TKO Umum mengetahui bahawa pemerintahan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai PM Malaysia ke 5 bakal diserahkan kepada penggantinya iaitu Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak pada Mac tahun hadapan. Keyakinan ke arah itu terserlah dengan tindakan Pak Lah tidak mahu mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden UMNO. Selain itu Pak Lah dalam menuju kepada pelan peralihan kuasa tersebut telah secara serius untuk memberikan laluan kepada najib sebagai Presiden UMNO mahupun sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 kelak. Dari kacamata penganalisis politik, amat sukar untuk mengatakan ada 'taktik kotor' daripada Pak Lah untuk menggagalkan najib menuju kepada kerusi nombor satu itu.

Jika Pak Lah mahu menerajang Najib daripada persada politik dan pentadbiran kerajaan, sudah banyak peluang terbuka luas untuknya bertindak. Kes Altantuya umpamanya adalah peluang keemasan yang sangat cerah untuk mengkuburkan najib dalam arena politik tanahair. Hanya dengan memberikan 'statement' pendek kepada media 'Saya serahkan kepada Polis atau BPR untuk menyiasat' atau 'terpulang kepada mahkamah untuk memanggil najib sebagai saksi' maka sudah tentu tindakan drastik daripada PDRM-BPR iaitu dua jabatan penguatkuasa itu lansung akan memulakan siasatan kerana kedua jabatan itu adalah agensi yang pandai 'menghidu' kehendak bos mereka.

Selain itu isu pembelian helikopter, isu kapal selam yang dilaungkan oleh Anwar, isu perangai 'bini' dia dan macam-macam lagi isu yang senang menjadi ‘bullet’ untuk 'merebahkan' karier najib. Namun begitu kesemuanya agaknya telah terlambat, dan jika adapun tindakan yang Pak Lah ambil adalah kepada Tan Sri Muhyidin Yasin yang sangat ketara 'menghentam' Pak Lah kebelakangan ini. Yang jelas 'hint' telah diberikan kepada Ali Rustam untuk calon Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya Timbalan Perdana Menteri.

Jika Najib berjaya direalisasikan oleh Pak Lah sebagai PM nanti, maka misi utama najib sudah tentu dimulakan dengan menonjolkan sebanyak mana imej baik beliau di kalangan rakyat. Proses ini akan diselang-selikan dengan penayangan keburukan imej pembangkang terutama Anwar Ibrahim dan gerombolan PKR serta PAS mahupun DAP. Tetapi untuk menjatuhkan Anwar pada waktu itu adalah sesuatu perkara yang cukup ’senang’ kerana tampuk kuasa sudah digenggam.

TKO Tetapi apa yang lebih penting adalah menonjolkan imej tentang dasar tidak campurtangan (konon) dalam urusan jabatan seperti Kehakiman, Polis dan BPR. Caranya cukup mudah, Najib akan menggunakan orang suruhannya membuat pernyataan media kononnya semasa zaman Pak Lah banyak rasuah, khairi jamaludin melakukan rasuah, Patrick Lim melakukan rasuah, Kamaludian Abdullah kuat rasuah dan sesiapa sahaja yang berkaitan rapat dengan Pak Lah yang mempunyai kes yang tidak disiasat. Najib tidak akan mengkambing hitamkan pihak pembangkang kerana amat sukar mencari ’perlakuan’ rasuah oleh mereka. Yang jelas manusia di dalam BN itu sendiri yang sememangnya melakukan rasuah dan mempunyai bukti.

Kemudiannya, aduan akan dibuat oleh orang suruhan Najib, maka BPR atau Polis akan menyiasat dan pastinya akan mempunyai kesalahan dan akan didakwa. Media akan mendapatkan ulasan Najib dan ini pernyataan Najib ’Saya serahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk menyiasat perkara ini, saya tidak boleh campurtangan dalam siasatan mereka’.

Lihat, itulah kebijaksanaan Najib untuk menaikkan imejnya iaitu beliau tidak mencampuri urusan agensi penguatkuasa dan padamlah imej ’nakal’ nya apabila mahkamah berjaya mensabitkan kesalahan kepada sekutu Pak Lah. Rakyat akan melihat PM sekarang ini tidak melindungi sesiapa walaupun orang BN sendiri. Jadi itulah kebijaksanaan Najib yang tidak direbut peluang oleh Pak Lah kini.......

Jangan diingat Najib akan berbuat baik kepada Pak Lah.....pentadbirannya akan lebih ’zalim’ daripada zaman Tun Mahathir kerana Najib bijak berpolitik. Tindakan ’zalim’ itu akan dilakukan dengan menggunakan pihak ketiga. Beliau sesekali tidak akan menampakkan apa-apa tindakan itu dilakukan langsung olehnya. Kita renungkan kembali di mana Mahathir yang amat berkuasa ketika era pemerintahannya, diberi pujian melangit, disanjung, menerima padah juga selepas tidak berkuasa. Inikan pula Pak Lah yang sangat ’lembik dan lembab’ semasa memerintah. Jadi beringatlah Pak Lah, anak menantu, dan kenalan rapat....masa kamu akan tiba jua....bukan Anwar atau PR yang menghukum, tetapi orang yang kamu berikan kuasa iaitu NAJIB ANTULAYA MAA....