PETANG semalam, sambil buat kerja, Cik Normah sempat juga tengok program Sehati Sejiwa yang disiarkan secara langsung di TV1. Tetamunya pula pasangan pengantin baru, Mawi dan Ekin. Pada andaian Cik Normah, itu mungkin program baru terbitan RTM.
Scha pula jadi perantara program ini. Hati Cik Normah berasa ada sesuatu yang tak kena dalam rancangan ini. Tak sangka pula perasaan itu turut dikongsi oleh kawan-kawan yang lain. Walaupun secara langsung, nampak program ini dibuat secara tergesa-gesa saja. Soalan yang ditanya kepada Mawi dan Ekin pula entah apa-apa. Kata kawan Cik Normah soalan yang sudah basi. Sebab semuanya sudah ditanya kepada Mawi lama sebelum dia bernikah dengan Ekin lagi.
Scha pula nampak macam tak bersedia untuk mengendalikan program ini walaupun dia cuba untuk membuat yang terbaik. Kenapa jadi macam itu? Orang RTM kenalah jawab perkara ini. Cik Normah nampak ia tiada apa yang baru dan menarik walaupun mengundang Mawi dan Ekin.
Cuma yang buat Cik Normah tersedak apabila Mawi mengaku Ekin adalah wanita pertama dalam hatinya? Ishhh... Biar betul Mawi ini. Kalau Mawi cakap Ekin itu gadis pertama yang dikahwininya, itu Cik Normah percaya.
Jangan cakap ikut sedap mulut saja, atau sekadar nak ambil hati Ekin. Cik Normah tak mahu senaraikan gadis yang pernah bersama Mawi. Tapi sekurang-kurangnya nak tahu, Ina Naim itu siapa?
Kredit: Berita Harian Online
