Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Kari Telur Mudah dan Murah
CAKAP.Net > Cakap Khusus > Cakap Resepi & Masakan
wanmus
Sesuai untuk student dan orang bujang smile.gif

Bahan-bahan:
6 biji telor
5 sudu besar Rempah kari daging
2 biji tomato dipotong empat
½ liter stok ayam
garam secukup rasa
Sedikit minyak

Bahan-bahan ini dikisar

20 biji cili padi
20 gm lada kering
200 gm bawang merah
30 gm halia muda

Cara menyediakan:
Telur di rebus hingga masak. Kupas kulit telur dan asingkan. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi hingga harum. Bancuh rempah kari didalam stok ayam dan tambahkan ke bahan kisar yang telah harum. Biarkan mendidih. Lau campurkan telur dan tomato. Biar masak selama 10 minit.
mat.g™
Kalau guna telur itik lagi best rasanya.. tak perlu rebus dulu telur itik.. boleh terus masuk dlm kuah kari yg tgh mendidih sbb dia akan jadi bulat bentuknya tidak pecah.. biar masak 3/4 baru lagi best.. nyamm smile.gif
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024