Assalammualaikum,
Semalam saya baru menghabiskan pembacaan sebuah buku iaitu 14 Langkah Rasullulah Membangunkan Bisnes. Sebelum ini, kita banyak didedahkan dengan buku mengenai Donald Trump, Lim Goh Tong dan sebagainya. Berapa ramaikah orang yang membaca buku mengenai Rasullullah membangunkan perniagaannya bersama Siti Khadijah.
Saya bukan nak promote buku ini, cuma saya ingin berkongsi intipati buku tersebut. Dalam buku tersebut, penulis menggariskan ciri-ciri Rasullullah serta langkah-langkah bagaimana beliau membangunkan sebuah perniagaan.
Antara ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seseorang adalah:
1)Belajar hidup berdikari sejak awal
2)Belajar erti kebebasan
3)mengasah jiwa kepimpinan
4)menjadi individu yang sedia mengalami perubahan
5)menghargai perjalanan proses
6)memiliki keberanian
7)berani mengembara
8)memiliki kesetiaan
9)memiliki ketekunan berterusan (istiqamah)
10)percaya pada diri sendiri
11)membina sifat flexibel
12)jujur dan amanah
13)bersikap bijaksana
14)percaya kepada tuhan dengan sentiasa berdoa kepadaNya
Langkah-langkah inilah yang beliau ambil sehingga beliau menjadi antara usahawan yang termasyur di tanah Arab sewaktu itu.