Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Umno: Dulu menderhaka kini taat setia
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa > Cakap Politik
WaKenaBeb
Malaysiakini melaporkan hampir seribu orang ahli pemuda Umno dan pertubuhan bukan kerajaan berkumpul di Padang Majlis Bandaraya Ipoh di Jalan Sultan Abdul Jalil dalam apa yang didakwa sebagai perhimpunan menyokong Sultan Perak.

Utusan Malaysia yang dimiliki Umno dan Bernama yang diterajui Dato' Seri Anuar Zaini (yang diketahui peranannya dalam pergolakan politik Perak) mendakwa perhimpunan itu dihadiri lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum.

'Perhimpunan haram' yang berlangsung selama satu setengah jam itu tidak diganggu polis. Malah demonstrasi jalanan itu diadakan hanya beberapa hari selepas beberapa pemimpin Umno mendakwa BN tidak akan menggunakan kaedah 'demonstrasi jalanan' bagi menyelesaikan krisis politik yang berlaku di Perak.

Seperti biasa, orang yang menjadi hero kepada bantahan anjuran gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-Umno negeri ini bersama BN Perak ialah Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Khairy disertai Ketua Pemuda Umno Perak, Zainol Padzi Paharuddin dan Ketua Pemuda MIC, G. Shamugavelu.

Pemimpin Umno dan BN yang berucap pada 'perhimpunan haram' itu mendesak supaya tindakan diambil terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh yang dilaporkan menyatakan hasratnya menyaman Sultan Azlan Shah.

Mereka turut mendesak bekas Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya menghentikan segala tindak-tanduk 'menderhakai' titah Sultan Perak.

Drama itu disudahi kemuncak dengan gimik kesediaan berarak ke kediaman rasmi MB Perak bagi 'menghalau' Mohammad Nizar dari situ.

Malah Khairy seperti kebiasaan beretorik kononnya pemuda Umno akan menghalang percubaan Nizar dan anggota exconya untuk ke pejabat mereka di Bangunan SUK Perak.

Khairy juga berikrar untuk kononnya mempertahankan institusi beraja hingga 'ketitisan darah yang terakhir'.

Begitulah hebatnya Khairy dan Pemuda Umno beretorik. Seperti merekalah orang yang paling layak mempertahankan Raja-raja Melayu.

Cuma kita ingin bertanya, jika keengganan Nizar untuk melepaskan jawatannya sebagai MB dianggap 'menderhaka' kepada sultan, bagaimana pula dengan keengganan pemimpin Umno Perlis dan Terengganu, Dato' Seri Shahidan Kassim dan Dato' Seri Idris Jusoh mentaati perintah Raja dan Sultan, 10 bulan lalu?

Pastinya kita masih belum lupa bagaimana Shahidan dan Idris dengan sokongan Umno Pusat khususnya Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi membantah calon MB istana.

Malah perhimpunan membantah keputusan istana diadakan di dua negeri terbabit selama beberapa hari. Di Terengganu, satu sepanduk yang dibawa penyokong Idris yang juga Ketua Perhubungan Umno negeri menyifatkan istana sebagai 'natang' (binatang).

Selantang-lantang Karpal Singh tidak sampai ke peringkat menyamakan istana dengan haiwan.

Mengapakah pada waktu itu tiada istilah 'derhaka' terkeluar daripada mulut pemuda Umno, apatah lagi yang menyokong tindakan derhaka itu tidak lain tidak bukan ialah Presiden Umno yang juga bapa mentua Khairy!

Sejarah negara juga memperlihatkan bagaimana institusi istana pernah dipijak dan dihina Umno. Lihat sajalah krisis Perlembagaan yang berlaku pada 1983 apabila perhimpunan-perhimpunan besar dianjurkan Umno untuk berhadapan pihak istana.

Bagaimana pula dengan episod pindaan Perlembagaan bagi menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu pada awal dekad 90-an. Bukankah Utusan Malaysia, akhbar yang dimiliki Umno telah menerajui kempen menghina Raja-raja Melayu pada waktu itu?

Setelah sepuluh bulan episod penderhakaan berlaku di Perlis dan Terengganu, tiada sebarang tindakan diambil oleh Umno untuk menghukum sipenderhaka. Shahidan terus kekal sebagai Ketua Perhubungan Umno negeri walaupun terlepas jawatan Menteri Besar.

Idris Jusoh diberi habuan sebagai Pengerusi MARA manakala sebahagian Adun Umno Terengganu yang bersama Adun Ajil, Rosol Wahid membantah calon MB pilihan istana, kini menjawat Exco Kerajaan Negeri.

Jelaslah bahawa Umno sebenarnya 'parti munafik' yang memperalatkan istana. Ketika kedudukan Umno dan BN kukuh, istana diinjak-injak golongan penderhaka ini. Apabila pengaruh Umno mula pudar dan orang Melayu mula meninggalkan parti yang dipenuhi kurap rasuah dan penyelewengan itu, Umno cuba berselindung di sebalik pagar istana dan berpura-pura menjadi pembela institusi Raja.

Jika para pemimpin Umno menganggap hasrat Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak sebagai 'menderhaka', apakah gelaran paling layak diberi kepada Umno yang bertanggung jawab menghapuskan imuniti Raja-raja dan membolehkan mereka disaman di mahkamah terbuka?


B@zSh™
Hmm...kucar kacir sungguh politik skang
Aku harap sangat perkara ni dapat diselesaikan dengan memberikan kembali mandat kepada rakyat
Biar rakyat yang pilih sape yang dia nak...BN or PR
Hmm...isu derhaka...





Ni gambar masa orang2 UMNO bantah pilihan Sultan Terengganu selepas PRU12 lepas
So apa pandangan korang?
mat.g™
QUOTE (B@zSh @ Feb 10 2009, 08:42 PM) *

ni lah dasar dajal puak BN, keje depa tahu nak cari salah orang saja... sebenarnya umpama depa meludah kelangit, last2 terkena atas kepala depa jugak... pasai yg kes "KAMI NAK IDRIS, NATANG" tu kalo nak ikut derhaka lebih dasyat sbbnya Sultan Mizan pada masa tu adalah Yang DiPertuan Agong bukan sekadar sultan spt Sultan Azlan Shah skang..
ganazz
taat sang setia....


bikin lawak sket
padaiyappa©
aku rasa disebabkan oleh BN merompak PR di PErak,,, maka makin kuatlah semangat ANTI BN
B@zSh™
Kalo iku perlembagaan Tubuh Negeri Perak
Speaker ada kuasa untuk memutuskan sama ada sesorang ADUN tu letak jawatan atau x
Dalam perlembagaan tubuh Negeri Perak ada menyatakan utk sesorang ADUN di gugurkan hanya perlu memenuhi 2 syarat
1. Surat yang ditandatangani oleh ADUN tu sendiri (xder mention pasal tarikh)
2. Surat tersebut di alamatkan kepada Speaker

Jd...untuk kes kedua2 ADUN ni..syarat2 tersebut dah dipenuhi
Jadi Speaker ada kuasa utk membuat keputusan yang kedua2 ADUN ni dah digugurkan
SPR xder kena mengena dalam perkara ni & x ada hak dalam perlembagaan untuk mempersoalkan keputusan Speaker
Tugas SPR hanya memberi tarikh untuk pilihanraya kecil yang baru selepas Speaker mengemukakan surat rasmi
Tp yang berlaku adalah sebaliknya....SPR lak yang pertikai bahawa ada keraguan pada surat yang ditandatangani oleh kedua2 ADUN tersebut
Yang diungkitkan adalah bahawa surat tersebut x bertarikh
Padahal dalam perlembagaan xder pulak mention yang surat tu perlu bertarikh
SPR x boleh doube standard...kalo betul2 telus...x perlu nak campurtangan coz tugas SPR hanya menjalankan pilihanraya
Xder bidang kuasa SPR utk mempertikaikan keputusan Speaker

Yang kedua...Sultan di setiap negeri memang ada kuasa istimewa untuk memutuskan sesuatu DUN tu dibubarkan atau x
Tp Sultan x boleh bertindak & menyebelahi mana2 pihak sama ada BN or PR
Tugas Sultan adalah untuk menyelesaikan kemelut supaya x berlaku lebih parah
Jadi jalan yang terbaik adalah dengan membubarkan DUN & menyerahkan kembali mandat kepada rakyat
Biar rakyat yang pilih pemimpin yang mereka nak
Ni lah yang baru dikatakan demokrasi mengikut perinsip & rukun yang kita dokong
Raja Berperlembagaan & Kedaulatan Undang-Undang

Pasal isu derhaka...sebenarnya banyak lg benda yang bole diungkit tentang apa yang dilakukan oleh UMNO dulu
Pasal imuniti raja-raja Melayu masa zaman TDM
Tentang Anuar Musa yang melantik Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan
Mengutuk keputusan yang dibuat oleh Sultan untuk menetapkan MB di Perlis & Terengganu
Kenapa x diungkit isu derhaka kepada Raja & Negara bila benda ni berlaku?
Kalau nak betul2 judge...x perlu double standard

Pasal DSAI yang mencanang lompat parti...memang benda ni x sepatutnya diutarakan sejak dahulu
Perkara yang berlaku di Perak seolah2 nak memberi pengajaran pada DSAI
Mcm menjilat ludah sendiri...tp dalam sejarah juga ada mencatat banyak kes2 lompat parti yang lebih memihak kepada BN
Dalam sejarah banyak kerajaan negeri yang jatuh disebabkan oleh kejadian lompat parti
Rakyat memilih pemimpin kerana 2....Parti & peribadi
Tp antara kedua2 nya...rakyat lebih mengundi kepada parti
Jadi bila seseorang pemimpin itu diundi...rakyat memilih kepada parti yang diwakili oleh pemimpin tersebut
Jadi sekiranya pemimpin tersebut lompat parti...seolah2 beliau merobek kepercayaan rakyat yang mengundi beliau
Dan sepatutnya perkara ini tidak berlaku & ini adalah tindakan x bermoral
So aku memang sokong kalo di laksanakan undang2 anti lompat parti
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2018