Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Ruam Bayi
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Kesihatan & Petua
wanmus
Bayi yang baru lahir biasanya mudah diserang ruam panas. Untuk menyembuhkan ruam panas ini, gunakan kanji nasi . Caranya ialah :-

1. Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Air kanji ini akan disapukan pada ruam panas.
2. Tumbuk ragi yang sederhana besar. Selepas itu diayak. Kemudian campurkan dengan bedak. Sapukan pada kulit bayi.
3. Satukan sedikit tepung ubi atau sagu ubi hingga sebati.Sapukan pada kulit yang dipenuhi ruam. Ulangi beberapa kali sehingga ruam itu sembuh.
ganazz
alternatif lain yang boleh diguna adalah dengan mengupar daun mulberi hijau untuk disapu pada kulit yang ada ruam.
sHäm
Bagus gak .. sesapa yang ada anak kecik tu eloklah jengok2 petua ni .. kdg2 cara tradisional ni lebih mujarab ..
ganazz
penggunaan antibiotik pada kanak2(bayi) patut diteliti dengan cermat kerana ia akan memberi kesan ruam yang amat serius.
B@zSh™
Dalam istilah perubatan ruam yang biasanya ada pada bayi ada nappy rash (ruam lampin) & atopic dermatitis
Untuk teknik perubatan moden biasanya doktor akan bagi Aquous Cream + Hydrocortisone cream utk atopic dermatitis
Untuk nappy rash biasanya akan diberikan Zinc Oxide..
Ruam lampin biasanya boleh dielakkan dengar menukar lampin dengan kerap
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024