Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Fadhilat Perkahwinan Dari Sudut Kesihatan
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Keluarga & Rumahtangga
missnariza
SELAMA ini kita mungkin tertanya-tanya mengapa sebahagian besar lelaki mahupun wanita biasanya mengalami pertambahan berat selepas mereka berkahwin.

Jika wanita `sukar' mengekalkan bentuk tubuh yang menggiurkan sebelum berkahwin, lelaki pula sering kali berdepan dengan masalah perut boroi.

Perubahan ini sememangnya mencacatkan penampilan masing-masing. Sebetulnya, masalah pertambahan berat badan satu-satunya `ancaman' kesihatan yang sukar dielakkan terhadap rata-rata pasangan suami isteri.

Tetapi, dari satu sudut yang lain mereka yang berkahwin sebetulnya mendapat manfaat yang cukup besar pada kesihatan mereka.

Ada dua teori yang mungkin boleh anda fikirkan mengapa masalah ini berlaku. Teori ini diilhamkan oleh seorang ahli statistik Charlotte Schoenborn dalam satu temu ramah.

Pertama, berdasarkan teori beliau, perkahwinan secara tidak langsung berkemungkinan memberi perlindungan terhadap kesihatan.

Sebagai contoh, pasangan yang berkahwin mempunyai kelebihan dari aspek perkongsian sumber ekonomi, sokongan sosial dan psikologi.

Selain itu, mereka juga mendapat dorongan dan galakan antara satu sama lain untuk meneruskan amalan gaya hidup yang sihat.

Kedua, mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang baik atau sihat akan berkahwin, dan kekal dalam perkahwinan tersebut.

Sebaliknya mereka yang `kurang sihat' tidak berkahwin atau lebih cenderung berpisah, bercerai, menduda atau menjanda.

Secara keseluruhan, kaitan antara status perkahwinan dan status kesihatan wujud tanpa mengira status sosioekonomi, etnik, tahap pendidikan dan kemiskinan di mana saja mereka dilahirkan.

Beliau melontarkan teori tersebut, berdasarkan laporan kajian Pusat Kebangsaan untuk Statistik Kesihatan baru-baru ini.

Teori Schoenborn itu diperoleh berdasarkan kajian terhadap lebih 125,000 orang.

Dalam kajian tersebut, mereka yang berkahwin khususnya lebih cenderung untuk bertambah berat badan.

Pusat itu juga mendedahkan kaitan beberapa perkahwinan, tahap umur dan status kesihatan mereka.

Di kalangan orang dewasa yang berusia lebih 18 tahun dan ke atas, 12 peratus tahap kesihatan mereka dalam lingkungan baik atau teruk.

Tahap kesihatan golongan duda dan janda dikategorikan paling teruk. Secara umum, orang dewasa yang berkahwin paling sedikit mengalami masalah kesihatan.

Selain itu, mereka paling kurang terbabit dalam tingkah laku yang berisiko kecuali pertambahan berat badan.

Kajian yang mengambil masa selama tiga tahun itu dikendalikan sebahagiannya oleh persekutuan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Di samping tahap kesihatan yang jauh lebih baik, kajian itu juga mendapati mereka yang berkahwin kurang mengalami beberapa masalah kesihatan.

Antaranya, kurang mengalami sakit belakang bahagian bawah, kurang sakit kepala dan tekanan psikologi kecuali masalah berat badan.

Berita baiknya, mereka juga kurang minum minuman keras, merokok dan aktif secara fizikal berbanding orang lain.

Apa yang membimbangkan, buat masa ini, lebih daripada separuh orang dewasa tergolong dalam kumpulan yang obes.

Kira-kira 70 peratus para suami termasuk dalam kategori obes berbanding 65 peratus lelaki yang lain. Begitu juga dengan wanita. Rata-rata wanita yang berkahwin tergolong dalam kategori berat badan berlebihan.

Mereka yang menjanda mencatatkan peratus obes yang agak tinggi.

Hubung kait antara perkahwinan dan kesihatan ini buat julung kalinya dilaporkan pada tiga dekad lalu. `Hubungan yang istimewa' ini masih wujud hingga ke hari ini sekalipun banyak berubah.

Bagaimanapun, hari ini, semakin ramai yang berkahwin lewat dan memilih bersekedudukan dengan pasangan.

Berbeza dengan mereka yang berkahwin, golongan yang tinggal serumah tanpa ikatan pernikahan memberi implikasi negatif pada kesihatan.

Menurut kajian, golongan ini dilaporkan lebih cenderung menghisap rokok, minum minuman keras dan berpisah.

Sementara itu, dalam satu kajian yang berasingan oleh The Harvard School of Public Health, mendedahkan lelaki yang berkahwin semula juga boleh mengalami pertambahan berat badan.

Kesimpulan yang diperoleh daripada kajian tersebut pertambahan berat badan ini kerana perkahwinan itu sendiri merobah tingkah laku makan mereka semasa mereka menjadi `orang bujang'.

Kajian ini juga menyimpulkan banyak kesan positif pada kesihatan seorang lelaki. Mereka juga dilaporkan kurang minum minuman keras, makan lebih banyak sayuran, daging yang kurang lemak, kurang minuman manis berbanding dengan mereka yang bercerai.

Perubahan ini amat ketara pada tabiat pemakanan mereka terutama kepada lelaki muda yang berkahwin semula selepas kehilangan pasangan.

Sekalipun ada perubahan positif dalam tabiat pemakanan, lelaki yang berkahwin semula kurang melakukan senaman. Ini mengakibatkan mereka mengalami pertambahan berat badan.

Kemungkinan lebih banyak masa diperlukan untuk pasangan baru menyebabkan mereka kekurangan masa untuk melakukan senaman secara rutin.

Kajian yang disiarkan dalam Journal of Epidemilogy and Community Health itu, mendapati rata-rata lelaki yang berpisah dengan pasangan mereka mengalami penurunan berat badan, merokok dan lebih banyak minum minuman keras.

Profesor Ben Fletcher, dari Persatuan Psikologikal Britain berkongsi pandangan beliau tentang lelaki yang berkahwin semula.

Menurut beliau, golongan ini biasanya lebih sedentari, mendapat lebih banyak sokongan sosial - kuasa yang paling besar pada kesihatan dan diri seseorang.

Ketua Jabatan Psikologi University of Hertfordshire bersetuju dengan pandangan beliau berdasarkan kajian lain.

Lelaki katanya, tidak dapat mengendalikan diri apabila mereka kehilangan pasangan. "Mereka tidak seperti wanita yang lebih tabah, kita dapat lihat peningkatan kes kematian di kalangan lelaki dalam tempoh enam bulan selepas kematian pasangan mereka," katanya.

Sementara itu, seorang pakar psikologi dari La Trobe University, Melbourne, Australia, Dr. David de Vaus mengakui perkahwinan memberi kebahagiaan kepada kedua-dua pasangan, lelaki dan juga wanita.

Beliau menyangkal teori sebelum ini yang mengatakan hanya lelaki yang mendapat lebih banyak kebaikan jika mereka menyimpul ikatan perkahwinan.

Berdasarkan tinjuan kesihatan mental di Australia ke atas lebih 10,641 orang dewasa mendapati tekanan yang dialami lelaki dan wanita yang berkahwin adalah sama.

Dalam satu kajian yang lain, saintis mendapati, lelaki dan wanita yang berkahwin mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang bujang.

Faktor ini sebahagiannya disumbangkan oleh sokongan sosial daripada suami atau isteri.

Malah saintis percaya, kehidupan mereka yang bujang jauh lebih teruk - kerana tiada siapa yang mengambil berat berhubung kesihatan atau penjagaan diri mereka.

Seorang pakar psikologi, Dr. Janet Empson mempunyai pandangan yang sama bahawa lelaki bujang berisiko mati lebih awal kerana mereka sukar mengendalikan emosi sendiri.

Sehubungan itu, pakar-pakar psikologi bersetuju menyimpulkan perkahwinan memberi manfaat jangka panjang pada kesihatan lelaki dalam bentuk sokongan emosi.

-Artikel ini dipetik daripada satu sumber akhbar tempatan.-
bakteria
owh..maksudnya dari artikel ni aku leh wt satu kesimpulan...INI KOT HIKMAH ISLAM BENARKAN POLIGAMI....ye r bnyk kebaikan berkahwin...tu baru citer kawin satu...kalau kawin 4? mmg sihat la aku... rolleye0012.gif
mat.g™
QUOTE (bakteria @ Nov 21 2008, 03:04 PM) *
owh..maksudnya dari artikel ni aku leh wt satu kesimpulan...INI KOT HIKMAH ISLAM BENARKAN POLIGAMI....ye r bnyk kebaikan berkahwin...tu baru citer kawin satu...kalau kawin 4? mmg sihat la aku... rolleye0012.gif

poligami tu bagus jika kita buat mcm sunnah Rasulullah SAW yg lengkap.. bukan ambik separuh2.

kalau kawin 4 ada income besar at least 20K sebulan buleh la jadi makin sihat, tp kalau dok cukup budget makin hari makin kuruih ada lah..hahaha mega_shok.gif
munger
QUOTE (mat.g @ Nov 21 2008, 03:11 PM) *
poligami tu bagus jika kita buat mcm sunnah Rasulullah SAW yg lengkap.. bukan ambik separuh2.

kalau kawin 4 ada income besar at least 20K sebulan buleh la jadi makin sihat, tp kalau dok cukup budget makin hari makin kuruih ada lah..hahaha mega_shok.gif

tp yg aku pelik nih ramai jugak laki yg aku tgk sebok nk kawin 2,3 mahupon 4..tp yg 1 tu dh terabai..klu yg bekerja tuh len la jugak aku tgk walaupon same ngn yg mls keje...tp klu jenis yg mls keje tu pon xkurang galaknya..mcm mana ye pompuan leh stuju ngn lelaki yg jenis mls bekerja tp sangup kawin ngn laki tu.. dry.gif
xkn xterpikir psal masa depan diri sendiri..bakal anak-anak..komen sket dari pihak pompuan/wanita rolleyes.gif
missnariza
mmm...klu dah lelaki namanye.... vmad.gif
munger
QUOTE (missnariza @ Nov 21 2008, 03:39 PM) *
mmm...klu dah lelaki namanye.... vmad.gif

lelaki satu hal la..yg pompuan lak yg duk ikut je tuh camne?..nk tau gak komen dari pihak wanita rolleyes.gif
missnariza
lelaki klu jadi suami tu biarla berilmu, beragama, adil, ada sikap kasih sayang, dia akan dihormati oleh isteri.
kena jadi suami yang dihormati, bukan digeruni. Kata-katanya kena berisi, bukannya masuk angin keluar asap. Dia kena juga ada adab. Dan bila dia ada semua ni, isteri akan hormat dia.
Hormat itu nanti akan bawa kepada taat.
bakteria
betul kata2 missnazira tu...tapi kalau laki je yg pndai, berilmu, beragama...pmpuan tk pandai cmna? mmg laki leh bentuk,leh didik, leh ajar, leh bimbing...tapi kalau pmpuan tu jenis yg keras kepala, yg degil, yg tknk dengar ckp...cmna? masa bercinta bnyk yg tktau...tp pas kawin...mula la pmpuan tu wt hal...sori aku bkn nk salahkan pmpuan...just nk dgr komen dari pihak pmpuan psl situasi ni...

p/s: ni mcm dah lari topik je ni
missnariza
maaf la ya..

Bagi saya...pekara yang harus di ambil pakai

Andai kata wanita itu sudah menjadi isteri akan termasuk nusyuz (derhaka) antara cara-cara mengatasi

Suami hendaklah memberi nasihat dengan kata-kata yang lembut kepada isterinya dengan cara yang bijaksana dan menerangkan terhadap kesalahan yang telah dilakukan oleh isterinya.
Sekiranya cara tersebut tidak berkesan, suami hendaklah mengasingkan diri daripada isterinya tidak lebih daripada tiga hari.
Jika cara yang pertama dan kedua tidak memberi apa-apa perubahan kepada isteri, suami boleh memukulnya dengan tujuan untuk mengajar tetapi bukan untuk mencederakannya.
Cara memukul yang diharuskan ialah:

Tidak keterlaluan sehingga boleh mencederakannya.
Tidak memukul di bahagian-bahagian yang sensitif.
Memukul dengan tujuan untuk mengajar dan menginsafkannya.
Memukul dengan menggunakan alat yang tidak berbahaya.


- Wallahua’lam -

aina_sara
QUOTE (bakteria @ Nov 21 2008, 04:04 PM) *
owh..maksudnya dari artikel ni aku leh wt satu kesimpulan...INI KOT HIKMAH ISLAM BENARKAN POLIGAMI....ye r bnyk kebaikan berkahwin...tu baru citer kawin satu...kalau kawin 4? mmg sihat la aku... rolleye0012.gif


ceh! kesimpulan x bernas langsung. ko mmg bakteria lah.. bruce.gif
bakteria
*missnazira - ok aku stuju cmtu...cuma aku berharap is3 tau hak dia dan juga hak suami..maksud aku kalau suami dah memukul dengan cara yg dibenarkan...jgn pula is3 bawak kes ke mahkamah syariah sbb nanti akan jadi terlalu kusut...semoga is3 phm dengan tndakan suami...

*aina_sara - salah ke kesimpulan aku?hehehe
aina_sara
QUOTE (bakteria @ Nov 22 2008, 07:01 PM) *
*missnazira - ok aku stuju cmtu...cuma aku berharap is3 tau hak dia dan juga hak suami..maksud aku kalau suami dah memukul dengan cara yg dibenarkan...jgn pula is3 bawak kes ke mahkamah syariah sbb nanti akan jadi terlalu kusut...semoga is3 phm dengan tndakan suami...

*aina_sara - salah ke kesimpulan aku?hehehe


betul ke caranya dgn menggunakan kain? bgmn cara memukul yg dibenarkan dlm Islam? sori nak tanya, sbb dah lupa la.. doh.gif
ganazz
QUOTE (aina_sara @ Nov 22 2008, 09:50 PM) *
betul ke caranya dgn menggunakan kain? bgmn cara memukul yg dibenarkan dlm Islam? sori nak tanya, sbb dah lupa la.. doh.gif

bahagian muka wanita, tak leh kena pukulan.
missnariza
QUOTE (bakteria @ Nov 22 2008, 06:01 PM) *
*missnazira - ok aku stuju cmtu...cuma aku berharap is3 tau hak dia dan juga hak suami..maksud aku kalau suami dah memukul dengan cara yg dibenarkan...jgn pula is3 bawak kes ke mahkamah syariah sbb nanti akan jadi terlalu kusut...semoga is3 phm dengan tndakan suami...


harap2 mcm tu la....

la nie...bukan stakat pukul memukul ja.... aikido.gif
macam2 pekara kecik2 pun .....bleh jadi punca
bakteria
Tidak benar ajaran Islam menyuruh melakukan tindakan tidak beradab itu. Rasulullah Saw. dalam sebuah haditsnya bersabda, ‘La tadhribu imaallah! Maknanya, ‘Jangan kamu pukul kaum perempuan!’ (Hadits shahih diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah.) Dalam hadits yang lain, beliau menjelaskan bahwa sebaik-baik lelaki atau suami adalah yang berbuat baik pada isterinya.(Sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan Ibnu Hibban.) Dan memang, di dalam Al-Qur’an ada sebuah ayat yang membolehkan seorang suami memukul isterinya. Tapi harus diperhatikan dengan baik untuk isteri macam apa? Dalam situasi seperti apa? Tujuannya untuk apa? Dan cara memukulnya bagaimana? Ayat itu ada dalam surat An-Nisa, tepatnya ayat 34:

“Sebab itu, maka Wanita yang saleh ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu kuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka dari tempat tidur dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

Jadi seorang suami diperbolehkan untuk memukul isterinya yang telah terlihat tanda-tanda nusyuz.

“Nusyuz adalah tindakan atau perilaku seorang isteri yang tidak bersahabat pada suaminya. Dalam Islam suami isteri ibarat dua ruh dalam satu jasad. Jasadnya adalah rumah tangga. Keduanya harus saling menjaga, saling menghormati, saling mencintai, saling menyayangi, saling mengisi, saling memuliakan dan saling menjaga. Isteri yang nusyuz adalah isteri yang tidak lagi menghormati, mencintai, menjaga dan memuliakan suaminya. Isteri yang tidak lagi komitmen pada ikatan suci pernikahan. Jika seorang suami melihat ada gejala isterinya hendak nusyuz, hendak menodai ikatan suci pernikahan, maka Al-Qur’an memberikan tuntunan bagaimana seorang suami harus bersikap untuk mengembalikan isterinya ke jalan yang benar, demi menyelamatkan keutuhan rumah tangganya. Tuntunan itu ada dalam surat An-Nisaa ayat 34 tadi. Di situ Al-Qur’an memberikan tuntunan melalui tiga tahap iaitu:

Pertama, menasihati isteri dengan baik-baik, dengan kata-kata yang bijaksana, kata-kata yang menyentuh hatinya sehingga dia boleh segera kembali ke jalan yang lurus. Sama sekali tidak diperkenankan mencela isteri dengan kata-kata kasar. Baginda Rasulullah melarang hal itu. Kata-kata kasar lebih menyakitkan daripada tusukan pedang.

Jika dengan nasihat tidak juga berkesan, Al-Qur’an memberikan jalan kedua, yaitu pisah tempat tidur dengan isteri. Dengan harapan isteri yang mulai nusyuz itu akan terasa pelik dan janggal (sehingga rindu dia pada suaminya). Seorang isteri yang benar-benar mencintai suaminya dia akan sangat terasa dan mendapatkan teguran jika si suami tidak mahu tidur dengannya. Dengan teguran ini diharapkan isteri kembali salehah. Dan rumah tangga tetap utuh harmonis.

Namun jika ternyata si isteri memang bebal. Nuraninya telah tertutupi oleh hawa nafsunya. Ia tidak mahu juga berubah setelah diingatkan dengan dua cara tersebut barulah menggunakan cara ketiga, iaitu memukul.

Yang sering tidak dipahami oleh orang banyak adalah cara memukul yang dikehendaki Al-Qur’an ini. Tidak boleh sembarangan.

SYARAT MEMUKUL ISTERI:

Pertama, telah menggunakan dua cara sebelumnya namun tidak berkesan. Tidak diperbolehkan langsung main pukul. Isteri salah sedikit main pukul. Ini jauh dari Islam, jauh dari tuntunan Al-Qur’an. Dan Islam tidak bertanggung jawab atas tindakan kezaliman seperti itu.

Kedua, tidak boleh memukul muka. Sebab muka seseorang adalah segalanya bagi manusia. Rasulullah melarang memukul muka.

Ketiga, tidak boleh menyakitkan. Rasulullah Saw. bersabda, ‘Bertakwalah kepada Allah dalam masalah perempuan (isteri). Mereka adalah orang-orang yang membantu kamu. Kamu punya hak pada mereka, iaitu mereka tidak boleh menyentuh pada tempat tidur kamu lelaki yang kamu benci. Jika mereka melakukan hal itu maka kamu boleh memukul mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan (ghairu mubrah). Dan kamu punya kewajipan pada mereka iaitu memberi rezeki dan memberi pakaian yang baik.(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya.) Para ulama ahli fiqih dan ulama tafsir menjelaskan kriteria ‘ghairu mubrah’ atau ‘tidak menyakitkan’ iaitu tidak sampai meninggalkan bekas, tidak sampai membuat tulang retak, dan tidak di bagian tubuh yang berbahaya jika kena pukulan.

wallahu a'lam...
aina_sara
ada kes lak camni :

Penah suami dtg mengadu 'saya pukul isteri saya sbb dlm Islam pun ada dibenarkan untuk pukul isteri dgn tujuan utk menyedarkan'.

Saya tanya ' encik pukul camana, bahagian mana?'

suami kata' saya pukul dia kat bhgn badan je..pastu saya tolak dia'

Saya tanya 'Camana encik tau pukulan tu tak menyakitkan?'.

Suami kata 'saya tau lah.. saya pukul dia takde lebam2 smpi masuk hospital tu kira pukulan tak menyakitkan lah..".

hmmmm......

camana kita nak anggap/adakah satu ukuran satu2 pukulan itu sbg pukulan yang tidak menyakitkan?? adakah bila isteri masuk spital, lebam badan, nmpk kecederaan dr segi fizikal tu br boleh dikira sbg menyakitkan isteri..?

kalu isteri kena pukul walaupun dengan tangan skalipun, kdg2 tak nmpk bekas pun.. tp menyakitkan jugak.. paham2 je lah tangan sang lelaki katakan..kena tumbuk pun kdg2 x nmpk apa2 kesan pun.

bakteria
QUOTE
camana kita nak anggap/adakah satu ukuran satu2 pukulan itu sbg pukulan yang tidak menyakitkan?? adakah bila isteri masuk spital, lebam badan, nmpk kecederaan dr segi fizikal tu br boleh dikira sbg menyakitkan isteri..?


di sini blh guna psikologi dan logik...

psikologi: manusia normal akan bertindak balas secara spontan dengan menjerit (untuk menyatakan sakit) secara spontan. tetapi ada kes pmpuan tu saja2 mnjerit padahal tk sakit pn...so sblm pukul isteri tu test dulu...buat2 mcm nak pukul...contoh mcm nak penampar...cuba hayun tgn kuat2 tp jgn smpai terkena ...tgk pada waktu manakah bermulanya jeritan istri tu...dan dari situ dapat dilihat bagaimanakah jeritan takut, terkejut dan sakit...

logik: yg ni blh pk sendiri...kalau dah tgn tu dihayun setinggi langit...kalau ckp tk sakit gak aku tktau la...

p/s: islam suruh pukul tu bkn utk menyakitkan tapi sebagai mengajar...sbb tu pukulan rotan 100 kali untuk penzina tu takkan mati org tu...bukan pukul mcm di penjara tu (skali pukul terkoyak isi)...tetapi ada syarat pukul dalam islam...ketika pukul ketiak tak boleh dibuka....maksudnya pukulan tu tk begitu menyakitkan...
ganazz
Suami kena membaiki perangai diri sendiri supaya bertepatan dengan kehendak Allah s.w.t. dan isteri. Manakala isteri juga kena membaiki perangai diri sendiri supaya bertepatan dengan kehendak Allah s.w.t. dan suami. Barulah boleh ujud kesesuaian antara suami dan isteri. Suami tidak boleh nak membetulkan perangai isteri supaya nak bagi betul dan sesuai dengan kehendak suami. Begitu jugalah akan hal isteri.
WaKenaBeb
tp zaman skrg bukan lempang aje.. sepak terajang pon ade. pd aku x penah wat cam ni sbb aku masih ingat masa sumpah janji akad nikah dulu. bohong la klu dlm rumahtangga x ade badai cuma suami kena ambil tindakan yg sepatutnya. jgn ikutkan baran je. cuma satu je.. org pompuan ni cuba jgn suka menjawab bila suami marah. bahaya 2... sbb mudah wat suami lg menyirap ade ler. silap2 lebam bijik mata 2. hehehe... tp aku xde la mcm 2. sape x sayang bini wei..!! biggrin.gif
missnariza
Jadilah lelaki idaman. ingat prinsipnya, "Lelaki baik-baik untuk wanita baik-baik,
dan wanita baik-baik untuk lelaki baik-baik."
Jadi kalau mau mendapat wanita idaman, jadilah lelaki idaman wub.gif
munger
caner nk jadi lelaki idaman..klu pompuan idaman laki xbyk sgt beza klu tanye lelaki2 len..klu pompuan nih byk sket songeh nyer.. tongue.gif
bakteria
mmm cmni la...sblm kawin tu...masing2 tnya la pada pasangan masing...contoh cmcni...

Ali bertanya pada Minah(awek ali ni), "Minah, aku ni panas baran, suka pelempang org, dan kalau kau salah cket aku pukul kau. Kau masih cintai aku?".

Kalau Minah menjawab, "Aku masih mencintai kamu. Biar apa pn yg terjadi padaku, kamulah satu-satunya kekasih pujaanku."

ha kawin jela ngan Minah ni...bukan bermaksud bila dah kawin leh pukul2...cuma bererti Minah ni sbnarnya dah tau sifat Ali ni yg penyayang. Ali just sekadar nak test Minah. (tapi kalau Minah ni buta cinta, dia bkn sedar pn yg Ali ni mmg panas baran. dah kawin baru nyesal)...

Satu lagi test...(ni sblm kawin la...utk org bujang)

Tanya pasangan anda....(ikut cmni...) - contoh Ali dan Minah:

Ali: Minah, aku ingin bertanyamu satu soalan tetapi haruslah kau jawab dengan sejujurnya serta seikhlasnya tanpa berfikir.
Aku ingin kau menjawab dengan on the spot. Kalau kau berfikir sblm menjawab maka putuslah cinta kita.

Minah: Ok akan kucuba menjawab tanpa berfikir kerana aku terlalu menyayangimu.

Ali: (tanya soalan ni cepat2 - maksudnya dengan laju tetapi difahami) Andaikata aku eksiden dan kaki ku kudung, adakah
kau masih ingin berkahwin denganku?

Minah: Ya. (ini bermaksud Minah mmg btl2 mencintai Ali)

Minah: Tidak. (mmm cinta pada rupa tanpa ada perasaan mendalam)

So kalau dah kawin dengan perasaan cinta yg mendalam...means tau hati budi (bukan ssh pn nak tau hati budi...buat test cket..tp jgn lak ckp kat awek tu...ni saya nk test awk ni...kusut la cmtu...test tanpa disedari) sebelum brkahwin...kang dah kawin baru kenal...pstu jenis tkleh nak accept lak...leh wat gaduh beb...

Pstu cmna rumah tangga nak bahagia? Kalau tk bahagia, maka tiada lah fadhilat perkahwinan dari sudut kesihatan. Asik masalah je...leh wt sakit wooo...

tapi aku suka dengar ayat ni:

SAPA TAK SAYANG BINI WEI!!! hehehe
missnariza
mmm aku setuju... nod.gif
kau dah besa try ka bakteria
aina_sara
QUOTE (bakteria @ Nov 23 2008, 02:29 PM) *
di sini blh guna psikologi dan logik...

psikologi: manusia normal akan bertindak balas secara spontan dengan menjerit (untuk menyatakan sakit) secara spontan. tetapi ada kes pmpuan tu saja2 mnjerit padahal tk sakit pn...so sblm pukul isteri tu test dulu...buat2 mcm nak pukul...contoh mcm nak penampar...cuba hayun tgn kuat2 tp jgn smpai terkena ...tgk pada waktu manakah bermulanya jeritan istri tu...dan dari situ dapat dilihat bagaimanakah jeritan takut, terkejut dan sakit...

logik: yg ni blh pk sendiri...kalau dah tgn tu dihayun setinggi langit...kalau ckp tk sakit gak aku tktau la...

p/s: islam suruh pukul tu bkn utk menyakitkan tapi sebagai mengajar...sbb tu pukulan rotan 100 kali untuk penzina tu takkan mati org tu...bukan pukul mcm di penjara tu (skali pukul terkoyak isi)...tetapi ada syarat pukul dalam islam...ketika pukul ketiak tak boleh dibuka....maksudnya pukulan tu tk begitu menyakitkan...


yg anak saidina umar r.a kena sebat 100 kali tu tak silap meninggal slps disebatkan? betulkan hamba kalu tersilap.
aina_sara
Ali bertanya pada Minah(awek ali ni), "Minah, aku ni panas baran, suka pelempang org, dan kalau kau salah cket aku pukul kau. Kau masih cintai aku?".

Kalau Minah menjawab, "Aku masih mencintai kamu. Biar apa pn yg terjadi padaku, kamulah satu-satunya kekasih pujaanku."

kalu aku la jd minah.. mesti terpikir gini : oo.. dia ni panas baran, suka lempang org, ishh tak pasal kang lps kawin kena pelempang free je tiap hari. pukul?? ishh kaki pukul plak tu..? mak aiii...

ha kawin jela ngan Minah ni...bukan bermaksud bila dah kawin leh pukul2...cuma bererti Minah ni sbnarnya dah tau sifat Ali ni yg penyayang. Ali just sekadar nak test Minah. (tapi kalau Minah ni buta cinta, dia bkn sedar pn yg Ali ni mmg panas baran. dah kawin baru nyesal)... -> tpkan, masa bercinta mana nmpk benda2 tu sema, sbb cover baik punya.. pijak semut pun tak mati. rupa2nya lepas kawin.. betul2 panas baran, kaki pukul, sepak, lempang, terajang sema kuar. nnt Ali akan ckp camni.. "ha, dulu aku dh penah tanya hang sanggup ke nak bernikah ngan aku yg panas baran ni, hang kata sangguppp.."

Satu lagi test...(ni sblm kawin la...utk org bujang)

Tanya pasangan anda....(ikut cmni...) - contoh Ali dan Minah:

Ali: Minah, aku ingin bertanyamu satu soalan tetapi haruslah kau jawab dengan sejujurnya serta seikhlasnya tanpa berfikir.
Aku ingin kau menjawab dengan on the spot. Kalau kau berfikir sblm menjawab maka putuslah cinta kita.

Minah: Ok akan kucuba menjawab tanpa berfikir kerana aku terlalu menyayangimu.

Ali: (tanya soalan ni cepat2 - maksudnya dengan laju tetapi difahami) Andaikata aku eksiden dan kaki ku kudung, adakah
kau masih ingin berkahwin denganku?

Minah: Ya. (ini bermaksud Minah mmg btl2 mencintai Ali)

Minah: Tidak. (mmm cinta pada rupa tanpa ada perasaan mendalam)

kalu aku jd minah, aku akan jawab : Tidak. sbb........ bak kata nabil "lu pikir la sendriiiiiiiii..." tomato.gif


bakteria
QUOTE
mmm aku setuju... nod.gif
kau dah besa try ka bakteria


mmm ada skali aku penah try...ni dlu2 la...

QUOTE
yg anak saidina umar r.a kena sebat 100 kali tu tak silap meninggal slps disebatkan? betulkan hamba kalu tersilap.


seingat aku pn mmg anak dia meninggal...sebab kita tk pasti hukuman ni ...kadanag2 org tu meninggal kadang2 org tu hidup...sebenarnya bertujuan nak mengajar dan menakutkan supaya org tak berzina...mmg aku ada ckp tkkan mati pn org tu...tapi kalau ada yg mati tu mmg ajal dia ...

*aina...tpulang la cmna kita nak berfikir k...aku bg cadangan utk wt test tu ja...


Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024