Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Bubur Ayam
CAKAP.Net > Cakap Khusus > Cakap Resepi & Masakan
WaKenaBeb
Bahan-Bahan:
200gm isi Ayam dipotong kecil
1 cawan beras
1 inci halia
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 batang lobak merah (potong seperti btg mancis)
Air dlm 2ltr
Minyak (untuk menumis)
Sedikit daun bawang dan daun sop
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Sedikit serbuk pati ayam

Cara:
Halia, bawang merah dan bawang putih dicampurkan dan ditumbuk halus. Gunakan periuk yg agak2 muat. Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi.

Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan dan digaul sebati.

Masukkan air dan didihkan sehingga beras masak dan empuk dgn api sederhana.
Biarkan. [tp kena jeguk sikit takut dapur banjir kang] Klu air kering, tambahkan air secukupnya.

Kemudian masukkan ayam, garam, lada sulah dan serbuk pati ayam. Kacau rata.

Masukkan lobak merah. Masak lg dlm 10 min dgn api sederhana.

Taburkan daun bawang dan sop. Bubur sedia dihidangkan.

Klu nk chinese style boleh taruk minyak bijan tp jgn bnyk. Dlm 1/2 sudu kecil aje.


Petua memasak bubur nasi, kacang, barli atau sewaktu dgnya. Jgn gunakan api terlalu besar.
Guna api sederhana supaya bahan direbus cepat masak dan empuk. Gas pun jimat.
aina_sara
kalu nak bubur tu lebih power, buat sambal kicap, caranya tumbuk 4 ulas bawang putih dan 10 biji cili padi, kemudian campurkan dengan kicap cap kipas udang... perghhhh!! meletopp!! leleh.gif
munger
buleh try nih...dan2 aini ckp psl smbl kicap trs je air liur nih rasa nk melelh jek..slurpss..nyum

tq kpd pemberi resepi yek
ganazz
TS ni sememangnya pakar tukang masak. Kalo ada resepi berkaitan masakan daging kambing, post la kat sini ya! Yg dasat2 punya resepi.
aina_sara
aku suka gak daging kambing, tp takleh makan banyak sbb makan je kambing teruih sakit kepala.. adakah itu tanda2 kena darah tinggi?
ganazz
kalo kambing jenis makan makanan lembu, boleh jadi sakit kepala sebab kandungan lemak kelapa sawit tinggi. daging bebiri lagi tinggi kolestrol.
aina_sara
kan ke kambing = lembu = makan rumput..
lembu ngan kambing ni selain rumput, dia makan apa lagi ye..? shocking.gif
Raja Kayangan
entah ler....aku mkn lembu, tp aku tak mkn kambing....
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024