Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Salam Aidil Fitri
CAKAP.Net > Cakap Komuniti > Cakap Kedai Kopi
D0T.


Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin biggrin.gif
acer_aspire
Selamat Berhari Raya kpd semua ahli cakap.net dan juga seluruh umat Islam...!!!!!! rclxms.gif rclxms.gif rclxms.gif
mat.g™
sHäm
Kepada En.DOT., mat.g, W.A.(Shah), WaKenaBeb, ganazz (Soharm), Muhd. Afiq, Doc. B@zSH (Bazli) dan semua yang mengenali aku, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin ..
WebZone-_-Attack
QUOTE (sH@m @ Sep 17 2009, 10:00 PM) *
Kepada En.DOT., mat.g, W.A.(Shah), WaKenaBeb, ganazz (Soharm), Muhd. Afiq, Doc. B@zSH (Bazli) dan semua yang mengenali aku, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin ..




TQ TQ hisham.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA YANG BAKAL TIBA UNTUK SEMUA member cakap.net termasuk guest yang view thread ni laugh.gif
WebZone-_-Attack




Geekspro
Salam Aidilfitri Kepada Semua Warga Cakap.Net
WaKenaBeb


Slmt Hari Raya buat semua warga cakap.net. Harap ampun jikalau ada tersalah cakap selama ni. Maaf Zahir dan Batin.
♦محمد أفيق♦
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga CDN.
jika ade terkasar bahasa, harap dimaafkan...
Maaf Zahir Batin....
♦محمد أفيق♦
yang nak balik kampung...dgr la lagu ini....


♦محمد أفيق♦
sebelum test pada 15.9...teringat lagu ni...sad.gif

B@zSh™
QUOTE (sH@m @ Sep 17 2009, 10:00 PM) *
Kepada En.DOT., mat.g, W.A.(Shah), WaKenaBeb, ganazz (Soharm), Muhd. Afiq, Doc. B@zSH (Bazli) dan semua yang mengenali aku, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin ..

Thanks Sh@m
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN jugak pada Admin En DOt serta rakan2 sume smile.gif
WaKenaBeb
Takziah buat ganazz kerna ibunya meninggal dunia di hari yg mulia ini. moga ganazz tabah menghadapi dugaan ini.
Al-Fatihah..
ganazz
Mak saya meninggal jam 5.15 pagi menjelang 1 syawal setelah 2 tahun berulang alik kat HUSM.......
D0T.
Takziah kpd ganazz.. semuga tabah dgn dugaan dan sesungguhnya Allah lebih menyayangi.

Al Fatihah..
ganazz
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024