Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Petua ingin mendapat kerjaya yang baik dan dimuliakan orang serta rezeki bertambah
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Kesihatan & Petua
bluzz
Saya ingin berkongi kepada rakan-rakan sekalian untuk kita amalkan bersama. Petua ini sesuai kita amalkan agar kita dapat hidup bahagia disamping mengingati--NYA.

saya sudah amalkan petua ini 3 tahun yang lepas. dan hasilnya amatlah memuaskan. Keistimewaannya adalah seperti dalam topic ini serta banyak lagi bergantung kepada seseorang itu mengingati ALLAH.


AMALKAN SEPERTI DIBAWAH:-

1) zikir 1000 kali yahaiyyu yaqayyum diwaktu selesai mengejarkan solat lima waktu iaitu selepas solat isyak ataupun selepas maggrib. ianya mengambil masa selama 20 minit (bergantung kepada seseorang)

2) zikir ayat AL-Fatihah sebanyak 41 diwaktu selesai mengejarkan solat lima waktu (selepas isyak) ataupun selepas maggrib. Ianya mengambil masa selama 25 minit (bergantung kepada individu)

Semoga amalan ini rakan-rakan dapat amalkan dan saya yakin ianya memberi kesan kepada kehidupan anda sekalian.

Selamat Mencuba.
wanmus
nak berkongsi juga iaitu mengamal ayat seribu dinar supaya rezeki kita bertambah dan diberkati Allah. ayat seribu dinar seperti di bawah.




Maksudnya ialah : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Antara kelebihannya:
1- Siapa yang mewiridkan membacanya setiap kali sesudah menunaikan solat fardu lima waktu, nescaya Allah murahkan rezekinya dan ia bakal mencapai kemuliaan di dunia dan di akhirat.
2- Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
3- Di baca ketika hendak menaiki kenderaan, insyallah mendapat berkat
4- Sebagai doa untuk pintu rezeki kepada kita.

Wallahualam.
bluzz
bagus wanmus.. add link picture tu disini..bukannya apa sekadar renungan dan ingatan kita kepada TUHAN.
wanmus
QUOTE (bluzz @ Sep 9 2008, 09:38 PM) *
bagus wanmus.. add link picture tu disini..bukannya apa sekadar renungan dan ingatan kita kepada TUHAN.


Alhamdulillah..susah jugak sebenarnya nak cari petikan ayat Quran dalam internet ni.tu yang sy share ngan kawan2..semoga sama2 kita mendapat berkat dan kelebihan dari ayat Quran. Insyallah. Kalau nak letak kat blog atau web anda pun boleh, supaya kita sama-sama berkongsi benda yang baik ini. Cuma dari segi kelebihan ayat ni, saya dapat yang apa saya tulis kat atas tu jer.kalau kawan2 jumpe lagi, mungkin boleh tambah.
wanmus
Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan

AbuYazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,'Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap,saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji.Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?'

Sang Guru menjawab sederhana, 'Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kautahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.' Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat.Riak mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun
persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Wallahualam
ijamidayu
QUOTE (wanmus @ Sep 9 2008, 05:46 PM) *
nak berkongsi juga iaitu mengamal ayat seribu dinar supaya rezeki kita bertambah dan diberkati Allah. ayat seribu dinar seperti di bawah.




Maksudnya ialah : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Antara kelebihannya:
1- Siapa yang mewiridkan membacanya setiap kali sesudah menunaikan solat fardu lima waktu, nescaya Allah murahkan rezekinya dan ia bakal mencapai kemuliaan di dunia dan di akhirat.
2- Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
3- Di baca ketika hendak menaiki kenderaan, insyallah mendapat berkat
4- Sebagai doa untuk pintu rezeki kepada kita.

Wallahualam.


Tambahan sedikit dari aku..


1- Diamalkan dalam solat 5 waktu pada rakaat pertama
2- Rakaat kedua dibaca ayat Quhuallah huahad..
3- Insyallah dimurahkan rezeki..

Belajar dengan guru di jasin,melaka.. Lama dah tak ngaji ngan tuan guru. Sejak keje kat putrajaya nie.. sad.gif
fid
amalan yang baik sekali diamalkan. apa-apa pun semua ayat al-quran mengandungi kelebihan nya. dengan berselawat banyak-banyak sahaja membuatkan hati kita tenang melalui kehidupan hari-hari smile.gif yang penting jangan lalai dengan dunia yang fana ini yang penuh dugaan dan rintangan. Sesungguhnya syaitan telah berjanji dengan Allah taala akan menyesatkan seluruh anak adam sehingga hari akhirat.moga-moga kita sentiasa berada dalam keredhaanNYA..amin
rajakamil
QUOTE (bluzz @ Sep 9 2008, 03:55 PM) *
Saya ingin berkongi kepada rakan-rakan sekalian untuk kita amalkan bersama. Petua ini sesuai kita amalkan agar kita dapat hidup bahagia disamping mengingati--NYA.

saya sudah amalkan petua ini 3 tahun yang lepas. dan hasilnya amatlah memuaskan. Keistimewaannya adalah seperti dalam topic ini serta banyak lagi bergantung kepada seseorang itu mengingati ALLAH.


AMALKAN SEPERTI DIBAWAH:-

1) zikir 1000 kali yahaiyyu yaqayyum diwaktu selesai mengejarkan solat lima waktu iaitu selepas solat isyak ataupun selepas maggrib. ianya mengambil masa selama 20 minit (bergantung kepada seseorang)

2) zikir ayat AL-Fatihah sebanyak 41 diwaktu selesai mengejarkan solat lima waktu (selepas isyak) ataupun selepas maggrib. Ianya mengambil masa selama 25 minit (bergantung kepada individu)

Semoga amalan ini rakan-rakan dapat amalkan dan saya yakin ianya memberi kesan kepada kehidupan anda sekalian.

Selamat Mencuba.

Bagus ni.. saya akan cuba jugak
richzuan
aku selalu mengamalkan ayat 1000 dinar..sentiasa!!
setiap kali aku melakukan sesuatu , aku pasti mulakan dengan bismillah dengan ayat 1000 dinar..
orang tua tua menggalakkan kita baca ayat ayat macam ni..murah rezeki kata diorang..
ayat 1000 dinar digalakkan baca ketika awal pagi..selepas solat subuh..
kalau boleh selepas setiap kali solat,kita digalakkan baca ayat 1000 dinar ni..
lagi bila korang nak memulakan kerj akorang..baca bacalah jugak ayat 1000 dinar ni ya..
mudah mudahan gaji korang naik smile.gif
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024