Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: 9 jenis setan & the gang
CAKAP.Net > Cakap Khusus > Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah
wanmus
9 jenis setan and the geng............


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :


1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda
supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.


2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap
Allah.


3. A'awan
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok
dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu
mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman
keras).


5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa
kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.


6. Masuud
Duduk di bibir mu melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit
yg mula dari kata-kata mulut.


7. Daasim


(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika
tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar
berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak
ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak
didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).


8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan
solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.


9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk!


10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah
Klang, Singapore, Beijing &.....


Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.


Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang
dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.


Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.Membazir
itulah sebenarnya amalan Syaitan.


11. Hindusetan
Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu
sembahyang,maseh menyonggol depan tv.....kapala keluar tanduk, tak
sedar....... jadi lah hindusetan !!!


12. Santan
Yang ini aje nampaknya... . berguna sedikit untuk masak kari dan masak
lemak.


Ha..tapi tak tau..banyak santan ni naik arr kolesterol pastu dpt
penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung...hmmm


Firman Allah: "Sekali-Kali Tidak Akan Redha Orang-Orang Yahudi Dan Nasrani
Itu
Sehingga Engkau Mengikut Cara Hidup Mereka." (Al Baqarah: 120)
CekDet
satu lagi ATAN..

dia ni nak kata setan tak jugak...nampak macam manusia tapi perangai macam setan..

keja takda, jadi kutu rayap je...pastu melepak kat tepi tembok main gitar dari pagi sampai ke malam tak ingat waktu solat..

WebZone-_-Attack
Itu baru gang2 setan, belum masuk kerabat dia lagi .
wanmus
QUOTE (CekDet @ Sep 28 2008, 09:58 PM) *
satu lagi ATAN..

dia ni nak kata setan tak jugak...nampak macam manusia tapi perangai macam setan..

keja takda, jadi kutu rayap je...pastu melepak kat tepi tembok main gitar dari pagi sampai ke malam tak ingat waktu solat..


hehehe..kalau sebut atan, ingat ada sebuah bas sekolah pak atan yang glamer kat dalam utm dulu yang duk angkut anak2 staff utm ke sekolah..hehhe..saje je teringat pulak kenangan dulu2..hhehe...tapi kalau masuk atan yang kutu rayau ni marahlah jugak aku..sebab antara yang menghabiskan duit kerajaan diorang nilah..sebab jarang aku tengok kutu rayau ni tak buat benda2 tak berfaedah cthnya hisap dadah, mencuri, samun, dan macam2 lah..yerlah, diorang nak guna duit tapi tak de keje, so last2 jadi setan jugaklah
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024