai betul betul jimat tak jugak la. tapi kesan dia ada gak sedikit. temperature kereta mmg tak naik sebab kereta aku lama jadi temperature dia kadang-kadang mengada ngada jadi aku cuba ok. dari segi minyak tu ada jimat sikit. kalau nak tanya kadar peratusan jimat mmg aku tak blh nak bagi tau la.
yazifa
QUOTE (taukey @ Sep 21 2008, 04:27 PM) *
ubat gegat la pulak. hahaha. nanti tak pasal pasal kena repair kereta kan lebih parah. aku ada guna minyak green oil. aku nak berkesan sampai betul betul jimat tak jugak la. tapi kesan dia ada gak sedikit. temperature kereta mmg tak naik sebab kereta aku lama jadi temperature dia kadang-kadang mengada ngada jadi aku cuba ok. dari segi minyak tu ada jimat sikit. kalau nak tanya kadar peratusan jimat mmg aku tak blh nak bagi tau la.

satu lagi CUCUK jer hface.gif
padaiyappa©
aku pernah dengar pasal ubat gegat tu, tapi tak pernah try/cuba ... ada sesiapa yang pernah try/cuba ubat gegat tu ?
mat.g™
Ada org dah cuba dan katanya ada kesan positif, ni salah seorg portfolio drp LubukPetuaWarisan berkata;

begini ceritanya :-
ubat gegat tu bertindak sebagai mempercepatkan lagi pembakaran dlm sistem bahanapi. sebagai contoh,…kita ambil secawan petrol tanpa ubat gegat…dan secawan petrol lagi dgn ubat gegat. cuba nyalakan lighter dari jarak sekaki…secawan petrol tanpa ubat gegat tx kan menyambar api yg dinyalakan oleh pemetik api itu….cuba nyalakan pula kepada secawan petrol yg dah bercampur dgn ubat gegat dlm jarak yg sama…sekaki. pastinya api menyambar terhadap petrol yg bercampur dgn ubat gegat itu.

so,…kesimpulannya disini ialah ubat gegat ni bila bercampur dgn petrol akan mengeluarkan gas yg boleh menyambar percikan api.(api drp plug).
secara logiknya,…petrol akan dapat dijimatkan kerana berlaku pembakaran yg cepat dan tiada lebihan petrol yg tinggal dlm sistem pembakaran.(bakar habis) power dan pickup pastinya bertambah jika semua ini berlaku.

aku rasa penerangan ini boleh membuatkan korang paham bagaimana ubat gegat itu berfungsi.

boleh refer kat sini utk details: http://petua.shopbegins.com/?p=72
Lady
QUOTE (Geekspro @ Sep 20 2008, 12:52 PM) *
Aku ada terbaca yg salah satu cara nka jimatkan petrol ialah dengan memasukkan ubat gegat ke dalam tangki minyak selepas mengisi minyak full tank...aku tak berani lagi nak test...kena cari moto buruk dulu baru berani skit nak buat..

aku pon penah dengar gak...
1 biji ubat gegat tuk 3 liter minyak...

p x berani try la, rosak kang keta nangis plak aku xde keta lagi...
B@zSh™
Huhu...menarik..guna ubat gegat
Tp kalo xder bukti secara saintifik aku x berani nak jahanamkan kereta
Satu lagi tips...aku x sure betul ke tak
Masa kita isi minyak...jangan biarkan minyak terisi secara automatik (means kita lock alat tu supaya minyak masuk sendiri)
Yang paling baik...kita isi sendiri dengan tekan picu tu sikit jer...so minyak masuk ke dalam tangki x laju
Kalo laju...ada orang cakap bubble yang terhasil akan menyebabkan isipadu minyak yang kita isi lebih sedikit dr yang sepatutnya wink.gif
Disadvantage nyer...lama sikit la nak tunggu masa isi minyak & 2nd korang x leh la nak rehat masa isi minyak
♦محمد أفيق♦
QUOTE (B@zSh @ Jan 14 2009, 04:06 PM) *
Masa kita isi minyak...jangan biarkan minyak terisi secara automatik (means kita lock alat tu supaya minyak masuk sendiri)
Yang paling baik...kita isi sendiri dengan tekan picu tu sikit jer...so minyak masuk ke dalam tangki x laju
Kalo laju...ada orang cakap bubble yang terhasil akan menyebabkan isipadu minyak yang kita isi lebih sedikit dr yang sepatutnya wink.gif

yang ni pon member aku ade ckp..
dia kata teori bendalir..
kalau isi sikit...boleh tunggu,
kalau nak isi cam tangki lori tu..
pergghh...basah jugak ketiak mase nak isi..
B@zSh™
Ye la...berapa ramai kat sini yang pakai lori
Haha....tp aku rasa still praktikal tongue.gif
♦محمد أفيق♦
QUOTE (B@zSh @ Jan 14 2009, 04:21 PM) *
Ye la...berapa ramai kat sini yang pakai lori
Haha....tp aku rasa still praktikal tongue.gif

aku dah cuba cara tu..aku isi 10...
mula2 tekan sikit aje...minyak keluar...tapi meter kat pam tu tak jalan...
dlm 4 saat tekan..baru meter RM gerak..
bila dah nak sampai jumlah isian..aku tekan paling lembut sekali..cam tauhu..
hahaha...nak isi 10 meter tapi tu tak berhenti sampai 13.69...
dah 2 kali dpt cam tu..
stesen tu ade promosi agaknya... laugh.gif
dawos
QUOTE (Cisqo @ Jan 16 2009, 11:44 AM) *
aku dah cuba cara tu..aku isi 10...
mula2 tekan sikit aje...minyak keluar...tapi meter kat pam tu tak jalan...
dlm 4 saat tekan..baru meter RM gerak..
bila dah nak sampai jumlah isian..aku tekan paling lembut sekali..cam tauhu..
hahaha...nak isi 10 meter tapi tu tak berhenti sampai 13.69...
dah 2 kali dpt cam tu..
stesen tu ade promosi agaknya... laugh.gif

tak juga
sebenarnye pam yang digunakan kat stesen minyak tue pam jenis yang lama... kalau pam jenis baru dah tak boleh dah...
dawos
QUOTE (wanmus @ Sep 20 2008, 03:44 PM) *
aku pun pernah dengar..tapi x pernah tengok lagi n x pernah cuba lgi..heheh.subalah kot2 kita boleh kongsi kat sini..tapi member aku cakap pakai magnet MagSaver pun dia boleh jimat lebih kurang 30% minyak dari penggunaan biasa..tapi memang imatlah dia kata dari biasa..nak pasang pun mudah just letakkan magnet khas tu kat wayar minyak sebelum masuk ke enjin..

yups mende nie pun btol gak..aku tak nafi kan ye..sebab die menstabilkan molukel2 minyak..

tapi harus diingt pengunaanya...kalau bawa kereta enjin tak stabil @ kereta mati tibe2 tgh jalan...cabut ajer menatang tue...mesti elok kembali kereta anda..
♦محمد أفيق♦
QUOTE (dawos @ Jan 22 2009, 11:37 AM) *
tak juga
sebenarnye pam yang digunakan kat stesen minyak tue pam jenis yang lama... kalau pam jenis baru dah tak boleh dah...

tips terbaru. pergi isi minyak di stesen minyak lame..
jgn pergi yg baru..
yg lame lebih berkualiti
dawos
QUOTE (Cisqo @ Jan 22 2009, 01:33 PM) *
tips terbaru. pergi isi minyak di stesen minyak lame..
jgn pergi yg baru..
yg lame lebih berkualiti

sbb tue la orang cakap barang lama tetap berharga...
♦محمد أفيق♦
*off topic*
sebab tu la ramai yg nak kawin ngan org lamo...byk yg berharga.
*off topic*
aku ade tgk dalam 1 video..ade cara tekan nak isi minyak..
tapi tak pernah try plak.
dawos
kalau pakai ubat gegat nie.. aku nak try kat kete aku takde kereta... maklum ar tak mampu nak beli kete..

tapi aku try kat motor aku ex5 ajer...motor murah ajer..(padahal pembakaran bagi enjin 4 lejang sume same yang beza nye injection dengan karburetor itu ajer - sape2 yang tau pasal enjin mesti tau pasal nie)

menarik gak.. dahla ex5 save minyak lagi save.. motor pun ringan jer..

sape nak percaya @ tak terpulanglah masing2 kalau nak try try ajer bg aku takde masalah... rclxm9.gif

sbb nanti aku cakap lebih orang ckp aku buat2 pandai..

orang cakap aku takde kete tak pernah tau pasal kete takyah nak tunjuk pandai(sikap orang melayu- padahal tukar minyak itam sendiri pun tak reti).. sorry to say.. pandai ar nak pk mcm mana..

bile pergi kat cina hitam2 sikit tangan diela formen bagus... masing2 nak fikir mcm mana korang fikirla..

tapi bagi sesiapa yang pernah cube yang pernah lihat hasilnye bagusla..
♦محمد أفيق♦
QUOTE (dawos @ Feb 11 2009, 05:16 PM) *
sbb nanti aku cakap lebih orang ckp aku buat2 pandai..

orang cakap aku takde kete tak pernah tau pasal kete takyah nak tunjuk pandai(sikap orang melayu- padahal tukar minyak itam sendiri pun tak reti).. sorry to say.. pandai ar nak pk mcm mana..

bile pergi kat cina hitam2 sikit tangan diela formen bagus... masing2 nak fikir mcm mana korang fikirla..

tapi bagi sesiapa yang pernah cube yang pernah lihat hasilnye bagusla..

ringan cammane tu bro..lagi laju ngan hanya buh ubat gegat??
ok la kalau dah try..ade juga pendapat..

npe cam frust aje ayat atas tu? unsure.gif
kalau xde org nak percaya..xpayah frust..buat tak tahu aje..lantak pi la kat depa..
yang penting ko happy
B@zSh™

QUOTE
KUANTAN - Jika bil air tinggi disebabkan air yang dipam bersama tekanan udara, demikian juga ketika mengisi minyak di stesen minyak.

"Pam dengan perlahan kita dapat banyak minyak. Pam dengan laju, dapat sedikit," demikian dakwa Pengurus Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin.

Menurutnya, keadaan itu tidak disedari kebanyakan pengguna kerana mereka tidak peduli kuantiti sebenar minyak yang dipam.

Wartawan Kosmo! yang ingin menguji dakwaan Noor Nirwandy itu telah mengisi minyak ke dalam dua botol di dua stesen minyak berasingan dan mendapati kuantitinya berbeza walaupun harga yang dibayar adalah sama.

Noor Nirwandy berkata, keadaan tersebut berlaku apabila petrol yang diisi telah bercampur wap semasa dipam.

"Ia menjadikan paparan digit pada mesin pam menunjukkan minyak yang dipam adalah satu liter namun kuantitinya sedikit berbeza disebabkan kemasukan bersama udara (wap). Bagaimanapun, kami belum membuat kajian terperinci mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, pihaknya juga kerap menerima aduan dan mengakui perkara tersebut memang berlaku namun hasilnya bergantung kepada cara pengguna mengisi minyak.

"Lebih baik isi minyak dengan perlahan bagi mengelak kemasukan udara yang banyak ke dalam tangki kenderaan.

"Pengguna juga boleh mengelak kemasukan udara bersama minyak dengan mengisi petrol pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk kerana jumlah wap di dalam tangki petrol bawah tanah adalah lebih rendah berbanding ketika cuaca panas," jelasnya.

SOURCE
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2019