Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: nak tanya resipi laksa penang..
CAKAP.Net > Cakap Khusus > Cakap Resepi & Masakan
BudaK-MalaS
sape kat sini pandai masak laksa penang..?
meh ler kongsi resipi kat sini..

hface.gif hface.gif hface.gif
sHäm
Laksa Penang



Bahan asas:
5 ekor ikan kembong (sederhana)
10 biji bawang merah (kecil)
6 biji cili merah
5 biji cili api
3 kuntum bunga Kantan
Seikat daun Kesom
Sekeping belacan
4 keping asam keping
garam secukup rasa

Hiasan:
(Di racik halus)
3 biji telur - di rebus
Cili merah & cili api
2 biji bawang merah (besar)
Sekuntum bunga Kantan
Sebiji timun

Cara-cara:
Ikan dibersih dan di rebus bersama 3 biji bawang merah, 2 keping asam dan garam secukup rasa selama 15 minit.

Ikan ditos dan disejukkan. Kisar cili merah, cili api, bawang dan juga belacan. Masukkan kesemua bahan yg telah dikisar kedalam periuk (bersama air rebusan ikan). Asingkan isi ikan dari tulangnya. Kisar isi ikan dan masukkan semua kedalam periuk.

Masukkan bunga kantan yang telah dibasuh dan di belah dua. Masukkan juga daun kesom. Tambah 3 keping lagi asam, dan garam secukup rasa. Api serdahana.

Rendam/celur mee Laksa. Toskan. Hiaskan bersama bahan-bahan yang telah diracik. Dan hidangkan ketika masih panas.

SELAMAT MENCUBA.
BudaK-MalaS
tq...tq
Haizeel bin Hashnan
Saya mmg x reti masak, tapi rasanya Laksa Penang x letak terlur rebus lah. Sebb bak2 makan ni saya mmg terer, tapi bdn x besar2 pun. Hehe
Rasanya klau letak telur rebus dh jadi Laksa Kedah dh tu. (Believe me, Im Penang-ian)
sHäm
Telur nak bagi kuah laksa tu likat sikit dan berperisa (rasa lemak berkrim) nod.gif
Raja Kayangan
laksa Penang /Kedah/Perlis :::semua letak telur rebus
BudaK-MalaS
QUOTE (Haizeel bin Hashnan @ Nov 16 2008, 10:31 PM) *
Saya mmg x reti masak, tapi rasanya Laksa Penang x letak terlur rebus lah. Sebb bak2 makan ni saya mmg terer, tapi bdn x besar2 pun. Hehe
Rasanya klau letak telur rebus dh jadi Laksa Kedah dh tu. (Believe me, Im Penang-ian)

biar betik...
dl aku makan kat penang, ade jer org letak telur..
pelik nih...
hface.gif hface.gif hface.gif
munger
itu la..xpenah pon nmpk beza
WebZone-_-Attack



Apsal la gi letak gambar, tengah2 malam ni buat W.A lapar lak 24.gif rolleyes.gif
BudaK-MalaS
cedap ciot....!!!!

hface.gif hface.gif hface.gif
missnariza
mmm...sedapnya tengok laksa nie...
ade...org ske makan dengan otak udang...
sedap ke, letak otak udang tu,??? hmm.gif
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024