Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Tidak cukup tidur boleh jadi obesiti
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Kesihatan & Petua
mat.g™
Percaya atau tidak, kurang tidur sebenarnya adalah salah satu sebab berat badan naik. Fakta ini adalah hasil kajian yang dilakukan di AS, melalui bual bicara American Academy of Sleep Medicine (AASM) menunjukkan kurang tidur menyebabkan seseorang menjadi obesiti yang lebih dikenali sebagai gemuk. Ia berdasarkan eksperimen yang dijalankan melibatkan 11 orang lelaki dan wanita.

Dalam 14 hari pertama, kesebelas orang ini hanya dibenarkan untuk tidur selama lima jam setiap malam. Sementara pada 14 hari yang kedua, mereka hanya dibenarkan untuk tidur selama lapan jam setiap malam. Pada hari kedua sesi tersebut, mereka dibenarkan untuk makan sebanyak mana yang mereka mahu.

Hasil kajian menunjukkan bahwa waktu tidur peserta yang dihadkan, menunjukkan kalori sebanyak 1.087 hanya dari snack saja sementara pada saat mereka mendapat tidur yang cukup mereka hanya menghasilkan kalori sebesar 866 saja.
Dalam penelitian tersebut berat badan peserta memang tidak meningkat secara mengejut, namun para peneliti menyatakan bahawa dalam waktu yang lebih panjang, peningkatan berat badan kemungkinan besar berlaku. Oleh itu, pastikan kita mendapat tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 7 jam dalam satu hari sudah memadai.. hmm.gif
ganazz
tidoq kena dalam keadaan gelap gulita supaya operasi membaikpulih sistem secara semulajadi dapat berjalan.
Alexandra
tido berapa jam yang paling sesuai untuk org dewasa? mmm...
sHäm
Eh! .. bukan ke tak cukup tidur ni makin hilang berat badan ? .. maklumlah tak cukup rehat dan kadang2 org tanya "eh! kenapa kau ni ? cengkung semacam , tak cukup tido ke?" .. hmm.gif
mat.g™
QUOTE (Joker @ Nov 16 2008, 10:33 AM) *
tido berapa jam yang paling sesuai untuk org dewasa? mmm...


kalau ikutkan 7 jam sehari optimumlah.. saya sendiri pon kurang tidur sbb dlm sehari 4 jam je tidur.. kalau on weekend je boleh tidur lebih sikit. yawn.gif
bakteria
betul dowh tk cukup tdo boleh naikkan berat badan...aku ni skrg tdo main belasah je...kalau sempat 2 jam..kdg2 3 jam dan kdg2 4 jam...jrg sgt nk tdo smpi 7 8 jam nih...dan mmg berat bdn aku naik...tapi mungkin sbb makan bnyk kot...sbb bila kurg tdo ni asik lapar je...kusut2..
wandisini
QUOTE (bakteria @ Nov 19 2008, 05:27 PM) *
betul dowh tk cukup tdo boleh naikkan berat badan...aku ni skrg tdo main belasah je...kalau sempat 2 jam..kdg2 3 jam dan kdg2 4 jam...jrg sgt nk tdo smpi 7 8 jam nih...dan mmg berat bdn aku naik...tapi mungkin sbb makan bnyk kot...sbb bila kurg tdo ni asik lapar je...kusut2..



ye ke
aku cukup tido
berat badan pun naik gak
camna eh?
mat.g™
QUOTE (wandisini @ Nov 20 2008, 02:01 PM) *
ye ke
aku cukup tido
berat badan pun naik gak
camna eh?


kalau cukup tido, terlebih cukup makan tapi tak cukup senaman lagi cepatlah badan naik tu bro.. hehe

apa2 pong senaman tu paling penting.. tak perlu pergi gym semua utk angkat besi.. senaman paling berkesan untuk maintain jaga badan ialah at least berjoging selama 20 minit 3 kali seminggu pada waktu pagi sebelum datang kerja dlm pukol 6.00 - 6.30 pagi.. kalau boleh buat setiap hari lagi bagus.. aku sendiri dulu selalu amalkan.. kesannya amat positif bila dtg kerja rasa cergas bersemangat, tidak ngantuk, muka ceria, mlm tidur cukup nyenyak dan selalu bangun awal pagi..
sakng dah agak slow sikit dan dlm proses nak amalkan balik ni.. jom bersenam. rclxm9.gif
bakteria
aku dah ubah waktu tdo aku..dah kembali normal...tapi mkn lak tkleh kontrol..dh terbiasa makan bnyk..mgkin kena ikut ckp bro mat.g ...bersenam...ayuh panjat bukit...jom2
munger
QUOTE (wandisini @ Nov 20 2008, 02:01 PM) *
ye ke
aku cukup tido
berat badan pun naik gak
camna eh?

maybe xdisertakan dgn senaman or aktiviti yg boleh kasi kita berpeluh..peluh yg sihat la..bkn peluh yg kuar sbb kepanasan terik mentari..ewahh
sgn senaman leh tmbh kadar metabolisme bdn sorg gak..so mkn cepat sket hadam

tidor secara elok bg org dewasa mmg 7-8 jam..tp kebiasaan 5-6 dh cukup..tp yg plg penting adlh postur bdn time tido..tu yg kadang2 leh sbb bdan xsegar lepas tido..postur xkena..

satu lg..yg bab cekung tu aku rasa utk org yg nmpk kurus sgt jek..besa klu mata lebam mgkn la sbb xckp tido(klu xbertumbuk la)..tp xtau la jugak klu org pggl mata lebam xckp tido tu cekung gak..aku pggl lebam jek unsure.gif
lil
QUOTE (mat.g @ Nov 16 2008, 05:14 AM) *
Percaya atau tidak, kurang tidur sebenarnya adalah salah satu sebab berat badan naik. Fakta ini adalah hasil kajian yang dilakukan di AS, melalui bual bicara American Academy of Sleep Medicine (AASM) menunjukkan kurang tidur menyebabkan seseorang menjadi obesiti yang lebih dikenali sebagai gemuk. Ia berdasarkan eksperimen yang dijalankan melibatkan 11 orang lelaki dan wanita.

Dalam 14 hari pertama, kesebelas orang ini hanya dibenarkan untuk tidur selama lima jam setiap malam. Sementara pada 14 hari yang kedua, mereka hanya dibenarkan untuk tidur selama lapan jam setiap malam. Pada hari kedua sesi tersebut, mereka dibenarkan untuk makan sebanyak mana yang mereka mahu.

Hasil kajian menunjukkan bahwa waktu tidur peserta yang dihadkan, menunjukkan kalori sebanyak 1.087 hanya dari snack saja sementara pada saat mereka mendapat tidur yang cukup mereka hanya menghasilkan kalori sebesar 866 saja.
Dalam penelitian tersebut berat badan peserta memang tidak meningkat secara mengejut, namun para peneliti menyatakan bahawa dalam waktu yang lebih panjang, peningkatan berat badan kemungkinan besar berlaku. Oleh itu, pastikan kita mendapat tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 7 jam dalam satu hari sudah memadai.. hmm.gif




yup,tidur can make our weight increase...
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024