Hmmm..sedap pulak berserita bab masak-masak di bulan puasa..hehe..ok ni nak kongsi cara masak nasi goreng cina bujang..bukan untuk cina bujang jer tapi untuk orang bujang (tak bujang pun boleh test try)
Bahan-bahan:
2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah [buang kulitnya]
1 cawan isi ayam [direbus dan disiat]
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul)
5 biji cili merah [ditumbuk]
5 ulas bawang [merah]
1 pokok daun bawang [dihiris]
Garam secukup rasa
Cara memasak:
Panaskan minyak dan tumiskan cili (pastikan cili masak terlebih dahulu). Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan daun bawang kalau nak lagi sedap.
p/s: udang kalau tak nak letak boleh jugak, tapi xder 'kick'lah kalau nasi goreng cina tak de udang.. Selamat mencuba