Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: RTM siar semula berita 8 malam
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa
♦محمد أفيق♦
KUALA LUMPUR – Keputusan Radio Televisyen Malaysia (RTM) membuat perubahan drastik dengan meminda slot berita utamanya atau Nasional@1 ke pukul 9 malam sejak 1 Januari lalu rupa-rupanya satu kesilapan.

Waktu siaran 9 malam itu yang dahulunya dianggap ‘waktu puncak’ dipercayai telah menyebabkan program berita itu kehilangan penonton yang beralih ke stesen lain yang menyiarkan berita lebih awal pada pukul 8 malam.

Ekoran itu, RTM terpaksa berpatah balik kepada waktu siaran asal berita pada pukul 8 malam bermula Isnin ini dengan siaran dipanjangkan dari setengah jam kepada satu jam.

Menurut sumber RTM, penukaran waktu itu turut meliputi berita Tamil, Mandarin dan Inggeris yang sebelum ini disiarkan antara pukul 7.30 malam (Tamil), 8 malam (Mandarin) dan 12 malam (Inggeris).

Mulai Isnin ini, katanya, berita Nasional@1 dalam Bahasa Melayu akan disiarkan di TV1 bermula 8 hingga 9 malam manakala siaran berita Tamil, Mandarin dan Inggeris disiarkan di TV2.

“Saluran TV2 akan memuatkan berita dalam tiga bahasa dengan berita Tamil pada 6 hingga 6.30 petang, Mandarin pukul 6.30 hingga 7 petang dan Inggeris pada 8 hingga 8.30 malam,’’ katanya.

Perubahan itu juga menyebabkan siaran berita Wilayah@1 yang kini pada pukul 8.30 malam ditukar kepada 6 hingga 6.30 petang di TV1.


kosmo online
eskep
Hmmm... sian RTM, buat itu ini tapi tak ramai jugak yang tertarik untuk lihat channel2 diorang. Aku pun sama, kalo tengok TV, payah sekali nak tekan remote utk buka siaran TV1, TV2 ni, asyik2 aku bukak TV3 dan siaran2 lain... dan itu yang menarik, kan?
♦محمد أفيق♦
bukan...tak payah nak tukar mase berita tu..org dah biasa..aku tak pernah tgk berita lepas kul 8..

tak kisah la ade byk lagi siaran berita di stesen lain..org ni kadang2 bukan 1..kepas tu tv 2..kepas tu 3,8,9...bile jumpe berita menarik akan stop kat situ..bukan semua berita padat dah lengkap..
WaKenaBeb
aku x nengok pon berita kat tv pasal bnyk auta. lebih2 lg buletin utama kat tv3 suku. klu pasal politik negara terang2 berita berat sebelah. laugh.gif
♦محمد أفيق♦
semua auta..tak de yg betul...sebab bukan kita tgk depan2..

tapi...kalau perlawanan bola..takkan auta...
B@zSh™
Ada jugak yang x auta
Yang banyak auta kalo masuk bab2 politik
Sebab tu ramai yang cari alternatif berita yang lebih terbuka & x menyebelahi mana2 pihak
♦محمد أفيق♦
betul..betul..betul..
penonton nak yg padat..ringkas...berita terkini...
dah juga pembaca berita sedap mata memandang....
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2026