Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: 'Saya terlupa baca niat'
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa
♦محمد أفيق♦


KUALA LUMPUR - Tindakan tiga sekawan yang ponteng puasa dengan memakan nasi lemak di kawasan terbuka dalam gerai berhampiran Kompleks Wilayah di sini semalam akhirnya memalukan diri sendiri.

Semuanya bermula apabila mereka tengah asyik menikmati sarapan sebelum dihampiri beberapa orang anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada kira-kira pukul 11 pagi.

Perbuatan tiga sekawan ini ponteng puasa terbongkar dengan seorang daripada mereka (kanan) sempat melarikan diri dalam operasi JAWI di Kuala Lumpur semalam.

Dalam keadaan terkejut, seorang daripada mereka bertindak meninggalkan dua rakannya itu dan terus menghilangkan diri di tengah-tengah kesibukan orang ramai.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Jawi, Zainul Abidin Mat Noor berkata, dua lagi lelaki itu berjaya ditangkap dan mereka adalah antara 15 umat Islam termasuk seorang wanita yang ditahan dalam operasi pemantauan dan pencegahan sempena Ramadan.

"Semasa ditahan, seorang lelaki memberi alasan terlupa membaca niat puasa," ujarnya pada sidang media selepas mengetuai operasi selama enam jam semalam.
eskep
Buat malu kaum jer diorang ni. Itu pun boleh dijadikan alasan. Lain kali baca la niat utk sebulan puasa. Kalau terlupa baca niat malam sebelumnya, siang harinya masih boleh puasa lagi.

cheh..
♦محمد أفيق♦
itu semua alasan terdesak...dah kena tangkap..cam gitu la..
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024