Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Ade resepi bihun sup utara tak
CAKAP.Net > Cakap Khusus > Cakap Resepi & Masakan
missnariza
Salam...

Ade tak sesapa kat sini tau resepi bihun sup utara & kuah sambal (cili merah)

TQ
munger
mmg xjwb soklan TS nih tp nk tau gak la..

bihun sup utara camne?? 4thn dh duk kat utara nih tp xpenah lak terserempak ngn bihun sup utara..stkt mkn bihun sup tu ade n xde beza pon ngn bihun sup tmpt len huh.gif
WaKenaBeb
Bihun Sup Utara


Bahan sup:
500 gm tulang daging
40gm daun saderi
40gm daun bawang
Air

Bahan celur:
600 gm bihun
100 gm tauge
50gm lobak masin
Air panas

Bahan goreng:
5-6 biji bawang merah
4 keping tauhu goreng
50gm kacang tanah
4 sudu makan cili mesin


Condiments:
20gm daun saderi
20gm daun bawang
4 biji limau nipis atau kasturi dibelah dua
4 biji cili merah dihiris

Minyak utk mengoreng
Garam
Gula



Cara:
Potong daun saderi dan daun bawang kira2 1cm. Basuh tulang dan rebus dgn air bersama garam secukup rasa. Tulang hendaklah diretakkan
supaya pati som2 akan keluar.
Masukkan daun bawang dan daun saderi yg dipotong td. Rebus selama dlm 1 jam dgn api sederhana.

Celur bihun, tauge, dan lobak masin dgn air panas. Ketepikan.

Hiris nipis bawang merah dan goreng.
Goreng tauhu dan apabila masak hiris nipis-nipis.
Goreng kacang tanah tanpa minyak. Tumbuk atau mesin hingga halus.
Panaskan minyak 1 sudu makan dalam kuali dan tumis cili mesin. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan ketepikan.

Hidangkan dlm mangkuk berasingan bagi setiap dlm 6-8 orang.

Masukkan bihun, taburkan daun saderi, daun bawang, bawang merah goreng, tauhu, lobak masin dan tauge. Tuang kuah sup ke atas bihun.
Taburkan kacang tanah dan satu sudu teh cili tumis.
Perah limau dan taburkan cili potong. Cekik.
aina_sara
setau aku la kan bihun sup utara ni..bihun dia kaler kuning.. kalu negeri lain bihun kaler putih.. pastu sambal bihun sup utara dia keler merah dan pekat, kalu negeri lain sambal kicap tu..

bihun nak bagi kaler kuning, time rendam tu boh je lah pewarna kuning... cool2.gif
Raja Kayangan
bukan letak pewarna...letak serbuk kunyit
missnariza
trm ksh

tp nak tanya cili tumis tu macam mana ya... guna serbuk cili ke...

sbb yang sy tau buat ...sambal kicap tu..ja..


mat.g™
ni cek kasik up gamba sikit na, nampak lazat noo.. nyam nyamm.. uishh pedasss!! da.gif




missnariza
amboiii bestnya....

tak sabaq nak masak nie....
munger
asal ayam tuh nmpk cam xmasak jek?..ha..risau2..tp mmg nmpk menyelerakan la bro.. wub.gif
aina_sara
QUOTE (Raja Kayangan @ Nov 19 2008, 09:34 PM) *
bukan letak pewarna...letak serbuk kunyit


ye ke letak serbuk kunyit? kan ke nnt makan bau kunyit je..
Raja Kayangan
takde la...tp jgn ler letak byk2....sekadar kasik ade colour dah ler...
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024