Jom belajar membuat sandwich ayam..mudah, murah dan cepat bangat..

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
buku roti sandwich
1 cawan daging ayam rebus atau goreng (dicincang)
4 sudu besar Salad Cream
1 sudu besar mentega (dicairkan)
Sedikit garam dan lada sulah

Tengok cara menyediakannya pula:
Campurkan semua bahan-bahan, gaul hingga rata. Ratakan bahan tadi ke atas sekeping roti yang telah disapu mentega. Letakkan sekeping lagi roti, buangkan kulitnya dan potong ikut suka.


Nah..kan mudah tu..cepat dan senang serta menyelerakan.