Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Jerawat
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Kesihatan & Petua
sha
dear all..

cane eh nak ilangkan jerawat halus2 kat muka dan susah sgt nak ilang..petua dan produk yg berkesan.. sad.gif
wanmus
QUOTE (sha @ Sep 14 2008, 02:16 PM) *
dear all..

cane eh nak ilangkan jerawat halus2 kat muka dan susah sgt nak ilang..petua dan produk yg berkesan.. sad.gif

Petua hilangkan jerawat dan parut jerawat

Ni untuk perempuan jelah biasanya, sebab lelaki malas nak wat semua ni..hehhe

1. Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.

2. Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih licin.

3. Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.

4. Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya, sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang.

5. Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri.

6. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan mendapat kulit muka yang gebu dan licin.

biasalah, petua kena amalkan selalu barulah kesannya cepat..selamat mencuba
rajakamil
Laki-laki tak boleh ke wanmus ?
sha
tanks ya! insyaallah diamalkan.. wink.gif
wanmus
QUOTE (rajakamil @ Sep 14 2008, 02:40 PM) *
Laki-laki tak boleh ke wanmus ?

lelaki boleh, cume maksudnya lelaki ni malas skit nak wat macam ni..cara ni leceh skit..lelaki kalau pakai pun yang pek dah siap, tggu nak gosok kat muka jer..hehe..sebab aku pun memang camtuh..hehe..tapi semua pencuci muka ni pun di buat dari kajian ekstrak tumbuhan ni jugak..tapi original ke x, wallahualam. tu lagi konfirm pakai yang semulajadi
mat.g™
QUOTE (wanmus @ Sep 14 2008, 11:52 PM) *
lelaki boleh, cume maksudnya lelaki ni malas skit nak wat macam ni..cara ni leceh skit..lelaki kalau pakai pun yang pek dah siap, tggu nak gosok kat muka jer..hehe..sebab aku pun memang camtuh..hehe..tapi semua pencuci muka ni pun di buat dari kajian ekstrak tumbuhan ni jugak..tapi original ke x, wallahualam. tu lagi konfirm pakai yang semulajadi

ada org kata petua ilang jerawat ni ambik spender org sapu kat muker kita.. ramai kata mujarab tapi gua tak penah buatlah sbb takde jerawat.. hehe boleh cuba sape2 ??
richzuan
sebenarnya kalau nak hilangkan jerawat ni betul betul..kenalah jumpa pada doktor yang pakar...
tentukan jenis kulit muka korang semua..jenis yang kering ke..berminyak ke..tebal ke..nipis ke tongue.gif
bila dah tau jenis kulit yang betul betul..korang boleh lah cari pencuci muka yang betul betul
bersesuaian dengan jenis kulit muka anda..pastikan kadar PH nya tepat dan jitu serta saksama untuk
kulit muka korang nanti..insyaallah elok...kalau tak pun,boleh lah cuba dulu ppetua bro wanmus bagi tu ye..hehe..
tak salah mencuba..lagi satu pergilah kedai kecantikan , buat facial sikit..hehe..duit nak isi perut tu gunalah sikit untuk cantikkan muka..
bukan selalu pun buat facial ni.. smile.gif
wanmus
QUOTE (richzuan @ Sep 15 2008, 05:35 PM) *

hahahah..dengar tu bro rizchuan memberi nasihat..macam biasa wat facial jer bro?hehehehe...alaa tu petua orang2 tua kita dulu2, tp dulu x banyak sangat n x teruk sgt jerawat macam sekarang sebab dulu diorang jaga makan..kalau ada resdung pun, bila jaga makan tu oklah skit..tak macam sekarang, semua telan..lagi2 yang bergoreng2 ni..
misspolkadot
sabun madu.
tu aku je aku amalkn.selain hilangkan jerawatdia haluskan kulit n stabilkan pengeluaran minyak.
slamat mencuba.
CekDet
Saya guna pembersih muka biasa je..
hilang je jerawat...

QUOTE (misspolkadot @ Sep 19 2008, 03:18 AM) *
sabun madu.
tu aku je aku amalkn.selain hilangkan jerawatdia haluskan kulit n stabilkan pengeluaran minyak.
slamat mencuba.

misspolkadot
QUOTE (CekDet @ Sep 19 2008, 04:45 AM) *
Saya guna pembersih muka biasa je..
hilang je jerawat...

tak pernah guna coz aku taw banyak benda x patut tuk muka.
sabun madu pun mmg tradisi keluarga.
bukan mahal pon.
madu antara benda trbaik di dunia.

taukey
aku dulu masa umur aku 18 tahun baru muka aku berjerawat. byk pencuci muka aku guna dan sehingga ada yang semakin menyebabkan pertambahan jerawat pada muka aku. aku semakin tekanan. bintik hitam dan putih pun semakin banyak. last-last aku pergi klinik jumpa doktor. dia bagi pil dan ubat pencuci muka. sebulan pastu sampailah sekarang muka aku dah tak berjerawat dah.

aku tahu punca kenapa muka aku berjerawat masa tu. bukan sebab makanan. tapi sebab aku baru masuk universiti dan masa tu baru mula tidur lewat jam 1 atau 2 pagi.
wanmus
QUOTE (taukey @ Sep 19 2008, 08:44 PM) *

tidor lewat pun boleh efek keluar jerawat ek taukey? baru tahu ni..patut pun ada jer jerawat kat muka nih sebab suka sngat tidor lewat..ehhheeh..aku rasa banyak bergantung pada cara hidup kitalah..bukan pada makanan saje kot sebab jerawat ni..contohnya kalau kita main kuat n muka berpeluh kita tak basuh dengan cuci pastu, mesti bakteria yang ada tadi boleh menyebabkan jerawat
taukey
a'ah ada. ni memang dah terbukti bro. sebab masa tu rakan sekelas aku kat sekolah menengah sama sama masuk universiti tu. pastu cara hidup berubah. selalu sangat lambat tidur. muka aku dan dia terus berjerawat. hilang macho. awek awek pun tak nak dah dengan aku. hahaha.
wanmus
QUOTE (taukey @ Sep 21 2008, 11:56 AM) *
a'ah ada. ni memang dah terbukti bro. sebab masa tu rakan sekelas aku kat sekolah menengah sama sama masuk universiti tu. pastu cara hidup berubah. selalu sangat lambat tidur. muka aku dan dia terus berjerawat. hilang macho. awek awek pun tak nak dah dengan aku. hahaha.

hahahaha..lawaklah lu taukey..alaa susah ape..awek sekarang nih memanglah tak pandang lagi sebab masih belajar..cuba dah keje nanti dan dah pakai kereta dan gaji pun mantap, mesti ramai anak2 dara nak tumpang sekali balik..hehhe..tapi jangan cari bini macam tuh tau..heheh..untuk awek jer boleh..tapi untuk bini carilah yang betul2 sayang kat kita..bukan sayang kat "duit" kita..hahha
WebZone-_-Attack
Petua orang dulu memang bagus,kalau di amalkan selalu lagi berkesan. Tapi Aku tak guna produk apa2 pun,dah memang muka aku berkilat ohmy.gif
wanmus
QUOTE (webzomAttack @ Sep 24 2008, 01:37 AM) *
Petua orang dulu memang bagus,kalau di amalkan selalu lagi berkesan. Tapi Aku tak guna produk apa2 pun,dah memang muka aku berkilat ohmy.gif

berkilat macamana tu webzomattack? macam iklan face powder oleh Syarifah Aryana tu ker?hehehe..alaa gurau2 je ek..tapi aku pernah tgk senior sekolah menengah aku dulu, dia gosok kayu manis kat pasu tembikar pastu lumur kat muka..sebab muka senior aku ni dah boleh dikatakan teruk jugaklah akibat resdungnya yang ditahap beratlh..perghhh..macam pedih je aku tengok...tapi tak taulah pulak berkesan ke tak..hehhe..harap2 berkesanlah kot sebab macam tradisional jer cara dia guna tu
WebZone-_-Attack
QUOTE (wanmus @ Sep 24 2008, 03:03 AM) *
berkilat macamana tu webzomattack? macam iklan face powder oleh Syarifah Aryana tu ker?hehehe..alaa gurau2 je ek..tapi aku pernah tgk senior sekolah menengah aku dulu, dia gosok kayu manis kat pasu tembikar pastu lumur kat muka..sebab muka senior aku ni dah boleh dikatakan teruk jugaklah akibat resdungnya yang ditahap beratlh..perghhh..macam pedih je aku tengok...tapi tak taulah pulak berkesan ke tak..hehhe..harap2 berkesanlah kot sebab macam tradisional jer cara dia guna tu

Berkilat tak ada apa2 kat muka aku ni, Sebab muka aku tak pernah ada jerawat,mungkin aku semula jadi kok mcm ni . Aku bersih muka aku guna sabun mandi tu jela. Tu pun kalau mandi.

Teruskan dengan cara tradional,memang berkesan aku rasa,tu kan petua turun temurun nenek moyang kita.
taukey
nasib bada tu webzomattack kalau dah tak pernah kena jerawat. heheheh. asalkan jangan dah berumur sedikit baru kena susah gak tu. hehehe. tapi cara hidup byk pengaruh gak. kalau persekitaran bersih dan kita selalu mengelap muka aku rasa jerawat pun susah nak tumbuh. macam kes kes kurap ataupun panau jugak arrr . biggrin.gif
CekDet
Saya tak pasti..mungkin coz muka saya ni jarang tumbuh jerawat..
tapi, sejak akhir2 ni ada jerawat tumbuh kat badan..
camne nak buang ek?
ada siape2 ada tips tak?

QUOTE (misspolkadot @ Sep 19 2008, 12:38 PM) *
tak pernah guna coz aku taw banyak benda x patut tuk muka.
sabun madu pun mmg tradisi keluarga.
bukan mahal pon.
madu antara benda trbaik di dunia.

ganazz
untuk menghapuskan terus jerawat,jerawat batu atau resdung kronik, amalkan meminum rebusan buah mahkotadewa yang telah dikeringkan. Air rebusan ini tidak boleh diminum oleh wanita yang sedang hamil. Hasilnya amat menakjubkan. Sehingga anda boleh makan sotong, kerang, udang tanpa sebarang masalah.
biey_ila
amiklah susu ALPHA LIPID.. produk kesihatan... hehehhehe rclxm9.gif .... produk ni antioksida...(awek muda), dan menghilagkan jerawat... sesuai sgt2... lps shake susu niee, saki baki die sapu kat mukaa.... rclxm9.gif
aina_sara
QUOTE (biey_ila @ Nov 26 2008, 10:41 AM) *
amiklah susu ALPHA LIPID.. produk kesihatan... hehehhehe rclxm9.gif .... produk ni antioksida...(awek muda), dan menghilagkan jerawat... sesuai sgt2... lps shake susu niee, saki baki die sapu kat mukaa.... rclxm9.gif

biar betul eila.. sakibaki susu lipid kat cawan tu sapu kat muka?? hang penah wat ke eila?
biey_ila
QUOTE (aina_sara @ Nov 26 2008, 11:04 AM) *
biar betul eila.. sakibaki susu lipid kat cawan tu sapu kat muka?? hang penah wat ke eila?

betul......... sy pakai... akak sy bekas jerawat kat muka die... dh berkurangan.... insyaallah ilanggg....

Bisul Cepat Sembuh

Kak Zai dari Kuala Lumpur bercerita tentang anak lelaki beliau yang mengalami bisul di peha sebelah dalam. Bisul tersebut telah merebak dan menjadi besar, apabila beliau membawa anak beliau tersebut ke klinik, doktor diklinik tersebut terpaksa menasihatkan Kak Zai untuk membawa anak beliau ke hospital.

Setelah membuat pemeriksaan, doktor dihospital tersebut memberitahu kepada Kak Zai yang anak beliau hanya akan sembuh (setelah dibelah bisul) dalam jangkamasa sebulan lebih. Memandangkan anak beliau akan menyertai pertandingan memanah, beliau telah membancuh Alpha Lipid dan diletakkan pada sekeliling bisul dan pada lubang bisul yang telah dibelah itu.

Menariknya apabila Alpha Lipid diletakkan pada bisul itu sebelah malam, pada keesokan harinya bisul tersebut menjadi kecil. Ini suatu yang amat tidak disangka oleh Kak Zai.
juse
muka aku pun banyak jerawat. tapi nak guna petua tutiap ari susah la.
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2025