LONDON - Real Madrid terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat penyerang Manchester United, Carlos Tevez.


Semuanya gara-gara keputusan bintang antarabangsa Ar gentina itu yang bertegas untuk menolak tawaran rasmi Real bernilai 40 juta (RM215 juta).

Keputusan Tevez itu sekali gus menimbulkan desas desus bahawa dia masih mahu kekal bersama United dalam kempen Liga Perdana England.

"Carlos akan menentukan masa depannya dan dia sendiri akan menentukan di mana seharusnya dia bermain," jelas ejen Tevez, Kia Joorabchian kepada Sportsmail.

Sebelum itu, Real telah mengemukakan tawaran rasmi menjelang pemilihan presiden kelab itu yang dijadualkan pada 14 Jun depan.

"Ini bukan semata-mata kerana wang tetapi segala keputu- san bergantung kepada keputusan Carlos dan pengaruh daripada keluarganya.

"Saya sendiri sebagai ejennya tidak mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan Carlos. Real mungkin bukan pilihannya dan kita akan tunggu apa yang bakal diumumkan selepas ini," tambahnya.

Menurut laporan, perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Barcelona di Rom pada 27 Mei ini bakal menjadi penentu kepada masa depan Tevez di Old Trafford.

United sendiri telah bersedia melanjutkan perbincangan untuk mengubah status pinjamannya tetapi belum mencapai kata sepakat dengan kenaikan harga yang diminta pemain tersebut sejak dipinjamkan pada tahun 2007.

Untuk rekod, United mendapatkan khidmat Tevez secara pinjaman dari kelab West Ham dengan nilai 9 juta (RM49 juta).

Dalam pada itu, Presiden Sports Intergroup, Heaton-Har- ris yang bertanggungjawab menangani isu membabitkan sukan di benua Eropah menegaskan, tiada apa yang boleh menghalang Tevez memilih haluannya.

"Dalam syarat-syarat penggajian, Tevez mempunyai kontraknya sendiri dengan ejen tersebut (Kia Joorabchian).

"Tetapi jika dia pergi ke Suru- hanjaya Eropah dan memberitahu dia mahu bebas daripada kontrak itu, dia akan mendapat sokongan daripada Eropah.

"Mengikut undang-undang Eropah, dia (Tevez) mempunyai hak untuk membatalkan kontrak tersebut," kata Heaton-Harris.

- Agensi

Kosmo