Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Tabika Kemas dikunci kerana gagal bayar sewa
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa
♦محمد أفيق♦


PELABUHAN KLANG - Entah apa silap dan salah anak-anak kecil yang mahu menuntut ilmu tiba-tiba dinafikan hak mereka apabila Tabika Kemas Bustanul Auladil Bahar di Blok I, Pangsapuri Seri Perantau, di sini tiba-tiba dikunci.

Berikutan itu, 43 murid tabika berkenaan terpaksa belajar di dalam khemah beralaskan tikar getah pada hari pertama persekolahan bagi penggal kedua semalam.

Sesi pembelajaran terpaksa dibuat di kawasan letak kenderaan pangsapuri sahaja apabila pintu tabika itu dikunci oleh Jawatankuasa Komuniti Blok I yang dikatakan menuntut pengurusan tabika melangsaikan tunggakan sewa RM2,500 sejak Januari lalu.



Akibat marah dengan tindakan jawatankuasa tersebut, kira-kira 40 penduduk yang terdiri daripada ibu bapa dan penduduk pangsapuri berkumpul di hadapan tabika dan mengugut untuk memecahkan kunci.


Bagaimanapun, ketegangan itu berakhir apabila wakil jawatankuasa komuniti blok bersetuju untuk membuka semula tabika yang terletak di tingkat bawah bangunan itu kira-kira pukul 11 pagi.

Pengerusi tabika berkenaan, Che Ri Abdul Hamid, 49, berkata, akibat tindakan mengunci kelas tabika, semua murid berusia lima dan enam tahun terpaksa bersila di atas kanvas serta belajar seperti biasa selama tiga jam mulai pukul 8 pagi.
mat.g™
yg salahnya ialah manusia yg diamanahkan untuk membayar sewa bila sampai masanya... peruntukan pasti dah diberi.. so tak bayar kpd yg berhak maka caranya ialah yg berhak mengunci utk memberi peringatan setelah ditegur tidak diendah... depa ni saja ambik kesempatan atas kanak2 yg mahu belajar.

last kanak2 gak yg jadi mangsa keadaan.. kat sini bukan yg mengunci bersalah tetapi yg tidak mahu bayar sewa tula puncanya jadi gaduh2.. sendiri mau ingatlah, sakng ni rumah setinggan pon sewa beratus2.
bizonedrop
aku setuju...

kenalah bayar sewa baru leh guna..tak pasal2 budak2 jadi mangsa rolleye0012.gif
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2026