Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Babai Mak...
CAKAP.Net > Cakap Santai > Cakap Lawak & Jenaka
WaKenaBeb
Suatu petang di sebuah 'supermarket'....Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip.
Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya.

Last-last lelaki tu pun buat dek jer, sebab dia ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnye tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya.

"maafkan mak cik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa ngan pandangan mak cik tadi.
Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas".Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia paham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya. Timbul rasa kesian dihati lelaki itu.

"Oh, begitu ke ceritanya mak cik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"tanya lelaki muda itu. "Aaaa.... mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "...bila mak cik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai...mak!!'? Terubat betul rindu mak cik jika anak dapat tolong sebab arwah anak
makcik selalu buat macam tuh pada makcik".

"Oh boleh... takde masalah,"kata lelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai, mak!!!!".

Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati
yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya.
"Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh. "Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana plak sampai seratus lebih ni?"tanya lelaki itu.
"Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh.
"Haah???????!!!!"....

Moral of the story : Jangan terlalu percaya kat orang yang hangpa tak
kenai!!

♦محمد أفيق♦
pandai makcik tu bermain trick..
mula2 sentimental..
lepas tu terkena plak...
ctz
very good the auntie...huhu
jasmanjunid
pandainya mak cik tu berlakon. So laa ni jangan mudah percaya kat orang yang belum dikenali. Cakap boleh percaya... hati-hati.
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2019