Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Musim Perpindahan Pemain
CAKAP.Net > Cakap Santai > Cakap Sukan & Rekreasi > Cakap Bola Sepak
♦محمد أفيق♦
City ikat Santa Cruz

MANCHESTER: Penyerang Paraguay, Roque Santa Cruz pulang ke pangkuan pengurusnya, Mark Hughes selepas berpindah dari Blackburn ke Manchester City.

Santa Cruz menandatangani kontrak bersama City kelmarin bernilai £18 juta (RM104 juta).

“Adalah amat penting kami mendapatkannya kerana sudah sekian lama mahu perbaiki posisi berkenaan dalam skuad ini,” kata Hughes.

“Kualiti dimiliki Santa Cruz akan membawa faedah besar. Kebolehannya ketika melakukan lompatan dan penampilan fizikalnya adalah sesuatu yang kami perlukan. Dia juga mempunyai kemahiran teknik dan kepantasan yang baik.” - Agensi
♦محمد أفيق♦
Johnson sertai Liverpool


LIVERPOOL: Pemain pertahanan kebangsaan England, Glen Johnson setuju menyertai Liverpool dari Portsmouth.

Kedua-dua kelab mencapai persetujuan mengenai perpindahan pertahanan kanan berusia 24 tahun itu, kelmarin selepas usaha membuat pertukaran pemain musim lalu, gagal.

Liverpool dilaporkan membayar £17.5 juta (RM103.6 juta) kepada Portsmouth, yang masih berhutang £7 juta (RM41.44 juta) daripada perjanjian yang menyaksikan Peter Crouch meninggalkan Anfield pada musim perpindahan lalu.

Johnson, yang meninggalkan Chelsea pada 2006 ialah kesebelasan utama England di bawah kendalian Fabio Capello. - Agensi
♦محمد أفيق♦
Toure gembira tinggalkan Arsenal




MANCHESTER - Pemain pertahanan, Kolo Toure menegaskan bahawa dia telah membuat keputusan tepat dengan meninggalkan Arsenal dan menyertai Manchester City selepas bekas kelabnya itu kehilangan ramai pemain bintang.

Pemain Ivory Coast itu percaya kegagalan membawa bintang baru sebagai ganti membuatkan kelab itu kurang menarik perhatian berbanding skuad City yang dibimbing Mark Hughes.

"Apabila kami melihat Arsenal, kamu boleh perhatikan semua pemain bintang mereka meninggalkan kelab itu dan mereka juga tidak seperti dulu lagi," kata Toure.

"Tengok apa yang berlaku di sana. Thierry Henry sudah pergi, Patrick Vieira juga pergi dan Ray Parlour juga pernah meninggalkan mereka.

"Ini adalah pemain yang telah memberi kejayaan kepada Arsenal dan saya percaya masanya telah tiba untuk melakukan perubahan dalam karier saya.

"Kami kehilangan terlalu ramai pemain hebat di Arsenal. Ketika kami menang gelaran liga, semangatnya sangat hebat, kami seperti sebuah keluarga."

Toure yang merupakan pemain terbaru dalam projek City, mengalami kecederaan ketika membuat penampilan sulung pada aksi persahabatan pra musim pasukannya kelmarin.

Jaringan Martin Petrov pada minit ke-88 berjaya menyelamatkan maruah City yang ketinggalan menerusi jaringan Daniel Bogdanovic pda minit ke-83. - AFP
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2019