Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Rashid sah positif H1N1
CAKAP.Net > Cakap Santai > Cakap Sukan & Rekreasi
♦محمد أفيق♦



KETUA jurulatih badminton perseorangan negara, Rashid Sidek (gambar) disahkan positif Influenza A (H1N1).

Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz berkata, perkara itu disahkan oleh hospital swasta yang kini merawat Rashid dan seorang anak perempuannya yang juga disahkan positif jangkitan tersebut.

"Kami telah dimaklumkan oleh pihak hospital yang mengesahkan perkara itu dan tindakan susulan akan diambil oleh pihak ISN bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung wabak tersebut daripada tersebar," katanya.

Rashid dan anak perempuannya yang berusia lima tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan petang semalam setelah menunjukkan simptom-simptom dijangkiti H1N1.

Rashid merupakan salah seorang jurulatih skuad negara yang terlibat dalam Kejohanan Piala Thomas/Uber yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil mulai 9 hingga 16 Mei ini.

Sementara itu, Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh berkata, satu pemeriksaan kesihatan akan dilakukan ke atas semua pemain skuad negara esok bagi memastikan mereka tidak dijangkiti virus tersebut.

Katanya, ISN dan KKM juga akan membuat pemantauan teliti bagi membendung penularan wabak tersebut di kalangan pemain.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong pula berharap kejadian tersebut tidak akan memberi kesan negatif kepada moral skuad negara. - Bernama
ganazz
untuk penyakit ini, elok cuba untuk minum air rebusan mahkotadewa setiap satu jam. Sambil tu boleh juga try makan buah mulberi..... pakaian nak kena jenis cotton nipis, pasang kipas angin untuk sejukkan pada bahagian antara pusat dengan lutut. Tindakbalas positif boleh ditengok dalam masa 3 hari.... 105.gif
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024