Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Resepi Biskut dan Kuih Raya
CAKAP.Net > Cakap Khusus > Cakap Resepi & Masakan
wanmus
Ok..untuk buka topik ni..saya nak kongsi biskut raya paling mudah dalam sejarah Malaysia iaitu Corn Flakes Bermadu..hehe

Bahan-bahan:
1 kotak conflake ( diramas tetapi jangan terlalu hancur)
1 cawan madu
2 sudu mentega
2 sudu gula

Cara-cara membuat:
Campurkan madu, mentega dan gula di dalam periuk dan masak sehingga gula larut. Tuangkan campuran yang telah dimasak tadi ke dalam conflakes dan gaul rata. Selepas tu masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas kecil dan bakar sehingga masak.

Tambahan:
Jika mahu lebih rangup dan ada rasa kacang, masukkan 1 cawan badam cincang ke dalam mangkuk dan gaul dengan cornflakes sebelum dicampurkan dengan bahan-bahan yang kita masak tadi.

Sedap..biasanya kat umah saya, yang nilah habis dulu dengan almond london..Selamat Mencuba
wanmus
Tadi sebut almond london, terus geram jer nak gi cari sebab kat umah sewa ni manelah ade bahan2 nak buat..tggu balik kampung nantilah..hehhee

Biskut Almond London

Bahan-bahannya ialah:
230 gm tepung
1 biji telur (kuningnya sahaja)
sudu teh esen vanila
1 kotak/pek coklat masakan (yang warna gelap)
125 gm mentega
60 gm gula icing
1 paket badam (dipanggang / dibakar)
sedikit badam yang dikisar halus.

Ok..Cara-cara membuatnya pula:
Pukul mentega dan gula hingga separa kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanila, kemudian kacau. Akhir sekali masukkan tepung tadi sehingga boleh diuli (jangan terlalu keras atau lembik). Salutkan badam tadi dengan adunan sebiji-biji dan bakar pada suhu 180C selama 12 minit. Setelah sejuk (kalau nak cepat masukkan dalam peti ais), masakkan coklat bersama gula, dan celupkan pada badam yang disalut tepung tadi. Kemudian masukkan ke dalam paper cups. Tabur sedikit badam halus sebagai hiasan.

Konfirm akan jadi rebutan di pagi raya..selamat mencuba..
wanmus
Satu lagi (tertinggal hehe..) biskut glamer di rumahku pagi raya ialah Biskut Milo yang akak saya buat..walaupun saya tak minum milo, tapi biskut milo ni selambe jer angkut beberapa pinggan..ehehe

Biskut Milo

Bahan-bahannya ialah:
2 cawan tepung gandum
3 sudu susu pekat
1 sudu marjerin
1 paket milo
Pewarna (ikut warna yang anda mahu, tu pun kalau nak yang berwarna)

Cara-cara nak buat:
Pukul marjerin sehingga kembang. Then, masukkan milo bersama susu pekat dan kacau sekali lagi. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati.Kalau nak biskut anda berwarna, masukkan sedikit pewarna. Bentukkan ia bulat atau bujur mengikut kreativiti anda. Last sekali, masukkan adunan tadi ke dalam ketuhar yang dipanaskan dengan suhu 200 sehingga masak. Jangan terlalu lama, takut hangit.

Biskut ni rangup dan manis..sedap tu konfirm ar..hehetrylah di pagi raya..kalau nak buat banyak, pandai2lah sukat bahan-bahan. Selamat mencuba.
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2019