Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Tanda-tanda PakLah takkan letak jawatan?
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa > Cakap Politik
padaiyappaİ
Aku terbaca satu entry dari sahabat karib aku...tulisannya membuat aku terkedu dan otak aku berputar ligat macam CPU baru on...


1) Pak Lah masih belum melawat negara-negara ASEAN seperti yang umum dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum berundur.

2) Pak Lah sepatutnya sudah membuat lawatan persahabatan dan perpisahan ke negara-negara rakan seperti China, India, Britain atau Amerika Syarikat.

3) Pihak beliau belum lagi memaklum atau menetapkan sebarang tarikh rasmi kepada Istana Negara akan bila Najib akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baru.

4) Pak Lah belum menetapkan bila mesyuarat jemaah Menteri yang terakhir.(Perkara ini perlu dimaklum awal bagi memastikan tidak ada Menteri yang membuat lawatan rasmi ke luar negara atau bercuti pada tarikh atau tempoh peralihan kepimpinan Perdana Menteri berlaku)

5) Pak Lah belum memulakan kunjungan sembah hormat dan terima kasih kepada Sultan-sultan di negeri-negeri seluruh negara (ini adalah sesuatu yang amat penting)

6) Di peringkat Kementerian Pertahanan, Lebah Kota dimaklumkan Pak Lah masih belum menetapkan tarikh perpisahan.

Secara umum, rekod di Putrajaya memperlihatkan Pak Lah masih belum menetapkan apa-apa tarikh untuk perkara-perkara penting itu.

Bagi faktor nombor 6, adalah menjadi amalan bahawa bagi seorang Menteri Pertahanan, beliau perlu melalui majlis perpisahan yang mengikut istiadat kententeraan dan juga awam.

Namun, sebelum melalui istiadat itu, adalah normal bagi seorang Menteri Pertahanan untuk melawat sekurang-kurangnya sebuah pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), sebuah pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang biasanya adalah di Lumut.

Selepas melawat semua pengkalan-pengkalan itu, barulah akan diadakan majlis perpisahan rasmi di Kementerian Pertahanan.

Semasa Najib bertukar ke Kemeterian Kewangan, beliau tidak dapat melawat pengkalan-pengkalan berkenaan kerana ia berlaku secara tiba-tiba. Namun, beliau tetap melakukan perpisahan rasmi peringkat Kementerian Pertahanan.

Rekod memperlihatkan Pak Lah belum menetapkan tarikh lawatan-lawatan berkenaan.

Dengan tempoh peralihan hanya dalam 2 bulan sahaja lagi yakni semasa atau sehari dua selepas Perhimpunan Agung UMNO Mac ini, kegagalan Pak Lah dan pegawai-pegawainya menetapkan tarikh untuk perkara-perkara penting di atas amat jelas memperlihatkan niat beliau untuk tidak berundur daripada jawatan Perdana Menteri.

Beliau pasti tidak akan berkesempatan untuk melakukan semua perkara-perkara penting di atas jika bermula dari sekarang untuk berbuat demikian.

Kebimbangan untuk Pak Lah tidak berundur pernah disuarakan banyak pihak termasuk oleh bekas perdana menteri, Tun Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad.


(sumber www.malaysia-instinct.com)
_______________________________________________________________________
p/s : Semua orang tahu yang Pak Lah akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kira-kira dua bulan lagi bagi membolehkan Datuk Seri Najib mengambil alih jawatan tersebut

tetapi apabila membaca artikel di atas, aku tertanya-tanya, mungkinkah ini semua cuma sandiwara Pak Lah untuk mengaburi mata rakyat Malaysia?

dan sekiranya ini benar-benar terjadi, adakah Najib akan berdiam diri?

Adakah Najib akan melawan Pak Lah?

Mungkinkah Malaysia sekali lagi akan berhadapan dengan krisis kepimpinan terbesar antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seperti mana konflik Tun Dr. Mahathir-Anwar tempoh hari?

wow! ini sudah panas!

Apa pendapat korang?
WaKenaBeb
aku lg suka paklah dr najib sbb najib bnyk skandal. hahaha... biggrin.gif
padaiyappaİ
aku pun bersependapat dengan engkau ... sekarang nie kes antartuya pun tak settle lagi
Lady
dua2 aku x suka, aku lebih suka Chedet ...
masa dia dulu x penah ada kes huru hara,cuma kes anuar ibrahim je...
pendek kata,blom ada pemimpin yang layak menganti tempat Dr.M....
padaiyappaİ
ada... Dato seri anwar Ibrahim ....
♦محمد أفيق♦
QUOTE (Padaiyappa @ Jan 22 2009, 03:30 PM) *
ada... Dato seri anwar Ibrahim ....

sebelum ni anwar kata akan bentuk kerajaan pada sept..
xde pon..same aje semua.. chedet jugak yg berwibawa.
harap2 ade la pengganti yg sesuai.
jgn la asyik ade masalah aje. scandal itu..scandal ini..
kita yg bawah ni aje asyik bising2. itu la..ini la.
diaorg kat atas.rilek aje..cam xde benda...
padaiyappaİ
orang yang nak loncat, tak jadi loncat ....
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2018