Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Shukery Hashim meninggal dunia
CAKAP.Net > Cakap Santai > Cakap Dunia Hiburan
♦محمد أفيق♦


AMPANG - "Saya tunggu awak di syurga."

Demikian antara kata-kata akhir pelakon Mohamad Shukery Hashim (gambar), 55, kepada isterinya Faridah Mad Desa, 51, sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit barah pankreas di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), pada pukul 1.45 petang semalam.

Faridah yang sentiasa berada di sisi Mohamad Shukery sejak dimasukkan ke PPUKM pada Jumaat lepas memberitahu, dia tidak menyangka arwah suaminya itu akan meninggal dunia dalam masa yang singkat.

"Terlalu cepat rasanya kerana dia nampak sihat. Arwah cakap, dia bertuah kerana dapat isteri macam saya dan kalau dia pergi dulu, dia akan tunggu saya di syurga.

"Arwah juga selalu berdoa meminta pada Allah, semoga dipermudahkan pemergiannya dan arwah pergi dengan tenang macam tidur," jelasnya.
♦محمد أفيق♦


bizonedrop
alfatihah...

sedih gak aku...cam terbiasa ngan citer2 arwah..
tapi ALLAH lebih sayangkan arwah..

Setiap yang hidup pasti KEMBALI
B@zSh™
Arwah antara pelakon yang banyak menyumbang ke arah perkembangan seni tempatan
Al-Fatihah untuk arwah
mat.g™
Al-Fatihah
eskep
Allah lebih menyayangi dirinya.
B@zSh™
Aku tengok gambau2 arwah kan...masa muda x berapa macho
Dah tua makin macho laks tongue.gif
Geekspro
Al-fatihah...
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2019