Ezam dedah rahsia Anwar jika dikait konspirasi
Oleh Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bharian.com.my
SHAH ALAM: Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor, akan membongkar apa yang diketahuinya mengenai Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika dirinya dikaitkan dengan dakwaan konspirasi politik untuk menjatuhkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu menerusi tuduhan liwat.
"Kalau keluar daripada mulut Anwar, keluar dari mulut Wan Azizah (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kata saya adalah sebahagian daripada konspirasi, dalam tempoh 24 jam saya akan bersumpah secara Islam sebenar-benarnya untuk lawan Anwar," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ceramah mengenai isu semasa anjuran Umno Bahagian Shah Alam dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Alam Free Speech di Seksyen 19 di sini, malam kelmarin.
--------------------------------------------
Emm dulu dia yg sanggup di-ISA-kan demi Anuar, sikalang?? politik ohh politikk!! any comment?