WASHINGTON 31 Ogos - The Walt Disney Co. hari ini mengumumkan persetujuan untuk membeli Marvel Entertainment Inc., yang terkenal dengan karakter-karaternya termasuk `Spider Man’, `Iron Man’ dan `X-Men’, dalam perjanjian tunai dan stok bernilai AS$4 juta (RM14.4 juta).

“Kami percaya dengan memasukkan Marvel ke dalam portfolio jenama unik Disney yang merangkumi peluang bermakna untuk jangka masa panjang dan nilai ciptaan,” menurut Presiden dan ketua eksekutif Disney, Robert Iger.

“Kami berbangga dapat membawa bakat dan aset berharga ini ke dalam Disney.

“Disney merupakan rumah sempurna untuk karakter-karakter menakjubkan Marvel yang terbukti mampu mengembangkan ciptaan kandungan dan lesen perniagaannya,” kata ketua eksekutif Marvel, Ike Perlmutter.

“Ini adalah peluang yang tiada bandingannya buat Marvel untuk membina jenama termasuk pemilikan karakternya dengan memasuki organisasi Disney yang terkenal di seluruh dunia,” tambahnya.

Selain `Spider Man’, `Iron Man’ dan `X-Men’, Marvel turut mempunyai 5,000 karakter termasuk `Captain Amerika’, ` the Fantastic Four’ dan `Thor’. - AFP