Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Lelaki amuk di balai polis
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa
♦محمد أفيق♦
PETALING JAYA: Seorang lelaki yang ditahan kerana kesalahan memukul berjaya memutuskan gari sebelum bertindak luar kawalan dengan menumbuk anggota polis yang mahu mengambil keterangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, pagi semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 11.15 pagi apabila suspek terbabit ditahan sejam sebelum itu kerana mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki di Sri Manja di sini melepaskan satu tumbukan padu mengenai mata anggota berkenaan hingga berdarah dan lebam.

Sebelum itu, suspek berusia 40 tahun dibawa ke bilik soal siasat di tingkat satu IPD berkenaan sebelum seorang anggota bahagian siasatan jenayah berusia lingkungan 30-an datang untuk mengambil keterangannya.

Kejadian turut disaksikan beberapa wartawan yang menunggu giliran bertemu dengan Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunadi Mohamed.

Menurut Arjunaidi, ketika kejadian suspek yang digari dapat memutuskan gari lalu bertindak menumbuk mata anggota polis yang mahu mengambil keterangannya.

“Suspek kemudian meninggalkan anggota polis itu dan melarikan diri dengan menuruni tangga. Lebih 10 anggota dan pegawai yang ternampak kejadian itu cuba menahannya, tetapi usaha mereka gagal.

“Bagaimanapun, ketika suspek hampir dapat meloloskan diri, seorang anggota yang menaiki kereta peronda kemudian menghalang lelaki berkenaan sebelum dapat menahannya semula,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, anggota yang cedera itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

“Anggota yang mengalami kecederaan dihantar untuk rawatan dan polis masih menyiasat punca suspek bertindak sedemikian.

“Namun, kita tidak menolak kemungkinan suspek marah kerana dia ditahan polis,’’ katanya.

Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan iaitu amuk.
B@zSh™
Pergh....pukul polis kat balai tu
Memang mental ke apa ni
♦محمد أفيق♦
mental la tu. xkan la berani suke2 nak pukul. tak pasal2 nanti. kena sedas tembakan. siapa nak. ape la ini
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024