Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Hari Kiamat 21 december , 2012 ?
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Maklumat dan Pengetahuan
padaiyappa©
Yeke? Tak mungkinlah. Lambat lagi laa. Imam Mahdi kan tak turun lagi??Nabi Isa tak turun lagi.

Mungkin ini antara imaginasi dan lintasan fikiran anda apabila melihat triler filem Hollywood di atas, “2012”. 2012 adalah satu tarikh keramat yang dikatakan oleh pengkaji dan peramal masa depan Barat bahawa ianya adalah satu tahun berlakunya hari besar, iaitu kiamat.

Lihat video : http://www.youtube.com/watch?v=5VXa82AuwHU


Barat mempunyai pelbagai tafsiran dan ramalan yang mungkin benar, tetapi ada kemungkinan ianya tersasar jauh dari kebenaran. Pernah sebelum ini diwarwarkan oleh media Barat bahwa kiamat akan berlaku pada tahun 2004, dan beberapa tarikh sebelumnya, namun tiada apa yang berlaku. Kehidupan masih berjalan seperti biasa, tiada langit pecah, tiada planet berlanggar dan sebagainya.

Saya bukan hendak mengulas tentang filem tersebut, tetapi ingin memberi sedikit pandangan dari sudut pandang yang berbeza. Allah s.w.t menyebut dalam Al-Quran :

“Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba." Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." ( al-A’raaf ayat 7 )

Hari kiamat adalah hari kehancuran bumi, alamraya dan segenap alam cakerawala yang ada di dunia. Segala makhluk tidak kira manusia, jin, haiwan, tumbuhan, langit, matahari, bulan dan planet-planet akan hancur, saling berguguran, berlanggaran dan musnah. Manusia akan lenyap dan berterbangan bagaikan kalkatu yang berterbangan dan suasana ketika hari tersebut sangat menakutkan.

----------------------------------------------------------------------------

Argghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......adusssss !!
♦محمد أفيق♦
Hanya yang Maha-ESA yg mengetahui bilakah hari itu akan tiba..
kita hanya perlu beribadah kepada-NYA..
bukan kerja kita untuk mengkaji dan tunggu/ramal hari itu..
mikicun
ya.... betul.... kiamat pon dah dekat sangat dah...
tanda2 kecik dah banyak dah blaku...
tinggal tanda2 besar jer.... bersedia lah...
♦محمد أفيق♦
QUOTE (mikicun @ Jan 22 2009, 12:43 AM) *
ya.... betul.... kiamat pon dah dekat sangat dah...
tanda2 kecik dah banyak dah blaku...
tinggal tanda2 besar jer.... bersedia lah...

bertaubat la sebelum terlambat..
pintu taubat masih terbuka..
masih ade masa dan peluang...
ganazz
tarikh kiamat? itu agenda yahudi saja nak pesongkan aqidah orang islam.
aEiN
QUOTE (ganazz @ Jan 22 2009, 10:38 PM) *
tarikh kiamat? itu agenda yahudi saja nak pesongkan aqidah orang islam.


insaf la wahai umat Nabi Muhammad s.a.w
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024