Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Ayam Goreng Ala Kentucky
CAKAP.Net > Cakap Khusus > Cakap Resepi & Masakan
wanmus
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
3 biji telur (dipukul)
1 cawan beras (ditumbuk halus)
Sedikit garam

Bahan digiling halus:

1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh ketumbar

Cara menyediakan:
Gaulkan ayam dengan bahan-bahan yang telah digiling, perapkan selama 1/2 jam. Celupkan ke dalam telur, kemudian digolekkan ke atas beras yang telah ditumbuk halus. Panaskan minyak dan gorenglah hingga masak.
B@zSh™
Ada beza ke ngan serbuk ayam goreng yang kita beli kat kedai tu wanmus? tongue.gif
Kalo beras tu x tumbuk tp blender je mcm mana?
OK tak? hehe
sHäm
Ala Kentucky .. kalau rasanya macamana ? ala jugak ke hmm.gif
aina_sara
walaupun dah bermcm resepi tepung ala kentucky yg dibuat dan beli mcm2 tepung ayam kat pasaran, KFC jugak yg ummpphh!! depa boh apa ye? hmm.gif
B@zSh™
Tapikan...bagi aku la...selera aku
Aku lagi suka ayam goreng McD berbanding ngan KFC
Lagi rangup & spicy...tp benda ni bergantung pada selera individu smile.gif
jaybee87
QUOTE (wanmus @ Sep 30 2008, 04:16 PM) *
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
3 biji telur (dipukul)
1 cawan beras (ditumbuk halus)
Sedikit garam

Bahan digiling halus:

1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh ketumbar

Cara menyediakan:
Gaulkan ayam dengan bahan-bahan yang telah digiling, perapkan selama 1/2 jam. Celupkan ke dalam telur, kemudian digolekkan ke atas beras yang telah ditumbuk halus. Panaskan minyak dan gorenglah hingga masak.



xde letak tepung ke?
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024