Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Petua Untuk Merancang Jantina Anak
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Kesihatan & Petua
Razif
Salam,

Petua yang amat berguna bagi ibubapa...

Bagaimana merancang jantina?


Berikut adalah petua yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.

Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y.

Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih:


Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.

Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut:



Merancang anak lelaki


1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Apapun segalanya adalah takdir Allah. Kita hanya mampu berusaha... tongue.gif
wanmus
ok. ni nak tambah skit.ni petua orang tua2 dulu. tapi still boleh pakai kata Dr pakar puan masa live kat TV3,program ape tak ingat dah sebab dia kata, orang tua ni bercakap dari pengalaman dan mungkin ianya betul walaupun tidak dibuktikan dengan kajian saintifik.

Untuk dapatkan anak lelaki
1- banyakkan makan sayur untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan
2- deep penetration, maksudnya cuba pancut hampir kepada pangkal rahim isteri kerana sperma yang membawa jantina lelaki ni laju tapi tidak tahan lama. Jadi kalau dekat dengan pangkal rahim, berkemungkinan besar ia boleh bercantum dengan ovum dan membentuk jantina lelaki
p/s: kalau mengandung anak lelaki, perut akan berbentuk lonjong

Untuk dapatkan anak perempuan
1- banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan
2- subsurface penetration, maksudnya pancut jauh dari pangkal rahim. Ini berkemungkinan sperma yang membawa gen lelaki tidak dapat bertahan lama dan mati.Ini memberi peluang untuk sperma yang membawa gen perempuan bercantum dengan ovum
p/s: kalau mengandung anak lelaki, perut akan berbentuk bulat


Sekadar berkongsi pengetahuan kepada sesiapa yang nak merancang anak..Insyallah
ijamidayu
Wah ada tips nak dptkan anak.. smile.gif Tuan tanah dah bekeluarga? Aku dah dpt baby boy for first baby.,

Mungkin akan dipraktikkan untuk 2nd baby lak.. smile.gif
mat.g™
QUOTE (wanmus @ Sep 12 2008, 07:44 AM) *
ok. ni nak tambah skit.ni petua orang tua2 dulu. tapi still boleh pakai kata Dr pakar puan masa live kat TV3,program ape tak ingat dah sebab dia kata, orang tua ni bercakap dari pengalaman dan mungkin ianya betul walaupun tidak dibuktikan dengan kajian saintifik.

Untuk dapatkan anak lelaki
1- banyakkan makan sayur untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan
2- deep penetration, maksudnya cuba pancut hampir kepada pangkal rahim isteri kerana sperma yang membawa jantina lelaki ni laju tapi tidak tahan lama. Jadi kalau dekat dengan pangkal rahim, berkemungkinan besar ia boleh bercantum dengan ovum dan membentuk jantina lelaki
p/s: kalau mengandung anak lelaki, perut akan berbentuk lonjong

Untuk dapatkan anak perempuan
1- banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan
2- subsurface penetration, maksudnya pancut jauh dari pangkal rahim. Ini berkemungkinan sperma yang membawa gen lelaki tidak dapat bertahan lama dan mati.Ini memberi peluang untuk sperma yang membawa gen perempuan bercantum dengan ovum
p/s: kalau mengandung anak lelaki, perut akan berbentuk bulat


Sekadar berkongsi pengetahuan kepada sesiapa yang nak merancang anak..Insyallah


Petua ni mmg boleh dipraktikkan dan telah terbukti.. dan secara saintifik pon mmg itulah proses2 nya.. saya sendiri dah cuba dan Alhamdullilah berjaya.. sape2 tu boleh praktikkan.. InsyaAllah smile.gif
fid
sebut pasal merancang jantina ni..saya pernah dengar cmne cara mengetahui berapa org anak kita akan dapat melalui ujian dengan menggunakan rantai kalau xsilap saya dengan meletakkan atas tapak tangan..yeke? sapa-sapa yang tahu boleh share smile.gif
wanmus
QUOTE (fid @ Sep 12 2008, 03:50 PM) *
sebut pasal merancang jantina ni..saya pernah dengar cmne cara mengetahui berapa org anak kita akan dapat melalui ujian dengan menggunakan rantai kalau xsilap saya dengan meletakkan atas tapak tangan..yeke? sapa-sapa yang tahu boleh share smile.gif


hohoho..jangan percaya bro..silap2 boleh jatuh syirik kalau silap fahaman dan kepercayaan..kita tak leh kata semua ni..semua tu andaian jer..yang menentukan ALLAH..tu macam dah sama tilik nasib..tilik nasib kita untuk dapat anak berapa..so kalau tilik nasib pun dah HARAM..so yang ni, xtaulah..same2lah kita fikirkan..yang kat atas tu petua orang tua2 dan saitifik jer..tapi yang menentukan ALLAH..apa2 pun, jangan lupa minta dan pohon dari Dia.
CekDet
dulu memang susah nak dapatkan cara camne nak tentukan jantina anak..
sekang dengan kecanggihan teknologi, macam2 dah boleh buat...
dahsyat betul ye..
taukey
hahahahhaha. baca thread ni mengingatkan aku pada sesuatu. aku punya kawan dah kawen dan isterinya mengandung. pastu mereka g periksa la. tak inga tpula bulan berapa. tapi mula mula doktor dan nurse kata anak lelaki. tak lama lagi lepas tu kata anak perempuan. kawan aku pun jadi konfius. tak tau pulak. last last anak perempuan.

yang seorg lagi bila dia check anak lelaki. pastu bila check lagi kata anak perempuan , last last keluar anak lelaki. hehehe.

apa pun tips diatas boleh kita cuba. heheh. jadi ada sesiapa dah cuba tak? hehehe. maksud saya peratus keberkesanan cara - cara tersebut?
wanmus
hahahaha..betul ke taukey? yang fmily aku, doktor tu salah scan mak aku..mula2 dia kata pompuan sorang jer bakal adik aku..last2 sebab selalu turun darah, doktor cek skali lagi..kalu x silap dalam bulan ke 6 kot, pastu tau mak aku dapat anak kembar...dan alhamdulillah betul2 kembar.hehehhe..alaa sebab scan x nampak semua..kekadang mungkin time scan tu bahagian kemaluan belum terbentuk dengan sepenuhnya..tu yang doktor tu agak2 lah kot..hehehe
taukey
hahaha. betul tu. itu la sebab aku kacau kawan aku. mungkin tangan anak ko tu yang berada tempat yang betu. tu sebab jadi lelaki. hehehe. tapi scan ni guna sebenarnya untuk melihat kesihatan bayi. hahaha. yang lain-lain tu cuma ramalan berdasarkan pengalaman mereka sahaja dari dulu. kesahihan memang bila keluar nanti. uiyooo...best nyer ko ada adik kembar. hehehe
abdfatah
rancang lah dengan sebaik mungkin. mahu anak pompuan ka... mahu anak lelaki ka semuanya bergantung kepada Allah jua. kita nih sekadar merancang aje laa...kalo scan tu biasalah akan ada kesilapannya yang tersendiri dan bukannya boleh tengok keseluruhannya.... sebbnya bayi dalam kandungan nih bererak jugak tonggang terbaliknya menendang sana sini akan perut ibunya... tak gitu?
wanmus
betulll..yang penting pohon dengan yang mencipta..kita hanya merancang tapi Dia yang menentukan segalanya..so nak atau tak, kita perlu memohon denganNya sepenuh hati..Insyallah Dia akan dengar permintaan hambaNya yang bersungguh dan taat padaNya..tapi xleh lah doa sahaja..pelulah juga wat sembahyang hajat ker, banyakkan bersedekah ker.. nasihat untuk diri sendiri dan kita semua
hexagold
QUOTE (wanmus @ Sep 12 2008, 07:44 AM) *
ok. ni nak tambah skit.ni petua orang tua2 dulu. tapi still boleh pakai kata Dr pakar puan masa live kat TV3,program ape tak ingat dah sebab dia kata, orang tua ni bercakap dari pengalaman dan mungkin ianya betul walaupun tidak dibuktikan dengan kajian saintifik.

Untuk dapatkan anak lelaki
1- banyakkan makan sayur untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan
2- deep penetration, maksudnya cuba pancut hampir kepada pangkal rahim isteri kerana sperma yang membawa jantina lelaki ni laju tapi tidak tahan lama. Jadi kalau dekat dengan pangkal rahim, berkemungkinan besar ia boleh bercantum dengan ovum dan membentuk jantina lelaki
p/s: kalau mengandung anak lelaki, perut akan berbentuk lonjong

Untuk dapatkan anak perempuan
1- banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan
2- subsurface penetration, maksudnya pancut jauh dari pangkal rahim. Ini berkemungkinan sperma yang membawa gen lelaki tidak dapat bertahan lama dan mati.Ini memberi peluang untuk sperma yang membawa gen perempuan bercantum dengan ovum
p/s: kalau mengandung anak lelaki, perut akan berbentuk bulat


Sekadar berkongsi pengetahuan kepada sesiapa yang nak merancang anak..Insyallah


Saya juga pernah baca kat Mastika mengenai teknik ini, tai ada satu lai penambahan untuk mendapatkan anak lelaki. Jangan lakukan persetubuhan selama lebih kurang 2 bulan di samping makan makanan yang boleh memekatkan air mani seperti susu, madu dan sebagainya.
taukey
uih ada teknik baru lagi. jadi maksud hexagold kat sini kalau air mani tu pekat anak lelaki dan kalau tak anak perempuan la yer? hehehe. Unik juga tips yang diberikan ni. saya belum kawen jadi belum tau. nanti dah kawen nanti saya trial n error
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024