Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Lagu-lagu indon menguasai Malaysia
CAKAP.Net > Cakap Santai > Cakap Dunia Hiburan
bluzz
Apa pendapat korang mengenai lagu-lagu indon yang berkumandang di Malaysia. Sebenarnya aku pun suka lagu indon sebab lirik dan iramanya unik-unik. So apa pendapat korang
AbgCloud
Bg sy, lagu2 indon mmg sedap didengar tp sbb dah terlampau byk lagu2 indon nih, naik muak jugak nak mendengarnya, haha, tp lagu diorang ni mcm2 dan unik
bluzz
memanglah unik sebab dekat unik ramai golongan penyair dan penyajak di negara mereka.. untuk pengetahuan, kebanyak buku-buku sajak dimalaysia ditulis oleh orang indon.
richzuan
sedap tu memanglah sedap..tapi bagi aku , banyak je lagi lagu tempatan yang sedap-sedap..tak begitu?
apa kata kita bagi peluang dekat ban-band dan pemuzik tempatan agar mereka dapat berjaya..
tingkat tahap mereka..asyik-asyik konsert indon dekat malaysia..naik muak aku..
dah jadi macam dekat jakarta pulak tempat kita ni..
sarat dengan indon...yang aku tak puas hati , kalau orang-orang indon bersopan takpelah jugak masa konsert..
buat macam tempat dia pulak..bagi para penaja , diharapkan agar lebih banyak menaja pemuzik Malaysia sendiri
agar mereka lebih mau dan berjaya..
taukey
lagu tempatan aku rasa semakin berubah dan terikut trend sekarang sudah. Ok jugak la tu seudah ada kemajuan dah sekarang. Sebenarnya banyak lagi band-band di Malaysia ini cuma masalah utamanya mereka memainkan lagu inggeris dan tak di expose sangat . Itu sebab kebanyakan ahli-ahli muzik yang underground. walaupun saya sebut underground tak semestinya lagu mereka underground tol tak?
rajakamil
QUOTE (bluzz @ Sep 9 2008, 04:03 PM) *
Apa pendapat korang mengenai lagu-lagu indon yang berkumandang di Malaysia. Sebenarnya aku pun suka lagu indon sebab lirik dan iramanya unik-unik. So apa pendapat korang

Salam Bluzz,

Lagu Indon memang tak dinafikan memang sedap, tapi sebenarnya kesilapan ini dari kita jugak sebab, radio kita, pihak penganjur konsert lebih gemar kepada mereka. Sebabnya saya tak boleh jawap di sini. Kalau diikutkan, dulu Indonesia bermula memandang ke Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai Idola. Dengan Kumpulan SEARCH telah memecahkan tradisi dgn penjulan album ISABELLA beratus ribu unit ke Indonesia.Lagu2 kita bukan tak sedap, tapi macam saya katakan tadi pihak tertentu di Malaysia lebih mementingkan keuntungan dari artis kita sendiri. Malaysia bukanlah tak ada artis yang Gah seperti DEWA, NIJI, RADJA dan sebagainya, tapi Artis kita tak diberi kepercayaan sepanuhnya. Artis kita malahan berbakat dan lebih hebat dari mereka. Tapi sekarang dah ok sikit radio kita sebab dah banyak mainkan lagu2 kita dari seberang.
WebZone-_-Attack
yes bro memang ada kebenaran nya.Kebanyakan lagu dan artis menjad pilihan aku, mesti dari negara seberang punyea. Memang sedap di dengar,lirik yg dihasilkan pun bagus.Bagi W.A lagu, mana-mana negara pun sama, ada yang sedap dan kurang enak.Dan W.A juga langsung tidak pernah menganggap muzik indonesia itu lebih baik dari malaysia.

Kami(Malaysian)hanya sekadar mendengar dan menghayati tidak sampai ingin mengagumi atau mengagungkan muzik Indon. bergantung pada indivindu itu sendiri. tongue.gif
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2019